Tanah Runtuh ( Foto Via Kosmo)
Tanah Runtuh ( Foto Via Kosmo)

Tanah runtuh dan tanah mendap merupakan bencana alam yang boleh berlaku tanpa diduga, tetapi sering kali terdapat tanda-tanda awal yang boleh membantu kita bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Tambahan lagi, apabila kejadian tanah runtuh atau tanah jerlus baru-baru ini berlaku di tengah kota raya iaitu kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

Kecuaian atau kealpaan dalam mengenali tanda-tanda ini boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius, termasuk kehilangan nyawa dan harta benda.

TANDA-TANDA AWAL KEJADIAN TANAH RUNTUH, ANDA KENA PERHATIKAN!

Kenali Tanda-Tanda Awal Tanah Runtuh atau Mendap di Sekeliling Anda. AWAS!
Tanah Runtuh. Sumber : Astro Awani

1.Persekitaran cerun

-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Air keluar melalui permukaan tanah di lokasi baharu berhampiran cerun.
-Air keluar di kaki cerun.
-Pagar, dinding, tiang atau pokok kelihatan condong atau beralih.
-Terdapat rekahan pada cerun.
-Paip air pecah.

2.Persekitaran anda

–Rekahan pada tanah atau asas rumah,bangunan dan struktur lain.
-Pintu atau tingkap tersekat buat pertama kali.
-Struktur cerun beralih daripada posisi awal.
-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Tebing jalan mendap atau jatuh.
-Rekahan pada tanah atau kawasan bersimen semakin besar.
-Pergerakan tanah dan runtuhan kecil.
-Dinding luar, kaki lima atau tangga bergerak dari tapak asal bangunan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PERLU DIBUAT

1.Sebelum kejadian

-Pantau tanda-tanda awal tanah runtuh di persekitaran anda.
-Rancang pelan pengosongan kawasan untuk keluarga.
-Sediakan beg kecemasan untuk anda dan keluarga.
-Patuhi sistem amaran tanah runtuh untuk kawasan setempat.

2.Ketika kejadian

-Maklumkan jiran-jiran yang tidak sedar berlakunya bencana.
-Kosongkan kawasan dna jauhkan diri dari lokasi tanah runtuh.
-Tundukkan badan dan lindungi kepala sekiranya terperangkap.

3.Selepas kejadian

-Periksa jika terdapat sebarang kecederaan dan maklumkan pasukan penyelamat untuk rawatan segera.
-Elakkan berada berdekatan lokasi tanah runtuh kerana kejadian susulan boleh berlaku.

IMPIANA : Semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara sebegini ya!

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber: BERNAMA
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI