Topik ini mestinya menjadi rumit bagi yang tidak tahu dari mana ingin dimulakan. Dari ruang tamu? Ruang dapur? Cat dinding dan lain-lain ruang. Okay jangan kalut bagi yang baru pindah mahupun yang dah lama pindah tapi rumah macam hehehehhe……
Mai sini nak cerita, mudah sahaja. Duduk, ambil pen dan kertas, opss lupa semua canggihkan sekarang semuanya berteknologi tinggi. Guna la gajet yang ada dekat tangan tu.
Langkah pertama basuh rumah dengan sebersih-bersihnya. Ini kalau yang baru pindah rumah. Kalau yang dah lama pindah mop lantai lap cermin sama sahaja cuci rumah juga.
Langkah kedua cat dinding jika perlu, gantung langsir, susun perabot ikut saiz ruang dalam rumah ye! Jangan lah rumah tu bersaiz kompak anda teruja nak mengenakan sofa bersaiz L, sempit la nanti ruang tersebut. Bila susun sofa tu jangan la semua nak sumbat dalam satu ruang, mix & match set perabot dalam ruang tersebut.
Langkah ketiga pastikan ruang makan dan ruang tamu anda dapat diasing akan dalam suasana yang tersendiri. Sama juga JANGAN ye pilih set meja makan yang besar kalau ruang tersebut agak terhad. Biarkan ruang tersebut bernafas.
Langkah keempat ruang dapur pastinya semua orang tahu ruang ini adalah nadi dalam sesebuah kediaman. Kalau ruang ini tidak ada, maka penghuninya makan luar lah selalu ye. Ruang ini WAJIB dibina kabinet siap pasang untuk kemasan dan struktur dapur yang lebih sempurna dan teratur.
Langkah kelima kenal rumah anda sendiri, keluasan kediaman anda cukup untuk membuat ruang dapur basah atau tidak. Jika cukup ini bermakna ruang rumah anda luas dan terbaik. Jika tidak, ruang dapur utama tadi perlulah direka dengan sebaiknya ventilation
atau sistem penyedut udara sewaktu masak perlulah yang terbaik.
Jika anda ingin tahu apa lagi yang perlu ada buat, nantikan artikel seterusnya mengenai ruang dalam kediaman anda. #Tanya kami, Kami Jawab!
Gambar: Sumber Pinterest