Boleh dikatakan 90% kaum lelaki, bapa dan suami beranggapan tugas mengemas rumah adalah tanggungjawab si ibu atau isteri, wanita semata-mata. Impiana terbaca satu luahan hati sang suami atau bapa En Ahmad Affzan Abdullah terhadap satu pukulan yang diterima sejurus membaca artikel yang di kongsikan oleh isterinya. Lantaran, si ketua keluarga ini mengambil langkah drastic melakukan perubahan demi keluarga tercinta:
“Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok tv. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Ads
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Ads
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Ini sebabnya wajib sediakan satu jadual tugasan
Kebiasaanya, tugas-tugas di dalam rumah hanya dipandang ringan oleh ahli kelurga yang lain. Tapi, kalau rumah bersepah, tak bersih, si suami yang membebel Panjang. Apa kata, kita lakukan ia bersama-sama. Apa perubahan yang dilakukan oleh en Ahmad, beliau menyediakan satu jadual tugasan yang merangkumi kerja-kerja yang perlu di lakukan secara mingguan dan bulanan.
Ads
Melalui jadual yang disediakan, setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan wajib dilunaskan. Setiap satu tugasan dilakukan secara bergilir-gilir serta melibatkan anak-anak yang telah memahami tujuan kehudupan
“Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Melalui penyediaan dan pembahagian kerja yang teratur, sedikit sebanyak ia dapat mendidik si anak sewal usia untuk berdikari dan bertanggungjawab serta menghargai apa yang telah dilakukan. Suami sebagai ketua kelrga juga dapat menunjukkan perinsip dan contoh teladan yang baik buat keluarga
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
DIY kabinet dapur lama usia 10 tahun guna empat bahan, terus nampak macam baru. Jangan buang ya kabinet dapur lama. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru.
Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati. Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
Ini merupakan tip untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan di kediaman anda. Tidak kisahlah di rumah mahu pun di pejabat, bau hapak yang kurang menyenangkan boleh menyebabkan anda kurang selesa. Jadi, anda perlu ketahui cara mudah untuk menghilangkan bau hapak dari kediaman anda.
Kenal Pasti Punca
Kenal pasti di bahagian mana yang paling terjejas dengan bau yang kurang menyenangkan ini. Adakah hanya di dapur? Ruang tamu? Atau pun seluruh rumah? Kemudian cuba siasat apakah penyebabnya kehadiran bau yang tidak menyenangkan itu. Mungkinkah disebabkan oleh saluran paip bocor atau dari asap masakan.
Elakkan Air Bertakung
Pastikan tiada paip bocor yang boleh menyebabkan air bertakung. Takungan air boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama. Karpet lap kaki juga perlu dijemur sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk elakkannya daripada berbau hapak.
Pastikan Pengudaraan
Pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali buka tingkap dan pintu untuk sistem aliran udara. Ini untuk memberikan aliran udara yang kurang menyenangkan itu keluar dari kawasan yang terjejas. Ia juga memberi ruang untuk udara segar masuk ke kawasan terbabit. Kadang-kadang bau hapak itu datangnya dari habuk yang terperangkap lama di dalam sesebuah bilik. Jangan lupa buka semua suis kipas di dalam bilik untuk menggalakkan pengudaraan.
Guna Lemon
Rebus lemon yang dipotong bersama air. Guna air rebusan yang masih panas tersebut untuk menjadi bahan penyegar semulajadi. Setelah sejuk, masukkan air rebusan lemon ke dalam botol penyembur untuk digunakan sebagai penyegar ruang pada bila-bila masa.
Baking Soda
Letakkan semangkuk baking soda ke kawasan yang terdapat haruman kurang menyenangkan. Tinggalkan selama 24 jam untuk membiarkan ia menyerap bau tersebut. Kemudian guna penyegar udara untuk memberikan haruman yang menyegarkan.
Bersihkan Rumah
Jika sebelum ini anda menyapu atau vakum seminggu sekali, ubah rutin itu dengan membersihkan rumah setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Ia salah satu aktiviti yang juga mampu membakar kalori. Juga kerap kali mengelap barang hiasan dan mengemop lantai juga boleh mengelakkan dari habuk terkumpul yang boleh menyebabkan bau hapak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello, blogger terkenal, usahawan, dan ibu muda kepada 3 orang cahaya mata ini yang sering berkongsi mengenai tips dan panduan yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang lain. Memang menarik!
PENGALAMAN AJAR ANAK TIDUR BILIK SENDIRI
Impian ibu nak buat satu bilik tidur khas untuk Medina dengan Hasya dah tercapai. Walaupun tak complete lagi, at least rupa bilik tu dah ada ?Sebelum-sebelum ni asyik terbantut nk buat sebab ku fikirkan umur diorang still kecik lagi nak pisah tempat tidur.
Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+ , Hasya pulak 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestila syok ?
BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?
Alhamdulillah berjaya?? Kak Nina paling berjaya, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu ayah,
“Malam ni kak Nina kena tidur bilik sendiri ke dengan dik Hasya?”
“Kalau dik Hasya nangis macam mana? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garang????“
Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main2 sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik sendiri.
Hasya pulak, ibu still dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kt bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana?
Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x nak semata-mata nak menyusukan Hasya. GIGIH tak? YES gigih walaupun ku akui memang letih jugak sebab tengah sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah?Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah.
Kalau Hasya nangis masa dah pagi Subuh2, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab dah pagi dahhh. Hehe.
Tips nak bagi anak tidur bilik sendiri yang Irine boleh kongsikan :-
.
1.Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak.Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat “privacy” mereka.
2.Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam “harta khazanah” mainan sekali.
3.Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook ni, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tidur sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje.Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing.
4.Sediakan rak khas untuk simpan mainan.Organize elok-elok. Yang ni pun kitorang dalam proses nak carik yang elok sikit. Sebab bayangkanlah mainan budak-budak banyak macam mana??♀️
.5. Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk “standby” tengah malam untuk bancuhkan.Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apatah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga.
6. Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tidur anak. Jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem.
7. Sebelum tidur, pastikan anak-anak tidur dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA ? Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal.
8. Jangan lupa sesekali “tinjau-tinjau” keadaan anak dalam bilik bila tengah malam.Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedar??
9.Tips terakhir, SABAR & BERTABAHLAHwahai ibu dan ayah. Bukan senang nak membiasakan anak-anak sesuatu perkara yang baru dalam hidup diorang. Dan sila get ready siap-siap, sedangkan ruang tamu dan ruang-ruang lain pun bersepah dengan anak-anak punya “kerja”, apatah lagi kalau dapat bilik sendiri. Haha.
Satu je kena ingat, takde bilik budak-budak yang tak bersepah dan perfect, melainkan kalau tengok dalam gambar katalog ikea, tu baru ye nampak cantik sentiasa? Selamat mengemas semua!
Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share 🙂 Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha.
.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.