Salah satu warna yang sering disyorkan oleh pereka profesional untuk pemilik rumah ialah warna biru. Ini kerana warna biru lebih banyak memberi kesan positif berbanding negatif, jadi tidak hairanlah jika warna versatile ini menjadi pilihan apabila tiba masa untuk menghias rumah.
Dalam semua variannya, warna biru boleh membangkitkan suasana menyenangkan dengan kesegaran dan kebersihan udara. Menurut penelitian, warna ini sesuai untuk ruang seperti bilik tidur atau bilik mandi. Tetapi jangan risau, ia juga sesuai untuk kawasan-kawasan lain di kediaman anda.
Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa warna biru boleh digabungkan dengan banyak warna. Cuba gabungkan biru dengan putih, ia mampu mendapatkan hasil yang amat menakjubkan.
Lihat Juga : 7 Warna Popular Ruang Tamu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Status Halal Mangkuk ‘Bone China’ Menjadi Tanda Tanya
Pelbagai jenis pinggan mangkuk yang menjadi kegemaran masing-masing di luar sana, tidak kira apa sekali pun jenama yang menjadi pilihan anda, paling penting anda perlu ambil tahu pinggan makan yang ada di dalam kabinet anda itu diperbuat daripada apa. Pasti ada set pinggan mangkuk mengandungi dan diperbuat daripada ‘bone china’. Topik hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini selepas timbulnya dakwaan kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan terlarang atau tidak halal. Benar atau tidak?
Dakwaan mengenai status halal produk tersebut kembali diperkatakan selepas produk set pinggan mangkuk ini dibicarakan oleh netizen mengenai kecantikan reka bentuknya. Jika anda ingin tahu sebalik pinggan manggkuk Bone china adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone. Campuran ketiga-tiga bahan ini menghasilkan Bone china yang amat berkualiti. Adanya abu tulang haiwan dalam produk Bone china menimbulkan keraguan masyarakat Islam terhadap kehalalan penggunaannya. Produk-produk yang berasaskan haiwan sememangnya banyak menimbulkan keraguan.
Hal ini kerana ia bersangkutan kepada dua perkara yang utama iaitu jenis haiwan yang disembelih dan cara penyembelihan haiwan tersebut. Penyelidikan ini menghuraikan konsep Bone china, proses-proses pembuatannya secara terperinci, dan lebih pentingnya membincangkan kaedah-kaedah syarak yang sesuai diguna pakai dalam penentuan hukum ke atas penggunaan Bone china.
.
Kajian ini juga seterusnya merumuskan hukum yang bersesuaian terhadap isu-isu penggunaan Bone china berasaskan kepada prinsip-prinsip hukum syarak. Untuk mencapai objektif kajian ini, metodologi kajian yang telah digunakan hasil daripada kajian perpustakaan adalah metode dokumentasi dan metode historis. Tambahan itu juga, kajian ini menggunakan kajian lapangan iaitu metode temubual dan observasi, serta analisis data menggunakan metode induktif dan deduktif.
Hasilnya, hukum penggunaan Bone china dapat dirumuskan berpandukan dua pandangan utama. Pandangan pertama, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki mengharuskan penggunaan Bone china bagi pengguna-pengguna Islam kerana mereka menerima kaedah istihalah sebagai instrument penyucian dalam Islam. Namun demikian, menurut pandangan kedua, yakni pandangan yang didominasi oleh mazhab Syafii dan Hanbali, keduanya tidak mengharuskan penggunaan Bone China. Ini kerana mereka menganggap tidak berlaku istihalah dalam penghasilan Bone China.
.
Bagi mengelakkan kekeliruan dan perasaan was-was dalam menggunakan produk yang mengandungi abu tulang itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebenarnya telah pun menjawab mengenai perkara ini pada 2016.
“Jika diyakini syarikat berkenaan menggunakan sumber tulang yang suci, maka ia bukan najis. “Jika sebaliknya, maka ia adalah najis dan tidak sesuai digunakan sebagai bekas makanan,” jelas mereka.
Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China) juga telah dibicangkan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012.
Antara keputusan yang dicapai ketika itu adalah berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
Selain itu, mereka juga memutuskan penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
“Walau bagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan,” jelas jawapan yang dimuat naik di laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Jadi kepada anda yang berhajat untuk mendapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bone china ini seeloknya anda memahami saranan yang telah diberikan pejabat mufti ini.
Tidak lupa juga, pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat produk-produk ini adalah halal dan sekiranya tidak menemui maklumat lanjut mengenainya adalah lebih baik untuk memilih produk yang sudah tidak menimbulkan rasa was-was dan ragu untuk kita menggunakannya.
Sebagai pengguna beragama Islam, produk yang mempunyai status halal adalah sangat dititik beratkan dalam kehidupan.
