Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
Ads
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Bilik tidur saya kecil sangat. Nak mengemas pun tak semangat je rasanya. Bilik tidur tu memang fungsinya untuk tidur sahaja dan sukar untuk saya lakukan aktiviti lain di bilik tidur. Tak selesa. Hmm.. terasa juga nak deko bilik tidur bagi nampak luas”
Ya, betul tak semua orang mempunyai ruang bilik tidur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal di perumahan jenis flat. Sangat terhad ruang biliknya. Tapi jangan risau ! IMPIANA akan membantu anda dengan tips mudah ini.
Hiasan dekorasi bilik menjadi terhad kerana anda buntu bagaimana hendak jadikan bilik tidur yang sempit menjadi luas dan menarik. Jadi, IMPIANA kongsikan antara cara-cara hendak memberikan impak bilik tidur yang kecil nampak luas adalah dengan :-
Warna pastel
Perabot dan penstoran
Cermin
Pencahayaan
Aksesori dekorasi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki rumah kecil atau kompak tidak, memberi maksud kediaman anda sempit dan tidak boleh dihias atau dekor. Dan memiliki sebuah rumah sendiri pastinya menjadi idaman setiap insan yang masih belum mampu untuk miliki rumah sendiri.
Bermula dengan modal yang kecil dan menyimpan dari awal pastinya dapat memiliki sebuah kediaman sendiri. Walaupun tidaklah sebesar dan seluas yang diinginkan tetapi ruang yang memadai dengan keperluan.
Saya terbaca di dalam sebuah laman sesawang daripada luar negara yang menceritakan mengenai sebuah kediaman kecil yang dibina daripada kayu tetapi cukup selesa.
Orang di Malaysia kalau miliki sebuah kediaman kecil dan dibuat daripada kayu mesti ramai yang berkata dan berbunyi, ramai lah yang nak membawang kata itu ini. Faham-faham lah ye orang Malaysia ni kan ramai yang suka felling felling have have. Apa sekalipun, jenis kediaman anda miliki dan didiami perlulah bersyukur. Tidak semestinya kediaman itu besar dan luas jika tidak pandai menggayakan kediaman tersebut pastinya rumah itu tiada serinya.
Rumah yang mempunyai ruang yang luas tidak semestinya memerlukan set perabot dan perkakas yang banyak untuk mengisi kekosongan. Biarkan ruang dalam kediaman tersebut bernafas tanpa perkakas yang menyemakkan mata memandang. Kita perlukan kediaman yang selesa dan menenangkan. Di sini lebih jelas tidak semestinya rumah yang luas dan besar itu selesa dan tenang.
Bayangkan sebuah kediaman yang cukup luas halamanya, tanpa lanskap yang indah, ruang tamu yang luas dengan set perabot ala kadar dan semak dengan perkakas sana dan sini. Ruang dapur masyallah! Bayangkan.
Manakala, sebuah rumah yang kompak atau sempit dengan susun atur kelengkapan yang praktikal dalam ruang rumah membuatkan keadaan ruang rumah itu lebih selesa. Tepuk dada tanya kehendak. Pasti ada jawapannya.
Paling penting tip untuk berada dalam kediaman yang selesa dan tenang, ialah kemas dan bersih. Jika tidak percaya lakukan perubahan dalam rumah anda. Buang perkakas yang mungkin meyemak dan tidak digunakan di dalam ruang tersebut. Simpan barang yang jarang digunakan di dalam kabinet ataupun stor.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.