Kenapa terung yang di tuai permukaan tak secantik yang dibeli dari kedai? Betuknya tak menentu, ada bahagian kulit seperti berkudis atau berkerak. Betul tak? Hal ini kebiasaanya berlaku kepada anda yang menanam terung disekitar rumah atau sebagai hobi.
Sebenarnya masalah itu disebabkan oleh penyakit Colletotrichum fruit rot yang berpunca daripada fangus Colletotrichum melongenae
.. Penyakit ini juga dikenai dengan nama anthracnose fruit rot. Keadaan ini kebiasaanya berlaku pada tanaman terutamanya ketika musim lembap dan tengkujuh. Namun, masalah atau penyakit ini hanya menyerang buah-buah yang lemah atau masih muda. Penyakit ini lebih mudah merebak apabila musim panasCara untuk tangani masalah atau penyakit ini adalah penjagaan optimum kepada tanaman. Sebaiknya, elak medium tanaman terlalu lembap. Ini kera keadaan lembap yang menjadi punca kulat perosak ini menjadi aktif.