Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.
Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!
Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.
LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-
Ring
Cover sensor
LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.
LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)
Ads
LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.
LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;
soldering iron
solder wire
capasitor
Ads
LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)
LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.
LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.
Ads
LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
LANGKAH #11 Board yg telah siap diganti capasitor.
LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.
p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Periuk, kuali yang dah bertahun memang akan wujud lapisan lerak hitam di bahagian bontotnya. Jika terlalu tebal, ia akan mempengaruhi kadar kepanasan periuk dan kuali anda. Lagi tebal, lagi lambat lah pamsa. Ade tu, kadar kepanasaannha tak konsisten. Oleh itu, kebiasaanya penyelesaian yang diambil adalah dengan menyental dan mengikis bahagian kerak tersebut.
Tapi, kerja menyental dan mengikis bontot kuali dan periuk tak lah semudah itu. Siapa yang pernah buat faham keadaan tersebut. Tangan dah lengoh, tapi kerak pada bontot kuali baru 10 % sahaja yang dapat dibersihkan.
Sebenarnya, ada satu cara paling mudah yang telah dikongsikan oleh Puan Salina Saad.
Assalamualaikum sekadar berkongsi. Saya bersemangat menyental kuali berusia 15 tahun ni lepas nampak posting guna berus dawai. Saya tak ada berus tu tapi ada yang beri tip double boil dengan asam keping dan kemudian sental menggunakan gosok periuk kasar dan sabun mandi jadi saya cuba. Saya double boil beberapa kali sebab agak tebal kena kikis sama mana yang tebal dan saya campo baking soda dan asam keping. Terima kasih buat yang berkongsi tip. Baking soda saya letak 3 sudu besar dan asam keping 5 kalau rasa degil sangat kerak nanti, ulang lagi langkah double boild dan tambah sesudu lagi baking soda. Guna semula air rebusan tu jangan buang.
Petua ni bukan bermakna tak perlu kikis dan sental tapi ia memudahkan kita nak kikis dan sental sebab kerak dah lembut. Bagi yg kerak degil atau takde kudrat nak sental cuba rebus mendidih biar lama pastu tutup api biarkan terendam semalaman, esoktu rebus mendidih 15 minit pastu kikis sental.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah lama usia 30 tahun, bila dah siap renovasi terus nampak moden. Bukan mudah hendak buat renovasi rumah lama. Banyak yang perlu diperbaiki namun tiada yang mustahil untuk dilakukan.
Dikongsikan dekorasi rumah yang sudah berusia lebih kurang 30 tahun selepas diberikan nafas baru. Banyak bahagian yang sudah reput dan rosak. Apabila proses renovasi siap, hasilnya memang wow!
Dapur gas dekat rumah dah pakai bertahun-tahun tapi tiba-tiba api bertukar menjadi oren, habis bontot periuk, kuali dekat dapur tu hitam. Dah jadi satu hal nak sental pulak periuk dan kuali tu kan. Kalau tersilap pegang dengan tangan, baju, muka habis hitam.
Bila jadi macam ni mesti ada pasang niat nak beli dapur gas baru kan? Sebenarnya tak perlu pun, ada sahaja jalan tip dan trik untuk kembalikan api dapur anda warna biru.
Jom, ikut cara dan teknik yang dikongsikan dalam media sosial Deko Dari Shopee ni, mudah rupanya tak perlu la nak beli dapur baru ye.
Cara-cara
1. Angkat belakang dapur gas tu dan pusing kan benda yang ada anak panah dalam gambar tu.
2. Pusingkan sampai menutup lubang ( anak panah ). (rujuk gambar ke 2)
3. Nah hasilnya di gambar ke 3.
Dah tak payah nak pening-pening nak beli baru..Jimat!!
Beli Di Mana? Jom beli Di GO SHOP!
Jangan Lupa Guna KOD ini untuk DISKAUN pembelian anda : IMPGSP5
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.