Keliru Apa Itu SOHO, SOFO Dan SOVO

Share

Ramai yang keliru apa itu SOHO,SOFO dan SOVO. Anda perasan tak sekarang banyak development baru yang naik dan kebanyakkannya ada SOHO, SOFO, dan SOVO. Bunyi yang ala-ala moden kan. Anda tahu tak apa sebenarnya SOHO, SOFO, dan SOVO yang semakin banyak sekarang ni? Berbaloi tak untuk anda beli atau melabur dalam jenis ni?

SOHO, SOFO, dan SOVO

Perkataan ni tidak asing bagi peminat hartanah. Jadi, mari kita tengok apakah maksud di sebalik perkataan tu dan yang mana lebih berbaloi kalau anda nak beli.

1) SOHO ialah singkatan Small Office Home Office. Saiz SOHO ni agak sederhana sebab masih lagi boleh dibuat office yang memuatkan kurang daripada 10 orang. Sebab tu namanya small office.

Pada masa yang sama, boleh jugak dijadikan kediaman, sebab dalam SOHO kebiasaannya akan ada 1 bilik, tandas dan dapur. Di situ pejabat, di situ juga kediaman.

2) SOFO pula singkatan untuk Small Office Flexible Office. Sama macam SOHO, tapi tak ada partition. Jadi, SOFO menyediakan hanya tandas dan dapur/pantry tak ada bilik sebab SOFO beri fleksibiliti kepada anda, anda sendiri yang reka design office anda.

Kalau yang nak jadikan kediaman, boleh reka sendiri macam partition nak letak.

3) SOVO ialah Small Office Virtual (atau Versatile) Office. Lebih fokus untuk tujuan komersial saja. Jadi selalunya dalam SOVO akan disediakan semua kemudahan-kemudahan komersial. Orang yang beli unit SOVO boleh terus start business

.

Tarif bil-bil adalah bawah komersial, jadi bil elektrik, telefon, dan air mengikut kadar komersial yang lagi mahal berbanding kadar tarif kediaman.

“Berbaloikah untuk dibeli?”

Disebabkan saiz yang lebih kecil tetapi harga agak tinggi, jadi banyak pemaju yang bangunkan property jenis macam ni. Sebab lebih banyak unit dapat dihasilkan dalam satu blok berbanding rumah kondominium.

Dari segi harga, jika anda perhatikan agak sama dengan rumah kediaman bertaraf kondominium. Ini sebab kemudahan yang disediakan sama dengan kemudahan kondominium, tapi tak semua ada kemudahan seperti itu.

Tempat yang dibangunkan ialah tempat-tempat elite dan juga berdekatan dengan LRT/MRT kerana target market

untuk property jenis ini sudah semestinya golongan muda profesional.

Soal berbaloi atau tak anda perlu lihat kepada permintaan untuk unit SOHO, SOFO, dan SOVO di kawasan tersebut. Jika anda yakin kawasan tersebut ada demand, jadi berbaloi untuk beli. Lihat juga kepada kadar sewa bulanan.

Berbaloi tak kalau anda beli harga 400k, tetapi sewa hanya 1k sebulan? Apakah target perlaburan anda. Yang penting anda tahu target anda dan kawasan yang anda nak beli. Unit apa pun anda beli tetap akan berbaloi.

Published by
Impiana