Kena Panas Pagi & Rajin Letak Baja, POKOK PUDINA Meriah Subur Daun Lebar

Share

Kena Panas Pagi & Rajin Letak Baja, POKOK PUDINA Meriah Subur Daun Lebar. Daun Pudina sering dijadikanatau lebih dikenali mint selalu dijadikan penambah aroma makanan mahupun minuman. Boleh dijadikan ulam atau diletakkan dalam teh panas.

Pokok Pudina juga salah satu tanaman yang paling senang tumbuh, boleh disemai menggunakan keratan batang sahaja. Namun pokok pudina juga paling senang mati jika salah cara penjagaannya. Rupanya pokok pudina kena letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi dan rajin letak baja organik, barulah ia hidup subur merimbun lebar daunnya.

Boleh cuba cara yang diamalkan oleh Jue Jerry ini sebagai panduan. Memang subur merimbun pokok pudina dan berdaun lebar.

Dekat rumah ni merata-rata ada pudina. Suka-suka cucuk ja lebihan batang lepas buat ulam tu kat pasu. Dia ni nak panas pagi full. Kalau rajin buh baja lagi sakan dia membiak. Saya ni kurang rajin buh baja,just siram air beras,air basuh ikan,udang,ikan bilis ja. Sesekali kalau rajin ja buh baja organik.

Info Ekstra!

  • Daun Pudina jenis senang nak hidup. Tak perlu ada akar, terus cucuk batang ke tanah.
  • Boleh guna tanah 3 in 1 beli di nursery.
  • Jika daun mula berwarna hitam, tandanya tak cukup air dan kena gembur tanah semula.
    Pokok ni kena siram hari-hari dan letak baja baru hidup subur dan daun nya pun lebar.

IMPIANA: Jadi jika tanam pokok pudina selalu mati, cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan kena cahaya matahari pagi dan selalu letak baja, barulah pokok pudina subur merimbun dan lebar daunnya.

Mesti Baca : Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam


Baca Lagi Di Sini:Tanaman Mampu Halau Serangga Perosak, Jenis Pokok Ini Patut Ada Di Kebun!
Artikel Menarik: 10 Pokok Sesuai Tanam Tempat Teduh & Sejuk, Tak Boleh ‘Direct’ Matahari!

Sumber: Jue Jerry

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab