Laman

Kenalpasti 7 Jenis Kulat Yang Boleh Sebabkan Rumput Di Laman “Sakit”

Share

Terdapat pelbagai punca dan tanda rumput di laman telah diserang kulat. Antaranya rumput kelihatan keperangan, seakan-akan hampir mati, warna yang tidak sekata dan sebagainya. Apabila ia mula menyerang laman, masalah kulat ini tidak mudah untuk dirawat. Namun dengan amalan penjagaan rumput yang betul, perkara tersebut dapat dielak dan boleh dirawat dengan mudah pada peringkat awal.

PUNCA KULAT MENYERANG

Secara semula jadinya kawasan yang berumput akan menjadi tempat habitat kegemaran beberapa jenis fungus dan spora. Namun, kondisi dan tekanan persekitaran akan menyebabkan fungus dan spora tersebut bertukar menjadi ancaman kepada rumput di laman. Antara punca utama yang boleh mengundang penyakit kulat pada rumput di laman adalah:

  1. Kemarau yang berpanjangan
  2. Pemotongan rumput yang tidak betul. Kebiasaannya rumput yang dipotong terlalu pendek menyebabkannya mudah terdedah kepada penyakit
  3. Tekstur tanah yang terlalu padat
  4. Penyiraman yang berlebihan hingga boleh menyebabkan air bertakung dan lecak
  5. Pembajaan yang berlebihan atau pun penggunaan jenis baja yang salah
  6. Penggunaan rumput yang tidak bersesuaian dengan kondisi persekitaran

JENIS PENYAKIT KULAT YANG MENYERANG RUMPUT
Terdapat beberapa jenis kulat yang akan memberi impak buruk terhadap rumput di laman. Ia amat mudah dikenal pasti kerana ia menyerang pada waktu dan jenis rumput yang tertentu. Sebelum rawatan kulat dilakukan, beberapa perkara perlu dikenal pasti antaranya kadar pengamatan cuaca, punca dan jenis kulat yang menyerang. Setiap jenis kulat memerlukan rawatan yang berbeza. Jika jenis kulat dapat dikenal pasti lebih awal, ia akan memudahkan proses rawatan.

  1. Dollar spot

Simptom:

  • Tampuk-tampuk bulat berukuran 1-5 inci terbentuk secara berselerak di permukaan rumput.
  • Rumput mula bertukar berwarna keperang-perangan
  • permukaan yang diserang diliputi seakan-akan sarang labah-labah pada waktu pagi.
  • Suhu yang menjangkau (60°-80°F)
  • Kadar kelembapan yang berlebihan
  • Air bertakung pada permukaan tanah
  • Tanah yang keras

Pencegahan dan kawalan

  • Pembajaan yang mencukupi
  • Jerami atau rumput yang telah mati perlu dibuang segera untuk mengelakkan ia mula mereput dan menjadi habitat yang sesuai untuk kulat hidup
  • Kompos top dressing dapat membantu mencegah kulat daripada muncul
  • Penyemburan racun serangga perlu dilakukan secara berkala sebelum sebarang simptom serangan kulat mula berlaku
  1. Fairy ring

 

Simptom:

  • Terdapat pembentukan lingkaran rumput berwarna gelap (4 inci sehingga 30 kaki)
  • Kadangkala cendawan mula tumbuh dalam dan sekitar lingkaran yang wujud
  • Lingkaran tersebut mula bertukar menjadi warna keperang-perangan dan ada yang sudah mula mati
  • Ia menunjukkan tanah mengandungi bahan organik tidak terurai yang tinggi

Pencegahan dan kawalan:

  • Pastikan sebelum rumput ditanam, tanah yang akan digunakan tidak mengandungi sebarang bahan organik mudah terurai seperti tunggul atau dahan kayu yang mudah mereput.
  • Pembajaan secara berkala
  • Pastikan tiada permukaan yang mudah menakung air
  • Apabila fairy ring sudah mula kelihatan, segera lakukan rawatan kulat pada keseluruhan kawasan berumput
  • Jika cendawan mula tumbuh pada sekitar lingkaran, segera hapuskannya untuk mengelak daripada merebak ke kawasan lain
  1. Brown Patch

 

Simptom:

  • Terdapat permukaan rumput yang bertukar menjadi coklat dan akan bertambah besar terutamanya apabila musim hujan
  • Rumput mulai mati secara perlahan-lahan dan akan mula menjangkiti atau merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dengan segera

Pencegahan dan kawalan

  • Hentikan penggunaan baja nitrogen ketika ancaman brown patch mula dikesan
  • Lakukan penyiraman yang mencukupi untuk memastikan lebihan nitrogen yang terkandung pada daun dan tanah dapat diurai
  • Pastikan rumput yang telah dipotong segera dibuang atau dilupuskan untuk mengelakkan dari kulat tersebut mula merebak ke kawasan yang mengandungi rumput atau bahan organik yang sedang mereput
  1. Gray leaf spot

 

Simptom:

  • Terdapat tompokkan bujur atau bulat seakan-akan melecur pada bilah daun rumput
  • Kesan melecur akan mula membesar dan akan mengakibatkan daun tersebut mati dan merebak ke daun yang berhampiran

Pencegahan dan kawalan

  • Peringkat pencegahan awal adalah dengan penggunaan baja nitrogen dengan secukupnya.
  • Gunakan slow release nitrogen untuk tujuan pembajaan seperti milorganite
  • Penyiraman harus dilakukan pada awal pagi untuk memastikan daun dapat kering sepenuhnya sebelum menjelang malam
  1. Slime mold

 

Simptom:

  • Wujudnya longgokan serbuk atau biji bulat yang melekat pada bilah daun
  • Biji atau serbuk tersebut berwarna putih atau kelabu
  • Ia menjadikan permukaan rumput kelihatan seperti tompokan hitam
  • Ia merebak dengan mudah terutamanya pada waktu malam

Pencegahan dan kawalan:

  • Ia tidak mendatangkan bahaya kepada rumput. Namun jika di biarkan lama-kelamaan rumput yang ditutupi akan mula bertukar warna menjadi kekuningan akibat kurang pengamatan cahaya matahari
  • Boleh dibuang hanya menggunakan penyapu atau dengan memotong rumput dengan segera
  1. Pythium root rot

 

Punca dan simptom :

  • Ia merupakan penyakit akar
  • Daun mula bertukar kekuningan dan membentuk corak yang tidak menentu di permukaan rumput
  • Jika diteliti pada bahagian bawah dan akar rumput, ia mula bertukar menjadi warna kelabu
  • Tempat yang mengalami kadar penerimaan air yang paling banyak atau terdapat pola saliran bawah tanah, mudah dijangkiti wabak ini
  • Tanah yang sentiasa lembap dan tidak mempunyai sistem saliran yang baik menjadi ancaman utama

Pencegahan dan kawalan:

  • Untuk mengelak daripada ianya berlaku, sistem saliran terutamanya di bawah tanah perlu diperbaiki segera agar tidak ada situasi air bertakung
  1. Rust

 

Punca dan simptom:

  • Wujudnya tompok kecil berwarna kekuningan pada bilah daun dan batang.
  • Lama kelamaan ia akan bertukar menjadi warna oren dan kemudian merah.
  • Kebiasaannya ia akan menyerang apabila tibanya musim kemarau

Pencegahan dan kawalan:

  • Fungus rust yang tidak dirawat segera akan terurai dan merebak ke tempat lain. Biji benih baru antara ancaman utama
  • Pemotongan rumput perlu dilakukan segera sebelum ia merebak ke tempat lain
Published by
amalina