Peti sejuk? apakah bahan atau barang yang kebiasaannya anda simpan di dalam peti sejuk. Walaupun nama nya peti sejuk, ia tidak bermakna makanan-makanan yang tak habis, buah-buahan dan sebagainya boleh disimpan begitu sahaja. Ada beberapa teknik perlu dilakukan untuk memastikan bahan yang disimpan di dalam peti sejuk bersih dan tidak tercemar. Jangan ingat, dalam peti sejuk tu tak ada bakteria akan hidup ye.
Sebelum ni, impiana ada kongsikan cara penyimpanan bahan-bahan tertentu yang dilakukan oleh Puan Hani Mynis. Lepas baca artikel tersebut, mesti ramai yang baru sedar cara simpanan yang dilakukan di dalam peti sejuk adalah salah kan? bagi yang belum baca artikel tu, boleh [klik sini: Ini Cara Betul Simpan Makanan Dan Ubat Dalam Peti Sejuk]
Kali ni, kita kongsikan pula teknik Puan Hani Mynis susun barang dalam peti sejuk agar nampak tersusun, kemas dan mudah untuk dikeluarkan apabila diperlukan:
1. Hani lebih suka bekas bertapak empat segi dari bulat sebab nampk lebih kemas. 2.Hani pilih seragamkan bekas semua berwarna hijau. 3. Guna placemats transparent supaya cahaya boleh sampai ke bawah
Ads
4. Rak 1 (Pes)
Kenapa letak pes seperti cili, bawang, halia dan sebagainya di bahagian rak paling atas? bahan-bahan ini yang paling kerap dikeluarkan.Ia bertujuan memudahkan anda untuk mengambil dan menyimpan semula bekas pes.
5. Rak 2 (hari ini)
Rak kedua menjadi bahagian penyimpanan sementara bagi protein yang akan dimasakkan untuk hari ini. Sebelum keluar pergi kerja tau di awal pagi, keluarkan protein seperti ayam dan ikan dari ruang sejuk beku dan letakkan di rak no. 2 ini untuk tujuan defrost. Jadi nanti balik boleh masak terus.
6. Rak 2: Baki makanan
rak ke-2 ini juga dijadikan sebagai tempat menyimpan lebihan makanan. Namun makanan hanya mampu bertahan dalam 3 hari sahaja. Kalau lebih dari tu, simpan dibahagian sejuk beku. Oleh itu, simpan baki makanan tadi di dalam bekas tertutup dan kedap. Sebaiknya, pilih bekas yang sesuai untuk digunakan dalam microwave dan kukus. Jadi kalau nak makan nanti boleh terus panaskan.
Ads
Tip: Hani akan gunakan pelekat untuk tulis tarikh pada bekas makanan yang disimpan untuk memudahkan pemantauan terhadap kualiti makanan
Ads
7. Rak 3 (makanan kering)
Rak ke-3 menjadi ruang penyimpanan seperti ikan bilis asam keping, belacan, asam jawa dan barang-barang kering yang lain. Tapi sebenarnya, barang-barang tersebut boleh sahaja diletakkan diluar.
8. Rak 4 (sayur)
Laci sayur, bukan boleh pakai humban je. Nak sayur tahan lebih lama, simpan dalam ziplock bag. Masa susun, pastikan sayur yang berat tak menghempap sayur jenis berdaun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Membeli perabot memanglah sesuatu yang menyukarkan, kadangkala apabila berada di kedai perabot pasti anda menjadi rambang mata dengan pilihan-pilihan pelbagai reka bentuk perabot yang ditawarkan. Oleh itu, bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam membeli perabot, anda boleh ikuti 5 perkara ini.
1. SAIZ RUANG
Jumlah perabot dibeli dan dihias perlu berpadanan dengan saiz ruang. Bagi ruang sempit, pilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya sofa bed amat praktikal untuk kegunaan tetamu yang bertandang.
2. PENGGUNAAN RUANG
Pemilihan perabot haruslah sesuai dengan umur, saiz dan ketinggian penggunaan ruang. Bagi ruang yang dikongsi, keperluan setiap penggunaan harus dititik beratkan. Contohnya rak tinggi, berkaca serta perabot berbucu tajam tidak sesuai untuk ruangan kanak-kanak.
3. PEMILIHAN WARNA
Perabot selalunya datang dengan variasi warna. Pilih warna perabot bukan sekadar mengikut faktor warna kegemaran, tetapi juga warna cat dan kemasan ruang, serta konsep perabot lain. Bagi ruangan kanak-kanak atau ruangan yang diguna lasak, pilih warna perabot yang tidak mudah dikotori.
5. BAJET
Kenal pasti berapa anggaran perbelanjaan anda bagi setiap ruangan yang ada. Jangan pula terlebih berbelanja pada sesuatu ruang dan tidak cukup perbelanjaan untuk ruangan lain. ukur dan buat perbandingan harga barang dan ketahanannya. Biarlah alah membeli, menang memakai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Telur ayam memang menjadi satu makanan wajib di rumah. Kalau tak ada memang tak sah. Kena pulak kalau makan dengan maggie… Perghhh memang terangkat la. IMPIANA nak kongsikan dengan anda semua yang mana suka makan telur kena ambil tahu. Mana satu telur ayam yang lebih berkhasiat. Telur ayam kampung atau telur ayam biasa mana satu yang terbaik.
Terdapat pelbagai jenis telur ayam di pasaran. Yang ada omega3 lah, organik, dan sebagainya. Tapi, apa beza antara telur ayam kumpung dan ayam biasa? Syaza Nutritionist berkongsi apa perbezaan dan telur ayam jenis mana yang lebih bagus. Namun dalam artikel ini, telur ayam kampung yang dimaksudkan adalah tertakluk kepaad ayam yang hidup berkeliaran dan bukan di kurung seperti terutamanya dalam tujuan komersial
Ramai yang tertanya-tanya ada beza ke telur ayam yang dihasilkan daripada ayam kampung dengan ayam biasa??
Kalau menurut USDA memang ada perbezaan. Jadi sebab ini ke telur ayam kampung menjadi pilihan hati??
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
3 Jenis Daun Ini Mampu Cegah Kehadiran Tikus Dalam Kediaman Anda, kalau tak percaya cuba tanam atau simpan daun-daun ini.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi penggunaan racun perangkap telah dilakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran Cik Ti di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran Cik Ti di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluannya. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.