Renung-renungkan perkara ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Guna Rak Pinggan RM 5 Buat Station Mengecas, Praktikal Dan Kemas
Guna Rak Pinggan RM 5 Buat Station Mengecas, Praktikal Dan Kemas. kabel tv, kabel wifi, kabel telefon dan macam-macam lagi lah kabel. Memang berselirat kalau di letak selonggok satu tempat. Kalau dah berselirat, bukan sahaja semak mata melihat. Ia juga boleh menjadi punca aliran elektrik yang di hantar terbatas atau tersekat disebabkan ada bahagian yang terpital dan terlipat.
Cuba ikut cara Doktor Urus Rumah Hani Mynis ni sediakan satu ruang charging station. Tak guna barang-barang mahal pun. Tapi hasilnya super kemas. Nak ambil pun mudah je.
Haritu hani ada kongsi kan cara hani uruskan kabel kabel di rumah hani kan? Hani simpan dalam laci di kabinet tv ruang tamu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159023950249094&id=670459093
Alang-alang tu hani kongsi pula charging station station kat rumah hani. Juga di ruang tamu letaknya. Hani gunakan troli ala Raskog Ikea tu je (beli di Shopee). Charging station ni salah satu stesen terpenting di rumah hani. Kat stesen ni semua aktiviti mengecas dibuat, bukan setakat cas hp dan ipad je. Juga cas berus gigi elektrik, cas mini food processors, cas wireless earphone , powerbank haha eh semua lah cas- cas buat kat sini.
Baca juga: Pastikan Plug Point Dalam Setiap Ruang Dengan Betul Dan Kegunaannya
Bila ada stesen khas macam ni senang nak kawal penggunaan hp juga. Contoh macam stesen ni ada curfew hours. Pukul berapa hp kena check in. Haha especially hp Aqil lah. So sebelum tidur semua hp dan tablet kena duduk dalam station ni. So tak ada lah lagi kes bangun bangun pagi bateri tinggal 10% sebab lupa nak cas malam tadi. Untuk yang tengah berusaha untuk tak main hp sebelum tidur pun sesuai juga
Boleh tengok setiap gambar ya cara hani organise charging station di rumah hani. Buat masa ni tak adalah perfect sangat sebab nampak juga wayar wayar kabel tu. Tapi sebab nak limitkan visual clutter hani pilih semua wayar warna putih. For now ini cara paling praktikal untuk hani uruskan cas hp dan tablet di rumah. Semoga mendapat inspirasi untuk cara uruskan hp2 kat rumah masing-masing ya.
Hani simpan Bluetooth earphone and power bank kat sini. Senang nak cas bila perlu.
Hani guna dish rack ni je. Beli kat daiso. Paling praktikal buat masa skrg.hehe
Soket LDNIO ni memang ramai yang beli. Praktikal sangat dan banyak ruang boleh mengecas. Terjual lebih 40K unit dekat shopee. Boleh je klik link ni kalau nak beli https://invol.co/cl9t238
Untuk bekas nak sorok soket tu, beli yang macam dekat link ni https://invol.co/cl9t24y
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rona Hijau ‘Olive’ Hiasi Dapur SHEILA RUSLY, Memang Kemas & Mewah!
Sheila Rusly antara selebriti yang memang terkenal dengan kelincahannya di ruang dapur.
Kalau intai media sosial Sheila Rusly memang rajin ibu dua anak ini menyediakan hidangan untuk keluarga. Kecur tengok juadah masakan anak seni ini. Macam-macam menu ada dan kebanyakannya ialah sajian tradisi Melayu. Sheila juga dilihat kerap meluangkan masa di ruang dapur dan mengajak kenalan rapat untuk menjamu selera di rumah agamnya dan suami, Jinggo.
Sebelum ini pernah memuat naik gambar ruang dapurnya, ternyata telah menarik perhatian peminat. Melihat ruangan komen di laman Instagram Sheila, rata-rata mereka meluahkan rasa teruja melihat rekaan dapur selebriti berjaya ini yang tampak moden, kemas dan mewah.
Pemilihan warna olive di ruang dapur nyata membangkitkan mood elegan dan mewah. Ditambah pula padanan hitam dan gold yang menyerikan lagi ruang berkenaan. Ruang dapur Sheila Rusly turut terbahagi kepada dapur basah dan dapur kering. Memang jadi dapur idaman para suri rumah ni!
Tidak sekadar dapur, segenap ruang kediaman Sheila Rusly juga dihias cantik dengan perhiasan perabot bercita rasa mewah. Apatah lagi ia terletak di kawasan elit Sunway Rydgeway yang menghidangkan panorama puncak Melawati dan mencecah nilai hingga jutaan ringgit. Eksklusif!
Yang pasti, selain kejayaan Sheila Rusly dalam bidang seni menjadi inspirasi kaum wanita… gaya hidup figura popular ini juga menarik perhatian ramai. Sheila dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikail.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Kredit foto: Instagram Sheila Rusly
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI