Kepentingan Mengasingkan Dapur Basah dan Dapur Kering dalam Isi Rumah. Dapur adalah ruang yang sangat penting dalam sesebuah rumah, tempat di mana makanan disediakan dan aktiviti memasak dijalankan setiap hari. Untuk mengekalkan kebersihan, keselamatan dan keselesaan di dapur, adalah penting untuk memisahkan dapur basah dan dapur kering.
Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan mengapa pemisahan ini sangat penting dan apakah faedahnya untuk kehidupan seharian.
1. Kebersihan dan Sanitasi yang Lebih Baik
Salah satu sebab utama untuk mengasingkan dapur basah dan dapur kering adalah untuk mengekalkan kebersihan dan sanitasi yang optimum. Dapur basah biasanya merangkumi kawasan seperti singki, kawasan basuh dan kawasan penyediaan makanan yang melibatkan penggunaan air dan cecair lain. Mengasingkan kawasan ini daripada pantri kering, yang biasanya terdiri daripada tempat penyimpanan makanan kering dan kawasan penyediaan makanan kering, membantu mengelakkan pencemaran silang yang tidak diingini.
Sebagai contoh, apabila memotong daging mentah di kawasan penyediaan makanan basah, kemungkinan cecair atau titisan mungkin berlaku. Jika kawasan ini tidak diasingkan daripada tempat penyimpanan makanan kering seperti tepung atau beras, terdapat risiko bahan makanan kering itu boleh tercemar dan menyebabkan masalah kesihatan.
Ads
2. Keselamatan Makanan
Mengasingkan dapur basah dan dapur kering juga penting untuk mengekalkan keselamatan makanan. Bahan makanan mentah yang belum dimasak seperti daging, ikan, atau produk tenusu hendaklah disimpan berasingan daripada bahan makanan kering seperti beras, tepung atau bijirin. Ini membantu mengurangkan risiko pencemaran dan pembiakan bakteria yang tidak diingini dalam bahan makanan.
Dengan mengasingkan dapur basah dan dapur kering, anda boleh memastikan makanan yang disimpan dan disediakan di dapur anda kekal selamat untuk dimakan oleh seisi keluarga.
3. Pengurusan Sisa Lebih Cekap
Ads
Dapur basah selalunya menghasilkan sisa organik seperti sisa makanan, kulit sayuran dan bahan organik lain. Dengan mengasingkan dapur basah daripada dapur kering, adalah lebih mudah untuk mengurus dan memproses sisa ini. Sebagai contoh, sisa organik boleh diproses menjadi kompos untuk digunakan semula sebagai baja tumbuhan, manakala sisa bukan organik seperti pembungkus plastik atau kadbod boleh diasingkan untuk dikitar semula atau dilupuskan mengikut peraturan yang dikenakan.
4. Kemudahan dan Kefungsian
Selain manfaat kebersihan dan keselamatan makanan, mengasingkan dapur basah dan dapur kering juga meningkatkan keselesaan dan kefungsian keseluruhan ruang dapur. Dengan menyusun ruang dapur mengikut setiap fungsi, anda boleh menyusun ruang penyimpanan, meja kerja dan peralatan memasak dengan lebih cekap. Ini memudahkan anda menyediakan makanan harian anda tanpa perlu risau tentang kemungkinan pencemaran atau kekacauan yang tidak perlu.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan menggunakan konsep ini, anda bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat, tetapi juga menjadikan dapur tempat yang lebih selesa untuk keluarga anda memasak dan menikmati hidangan bersama.
Pokok Kantan Tak Putus Berbunga. Bunga kantan, antara ramuan yang banyak digunakan dalam masakan melayu. Asam pedas, laksa dan kerabu, bagai tak lengkap nikmat menjamu juadah ini tanpa kehadiran bunga kantan. Tapi ramai abaikan untuk letak bunga kantan kerana harganya yang agak mahal di pasaran. Tambahan, tanaman ini agak kedukut mengeluarkan hasil jika tidak dititip dengan baik. Tapi, Ibrisam Wosssali ada petua untuk pastikan bunga kantan cepat dan tak putus berbunga.
Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga. Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan nie dari seorang rakan berkebun.
INI YANG ANDA PERLU LAKUKAN
1. Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.
2. Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.
3. Selepas seminggu lebih dah boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yg dah ditanam dlm polybeg terlebih dahulu.
4. Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.
5. Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi.
6. Masa ni kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur nie menjadi baja kepada pokok kantan.
Terjual lebih dari 23,000 unit Pelbagai Baja Booster / Paksa Subur di shopee. Nak beli juga, klik link ni https://invol.co/cl7y6dx
Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang di ajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya. Dan sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.
CARA HASILKAN DAN KEBAIKAN BAJA KULIT TELUR
Tanah yang mempunyai pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Elegan, praktikal, kuat dan tahan lama, terrazzo pada asalnya dicipta oleh pekerja-pekerja binaan Venetian yang mencampur cip marmar dari projek mewah untuk mendapatkan lantai kos rendah yang menarik di kediaman mereka sendiri. Lantai bajet dari tahun 1970-an ini telah melanda gelombang populariti yang baru dan kali ini ia tidak menunjukkan tanda untuk berhenti dalam masa yang terdekat. Terrazzo adalah bahan yang tampak moden tapi dalam masa yang sama terasa tradisional sekaligus menjadikan ia bahan yang timeless. Ternyata terrazzo sesuai diletakkan dalam mana-mana ruang di rumah, bagi mewujudkan upgrade mewah yang mampu bertahan lama.Terrazzo juga adalah salah satu pilihan paling versatile yang mudah di dapati pada satu ketika dahulu.
Mengapa Pilih Terrazzo?
Terrazzo merupakan pilihan yang tepat untuk interior anda atas beberapa faktor ;
Kos Efektif
FAKTA – Semasa hayat sesebuah binaan, jumlah kos mengekalkan atau menggantikan lantai boleh mencapai sehingga 35 kali ganda berbanding kos permulaan lantai tersebut.
Jadi adakah anda masih ingin memasang karpet, lantai kayu ataupun vinyl? Sedangkan sudah ada material yang tahan lama, mudah dan murah pula. Untuk jangka masa panjang, terrazzo dilihat sangat memuaskan dari segi kos penyelenggaraan dan keseluruhan.
Customizeable
Dengan reka bentuk dan pilihan warna yang amat luas, terrazzo adalah impian para arkitek, pereka mahupun pemilik. Dari corak geometri elegan, grafik menarik dan bunga berkembang mekar, terrazzo bakal mengubah koridor yang hambar atau pintu masuk ke dalam ruang dengan keanggunan dan semangat baru. Satu-satunya had pengahalang adalah imaginasi anda. Jadi, be creative!
Mudah Untuk Dijaga
Kebersihan, keselamatan dan kualiti udara merupakan antara asas dalaman yang penting. Permukaan tidak berliang Terrazzo dapat menentang mikrob merbahaya dan pengumpulan kelembapan. Ia adalah aspek penting untuk persekitaran yang bersih, sihat dan bebas kulat. Dan oleh kerana ia mempunyai permukaan yang licin, penyelenggaraan berkala seperti menyapu, mengemop dapat dilakukan dengan mudah.
Tahan Lama
Kita dapat lihat sifat sebenar terrazzo di kawasan trafik yang tinggi di mana ketahanan dan penyelenggaraan yang minimum amat dititkberatkan. Jika dijaga dengan baik, lantai terrazzo tidak mungkin perlu diganti. Sifat tahan lama material ini telah menjadikannya pilihan untuk kawasan dan ruang yang dikunjungi ramai selain rupa fikizalnya yang mempunyai kelas tersendiri. Terrazzo amat bernilai dimata golongan tertentu sejak beratus tahun yang dulu kerana integriti dan kekebalannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya dekorasi keseluruhan ruang akan dipengaruhi oleh padanan sofa. Pemilihan sofa yang elegan dan sesuai dengan ruang harus menjadi keutamaan sebelum membelinya.
Variasi sofa yang ada memberikan alternatif terbaik untuk disesuaikan dengan gaya kediaman pilihan. Rekaan sofa yang unik dengan cetusan warna menyerlah akan membantu menaikkan seri sesebuah ruang. Sofa yang diletakkan di ruang tamu menjadi lokasi utama penghuni kediaman dan tetamu yang hadir. Di sinilah tempat berkumpul dan bersosial, jadi sofa perlu memiliki ciri tahan lama dan memberikan keselesaan maksimum.
Agar tidak salah membuat pilihan, ikuti tip ini sebelum anda membeli sofa:
Pastikan sofa yang ingin dibeli bersesuaian dengan keluasan ruang. Anda tidak mahu ruang menjadi sempit dan susah untuk bergerak dek saiz sofa yang tidak sesuai.
2. Sesuaikan dengan tetapan gaya dekorasi keseluruhan ruang dan tempat sofa akan diletakkan. Jika untuk ruang keluarga, pilih sofa dengan kusyen lembut dan tebal. Sofa untuk ruang tamu formal pula mestilah sesuatu yang tampak lebih eksklusif.
3. Ambil perhatian pada bentuk sofa. Ketika duduk, tapak kaki anda harus menjejak ke lantai dan tidak tergantung. Begitu juga dengan kedalaman sofa. Ia haruslah tidak tenggelam apabila anda duduk atau terlalu keras dan memberikan keselesaan pada seluruh tubuh.
4. Pilih sofa dengan fabrik pelbagai warna dan corak untuk mengelakkan ruang tampak bosan.
5. Sofa kulit adalah pilihan terbaik untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang. Ia mampu bertahan lama, selain cantik dan berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.