Keluasan Rumah 850 Kaki Persegi, Tidak Menjadi Halangan Untuk Menghias.

Share

IMPIANA tertarik untuk kediaman milik peribadi Mira Nasyira Wahiba yang cukup mencuri pandangan. Bagi beliau keluasan rumah tidak menjadi satu halangan untuk berkarya kerana kediaman semestinya menjadi ruang yang cukup selesa dan cantik untuk dipandang setiap masa.

“Berpindah masa PKP 2.0, awal-awal dulu decided nak go for scandi industrial concept. PKP 3.0 baru start main deco2..Tiba2 terjatuh hati dengan concept mid-century modern & bohemian. So saya mixed them all”.

“Saya lebih suka warna2 vibrant boho, tapi husband pula lebih suka warna2 selamat. Demi kesejahteraan sejagat & keharmonian rumah tangga, warna2 dalam rumah ni hasil persetujuan husband & wife”.

Terang pemilik rumah dalam perkongsiannnya. pemilihan warna dan set perabot yang ada dalam ruang tamu ini cukup sempurna. Konsep Boho yang ingin mereka ketengahkan cukup mengena. Jika diperhatikan dengan sempurna Mira bijak menyusun atur perabot agar tidak nampak terlalu sesak. Hiasan dinding juga nampak lebih minimalis dengan rak hiasan melengkapi sudut ruang tamu tersebut.

Pada musim PKP ini banyak hikmah yang boleh kita katakan, lihat sahaja hasil sentuhan Mira dan suaminya bukan biasa-biasa ye. #bijakdekorimpiana.

IMPIANA ingin menjemput anda menyertai WEBINAR IMPIANA untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membuat sistem siraman automatik sendiri dengan MUDAH dan MURAH! Jom cepat-cepat daftar diri anda di

Pokok perlukan penjagaan yang sempurna, kadang kala terlupa siram kadang-kadang terlebih siram. Dengan sistem siraman pintar ini ia dapat dilakukan tepat pada masa yang sesuai dengan hanya dihujung jari anda.

IMPIANA ingin kongsikan cara pembuatan sistem siraman automatik ini dengan mudah kepada anda semua. JOM sertai bengkel ONLINE IMPIANA untuk tambah ilmu laman anda.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Impiana