Perabot rotan kini kian mendapat perhatian. Kini dengan rekaan yang pelbagai, Kebiasaanya rekaan perabot rotan di suaipandankan untuk konsep Boho, namun dengan pelbagai rekaan kontemporari ia sesuai untuk padanan gaya moden, mewah dan sebagainya. Salah satu perabot yang menjadi idaman ramai adalah katil rotan. Namun, harganya agak lumayan untuk dimilik. Jadi, seperti biasa anda perlu bijak mengolah. Apa kata, padankan katil divan dengan kepala katil rotan. Ini idea IMPIANA:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Menambah Sentuhan Ketenangan Pada Sambutan Raya Anda
Hari Raya sentiasa menjadi perayaan yang membawa kegembiraan kepada kita. Inilah masanya di mana umat Islam meraikan kejayaan mereka melawan pelbagai godaan sepanjang bulan Ramadan. Malah, sambutan tahun ini amat istimewa kerana rakyat Malaysia berdiri bersama untuk mengamalkan penjarakan sosial, bersatu dalam usaha kita dengan terus berada di rumah.
Sambil kita meneruskan amalan ini, kita faham bahawa ada kemungkinan kita tidak dapat meraikan Hari Raya ini dengan tradisi rumah terbuka dan pertemuan keluarga seperti yang selalu kita lakukan. Bagaimanapun, ketika kita bersedia menyambut Hari Raya dengan cara berbeza, ia tidak bermakna kita perlu melupakan tradisi lain seperti menghias semula rumah kita. Anda akan terkejut bagaimana dinding tumpu yang bercat baru akan membantu menceriakan suasana perayaan. Apatah lagi, Raya memang dan akan sentiasa menjadi acara yang berwarna-warni.
AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka memahami kepentingan warna dan Hari Raya. Dan oleh kerana kebanyakan perayaan dihabiskan dengan berbual di ruang tamu, kami akan kongsikan palet warna kreatif yang serasi bergandingan dengan Tranquil Dawn, Warna Tahun 2020 AkzoNobel, untuk menambah sentuhan ketenangan pada ruang tamu.
Ruang Tamu Yang Menyerlah
Warna Tahun 2020 AkzoNobel, Tranquil Dawn, juga dikenali sebagai Grey Jeans, adalah ton-sejuk warna hijau dan diinspirasikan oleh warna langit pagi – pilihan warna yang sesuai untuk menambah keceriaan perayaan.
Set ruang ini memaparkan kombinasi warna mewah, seterusnya mewujudkan mood yang semarak pada ruang tamu anda. Tranquil Dawn, mengambil peranan dalam menenangkan ruang ini, bertindak sebagai kontras kepada warna terang di ruang berkenaan.
Tambahan perabot hiasan bermotif bunga dan perabot anyaman buatan tangan, ruang ini menawarkan suasana yang bersemangat dan selesa untuk anda menikmati minum petang bersama keluarga pada Hari Raya pertama.
Jika anda berminat untuk meniru gaya ini, berikut adalah warna yang digunakan untuk set ruang tamu:
Cheeky Grey / 78GG 19/078
Military Green / 50GY 13/136
Tranquil Dawn / (Grey Jeans 45GY 55/052)
Ruang Dimensi
Dinding dwi-ton adalah cara kreatif untuk memberi dimensi kepada satu-satu ruang. Ia mengindahkan bilik dengan pecahan pada ruang dinding dan merupakan cara yang kreatif untuk memberikan penampilan yang kuat dan sepadu pada perabot anda.
Hiasan ruang ini diperindah dengan palet pastel. Warna yang membahagi dinding diletakkan lebih tinggi untuk memberi suasana kepada ruang tamu, sementara kombinasi warna dwi-ton pula menambah mood santai dan mengalukan.
Set ruang tamu ini menggunakan:
Mushroom Morning / 65YY 71/071
Bellcourt Castle / 45 YY 53/151
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Suasana Menenangkan
Juga, apabila merancang untuk dinding tumpu anda, sangat penting untuk memahami persekitarannya kerana kita bukan saja mewujudkan dinding yang cantik, tetapi turut berfungsi.
Set ruang ini mengindahkan arah matahari dan memerlukan dinding hijau serta tumbuh-tumbuhan untuk menyerap kehangatan dan melindungi ruang tamu anda daripada suhu tinggi. Malah dinding tumpu ini dilengkapi dengan kehangatan ton warna ambar (kuning jingga) pada bahagian bawah, yang memberikan anda mood kesederhanaan dan suasana yang menenangkan.
Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Aviator Silver / 30BB 62/044
Spiced Honey / 00YY 26/220
Kombinasi Keceriaan
Oleh kerana Raya sering dikaitkan dengan warna terang dan ceria, anda juga boleh menggunakan jaluran pelbagai warna seperti set ruang tamu ini. Jaluran pelbagai warna ini memberi kesan percanggahan yang bergaya, dan dengan menggunakan warna kuning dan merah jambu, ia mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak. Dua warna ini juga menambah suasana riang, terang dan bersemarak pada ruang tamu, dengan Tranquil Dawn yang bertindak sebagai penyeimbang.
Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:
Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
Cedar Shadow / 50YR 36/263
Sapling / 50YY 51/519
Dengan semua cadangan yang kami berikan, kami tidak sabar untuk menambah warna baru yang menyegarkan pada ruang tamu anda. Tidak kira apa palet warna yang anda pilih, mana-mana warna itu akan menggandakan lagi mood ruang tamu anda, hiasan yang sempurna untuk sambutan Hari Raya.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Warna Tahun 2020 atau meneroka warna yang dibawakan oleh Dulux untuk anda, apa yang anda perlu lakukan hanyalah halakan pelayar web anda ke https://www.akzonobel.com/en/colourfutures/colour-of-the-year-2020 atau www.dulux.com.my.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Sekali Bayam Brazil Dengan Bawang Putih Untuk Elak Haiwan Perosak, Memang Berkesan!
Serangan dari serangga perosak pada tanaman merupakan salah satu masalah utama yang perlu anda hadapi ketika berkebun. Baru saja nak hidup pokok tu, dah dimakan ulat. Memang rasa nak marah juga lah.
Tapi tahukah anda, perkara ini boleh dibendung dari awal. Berpandukan tip dari video youtube, seorang pengguna Facebook telah mencuba satu petua yang berhasil melenyapkan terus serangga perosak dari mengganggu tanaman.
Mari kita semak perkongsian Puan Suzurina Binti Muda ini ;
PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA
Ni cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas @ satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yg dah siap kupas, terus cucuk kat pokok.. macam saya buat tu, nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam tu, pokok cili awal2 pun saya buat camni. Boleh juga buat begini pada pokok-pokok yang lain.
Saya dapat video dari youtube.
Dulu saya blend bawang putih & spray tapi lama2 tak terbuat dah, sejak jumpa video tu, tu je saya buat.
Sebelum ni tak boleh makan bayam brazil tu, penuh ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab takde dah siput halus-halus & besar.
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni
Alhamdulillah, sekarang ni dah cantik bayam brazil saya..
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat buat semua yang membaca. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Penjagaan Kabinet Dapur Agar Tahan Lebih Lama
Penampilan kabinet dapat menyumbang kepada perubahan suasana dalam ruang dapur anda. Oleh itu, langkah penjagaan yang betul perlu diambil bagi memastikan ketahanan kabinet.
Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk membersihkan kabinet dapur anda dengan mudahmenggunakan bahan-bahan yang ada di rumah saja.
1. Pembersihan kabinet dapur
– Bagi kabinet dapur daripada Melamine, cara pembersihannya ialah dengan membuang segala kotoran yang melekat membersihkannya.
– Gunakan kain lembap span yang telah dilembapkan dengan air suam dan lap pada bahagian yang terkena kotoran melalui cara gerakan bulatan.
2. Membersihkan minyak dan asap
– Segera bersihkan kabinet dapur anda daripada tumpahan minyak atau bekas menggoreng.
– Sekiranya anda telah memasang hood dapur, maka sentiasa pasangkan hood dapur itu sewaktu memasak agar ia dapat menyerap segala asap daripada proses memasak.
3. Bahan pembersih
– Air suam bersama sedikit pencuci atau air sabun boleh digunakan sebagai bahan pembersih untuk kabinet dapur anda.
– Namun, elakkan kelembapan keterlaluan untuk kabinet dapur yang diperbuat daripada kayu.
– Elakkan penggunaan produk pencuci yang mengandungi ammonia atau bahan menghakis yang lain bagi mengelakkan kerosakan dan calar pada kabinet dapur.
4. Penggunaan cuka
– Cuka merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kesan minyak pada kawasan celahan dapur dan kabinet dapur anda.
– Caranya ialah dengan melarutkan cuka dalam sedikit air, kemudian dimasukkan ke dalam botol penyembur dan sembur di tempat berminyak dan gosok sehingga bersih.
– Jika kotoran sangat degil, gunakan cuka yang tidak dicampur air untuk kesan pembersihan yang lebih berkesan.
5. Keadaan kering
– Anda harus memastikan bahagian dalam kabinet dapur yang berasaskan kayu agar sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini adalah bagi mengelakkan kerosakan dan serangan serangga perosak.
– Selain itu, anda juga harus memastikan tingkap terbuka bagi memastikan material kayu ‘dapat bernafas’ dalam udara yang segar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI