Topik ini mestinya menjadi rumit bagi yang tidak tahu dari mana ingin dimulakan. Dari ruang tamu? Ruang dapur? Cat dinding dan lain-lain ruang. Okay jangan kalut bagi yang baru pindah mahupun yang dah lama pindah tapi rumah macam hehehehhe……
Mai sini nak cerita, mudah sahaja. Duduk, ambil pen dan kertas, opss lupa semua canggihkan sekarang semuanya berteknologi tinggi. Guna la gajet yang ada dekat tangan tu.
Langkah pertama basuh rumah dengan sebersih-bersihnya. Ini kalau yang baru pindah rumah. Kalau yang dah lama pindah mop lantai lap cermin sama sahaja cuci rumah juga.
Langkah kedua cat dinding jika perlu, gantung langsir, susun perabot ikut saiz ruang dalam rumah ye! Jangan lah rumah tu bersaiz kompak anda teruja nak mengenakan sofa bersaiz L, sempit la nanti ruang tersebut. Bila susun sofa tu jangan la semua nak sumbat dalam satu ruang, mix & match set perabot dalam ruang tersebut.
Ads
Langkah ketiga pastikan ruang makan dan ruang tamu anda dapat diasing akan dalam suasana yang tersendiri. Sama juga JANGAN ye pilih set meja makan yang besar kalau ruang tersebut agak terhad. Biarkan ruang tersebut bernafas.
Langkah keempat ruang dapur pastinya semua orang tahu ruang ini adalah nadi dalam sesebuah kediaman. Kalau ruang ini tidak ada, maka penghuninya makan luar lah selalu ye. Ruang ini WAJIB dibina kabinet siap pasang untuk kemasan dan struktur dapur yang lebih sempurna dan teratur.
Ads
Langkah kelima kenal rumah anda sendiri, keluasan kediaman anda cukup untuk membuat ruang dapur basah atau tidak. Jika cukup ini bermakna ruang rumah anda luas dan terbaik. Jika tidak, ruang dapur utama tadi perlulah direka dengan sebaiknya ventilation atau sistem penyedut udara sewaktu masak perlulah yang terbaik.
Ads
Jika anda ingin tahu apa lagi yang perlu ada buat, nantikan artikel seterusnya mengenai ruang dalam kediaman anda. #Tanya kami, Kami Jawab!
Gambar: Sumber Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.
Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
Bagi yang bajet terhad Mohd Firdaus mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.
Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
Kesimpulannya semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur, warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik air yang telah berusia lebih 10 tahun, mesti jubin di lantai dan dinding sudah mula kelihatan kusam dan tdiak menarik. Pakai lah apa pun pencuci, ia tidak dapat merubah fizikal jubin kerana telah dimakan usia. Ramai yang ambil keputusan untuk tukar dengan yang baru. Namun, ia akan menyababkan kerja-kerja yang lebih rumit dan kos yang tinggi.
Namun, puan Bie Nabilah Mohamed Nazir punya pilihan sendiri yang lebih cepat dan mudah. Puan Bie telah memanggil kontraktor pemasangan epoxy.
Lantai panggil orang buat . Cuba cari ‘Epoxy Flake Coating’ dekat facebook . Mesti jumpa dealer yang boleh buat . Design lantai saya hanya tengak kat page fb dealer, mana-mana yang sesuai dengan keadaan dan keluasan bilik air saya dan bagi kat dia . Kos RM1000. Tempoh masa dia buat dlm 4 jam (10pagi-2ptg)…boleh guna bilik air semula after 12jam..
Asalnya bilik air saya nie bocor..water proofingnya da rosak..jd kalau nak buat baru, pecah tiles kosnya sngt mahal..jadi nie solution paling effective dan berbaloi..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Workstation” Bukan Sekadar Selesa Tapi Cantik, Ini Yang Perlu Anda Buat. Kini ramai di kalangan kita yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri. Ia bukan sahaja selari dengan arus sosial media kini malah lebih menjimatkan juga praktikal. Namun bagaimana boleh kita kekalkan suasana profesional di kediaman sendiri dengan tugasan yang digalas?
Pereka juga mula mengikut arus masa kini. Ramai yang lebih selesa berkerja di kediaman sendiri dan menjadikan kediaman sebagai pejabat. Ini bermakna ruang kerja juga tampil selesa dan menyenangkan. Pelbagai idea telah dihasilkan untuk kita jadikan inspirasi, bagaimana sebuah sudut di ruang kediaman mampu bertukar menjadi ruang kerja yang cantik.
Ada yang menjadikan kabinet bina dalam sebagai stesen kerja. Lengkap dengan penutup dan pintu berpangsi. Ada yang membina para-para kecil dan ada juga yang membina unit station pada bucu ruang…unik dan amali seiring…Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.