Berita

Kenaikan OPR Tidak Jejaskan Pinjaman Kereta Dan Rumah Baru

Share
Masalah kenaikan OPR sebenarnya tidak menjejaskan lagsung untuk pemeli kereta dan rumah baru. Jika anda berhasrat untuk membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah baru, perancangan yang baik perlulah anda rapikan agar tidak menyesal di kemudian hari.
Permohonan baharu pinjaman isi rumah meningkat tujuh peratus pada Ogos, dipacu oleh pembelian kenderaan pengangkutan yang lebih tinggi, manakala hartanah kediaman kekal memberangsangkan di sebalik persekitaran kenaikan kadar faedah.
Penganalisis Kenanga Research, Clement Chua, berkata jumlah permohonan pinjaman baharu pada bulan Ogos lalu adalah lebih tinggi kecuali bagi pembelian sekuriti, memandangkan selera pelaburan yang berkurangan.
“Walaupun permohonan pinjaman baharu perniagaan berkurangan sebanyak 11 peratus berbanding bulan sebelumnya, ia masih kekal di paras kemuncak (rekod tertinggi dicatatkan pada Julai), yang menjadi petunjuk bahawa kesesakan telah dapat diselesaikan,” katanya.
Chua berkata, pinjaman dalam sistem kewangan pada Ogos lalu mencatatkan pertumbuhan 6.8 peratus berbanding setahun lalu.
Katanya, walaupun permohonan pinjaman pada Ogos 2021 mungkin lebih perlahan disebabkan pelaksanaan moratorium pinjaman yang kedua, peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding bulan sebelumnya didorong oleh lebih banyak pinjaman perniagaan (satu peratus) yang berpunca daripada pertumbuhan meluas merentasi industri.
“Sementara itu, peningkatan 0.5 peratus MoM dalam pinjaman isi rumah mengejutkan kerana telah menjangkakan angka yang lebih perlahan sebagai tindak balas kepada kadar faedah yang lebih tinggi.
“Dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kami turut disemak semula kepada 6.7 peratus berbanding 5.7 peratus sebelumnya di tengah-tengah kekuatan ekonomi, kami menjangkakan adalah wajar untuk menaikkan sasaran pertumbuhan pinjaman industri kepada 6.0 hingga 6.5 peratus berbanding 5.5 hingga 6.0 peratus sebelum ini, namun sedikit penurunan dijangka pada suku keempat ini,” katanya.
Kenanga Research mengekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan, kata Chua.
“Kami teruja dengan prestasi pertumbuhan pinjaman yang mantap, mengukuhkan lagi prospek sektor perbankan.
“Kami menjangkakan kenaikan dua lagi OPR (Kadar Dasar Semalaman) sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat MPC (Jawatankuasa Dasar Monetari) BNM (Bank Negara Malaysia) berikutnya, yang boleh meningkatkan margin perbankan sambil mengimbangi tekanan harga kompetitif,” katanya.
Ia turut menjangkakan kenaikan 25 mata asas lagi akan diputuskan semasa mesyuarat MPC BNM pada November 2022 dan sekali gus menjadikan OPR sebanyak 2.75 peratus menjelang akhir 2022.
Published by
Impiana