Kesilapan selalu kita buat ketika membeli sofa boleh memberi impak yang besar kepada keselesaan dan kepuasan seisi rumah. Anda mungkin akan rasa sedikit ralat lebih-lebih lagi jika anda telah menghabiskan banyak wang untuk membeli sofa yang diidamkan.
Lebih ‘sakit’ lagi kesilapan ini akan membuatkan anda berasa sangat kecewa. Terdapat beberapa kesalahan umum yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika membeli sofa. Selepas ini jika anda berhajat untuk membeli sofa baharu, pastikan anda jangan terburu-buru membuat keputusan.
BERIKUT TIP YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBELI SOFA:
1.Membeli sofa yang terlalu besar atau terlalu kecil
Kesilapan yang paling biasa yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika memilih sofa ialah berkaitan dengan saiz saofa. Kebanyakan orang lupa mengukur ruang yang ingin diletakkan sofa sebelum membeli sofa.
Kebiasaanya akibat terpesona dengan sofa yang dipamerkan di kedai pearbot, ramai di antara kita tidak lagi mempedulikan soal saiz sofa. Faktor ilusi ruang kedai yang besar menjadikan sofa besar kelihatan kecil. Untuk mendapatkan sofa yang betul, anda harus terlebih dahulu mengukur keluasan ruang di rumah anda sebelum membeli sofa. Juga, jangan lupa untuk mengukur skala sofa lama dengan sofa yang akan anda beli.
2.Tidak mencuba sofa sebelum membeli
Kesilapan yang sering juga dilakukan oleh ramai orang ialah apabila tidak mencuba dahulu sofa yang ingin dibeli. Hanya selepas dibeli, barulah anda dapat rasa yang anda sebenarnya tidak selesa dengan sofa tersebut ketika anda duduk di atasnya.
Ads
Sebagai contoh, anda mempunyai saiz badan yang tinggi, tetapi anda memilih sofa yang mempunyai tempat duduk yang cetek. Oleh itu, sebelum membeli sofa, anda harus cuba duduk di atas sofa tersebut. Jangan lupa untuk mencuba sofa seperti apabila anda menggunakannya di rumah. Sebagai contoh, jika anda sering tidur di sofa, cuba tidur di atas sofa yang anda ingin beli.
3.Membeli sofa dengan ‘gaya’ yang salah
Konsep dekorasi kediaman anda amat penting diperhatikan ketika memilih jenis sofa yang ingin dibeli. Jangan biarkan dekorasi rumah anda yang berkonsep Scandinavia, tetapi sofa yang anda pilih adalah Gothic. Sudah tentu ia akan menjadi sangat ‘aneh’ melainkan anda seorang yang benar-benar pakar dalam menggabungkan pelbagai jenis perabot agar kelihatan unik.
4.Kesilapan dalam memilih warna dan fabrik sofa
Pertimbangkan juga bahagian ruang mana di dalam rumah anda yang ingin anda letakkan sofa baharu. Ini kerana, ia sangat mempengaruhi pemilihan warna dan fabrik pada sofa. Sebagai contoh, jika sofa yang anda pilih diperbuat daripada warna licin dan terang, maka ia digunakan untuk kawasan keluarga. Sudah tentu sofa akan cepat rosak kerana kerap digunakan.
Ads
Selain itu, pilih warna sofa berdasarkan material dan warna yang anda sangat suka. Jangan pilih sebab warna tersebut sedang ‘trending.’ Ini kerana anda akan menggunakan sofa tersebut selama bertahun-tahun.
5.Tidak mempedulikan kualiti sofa
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga sofa yang murah walaupun anda dalam mood berjimat-cermat. Anda juga perlu memilih sofa yang berkualiti. Harga yang murah sememangnya akan menjimatkan perbelanjaan. Bagaimanapun tidak semestinya harga yang murah, sofa tersebut akan bertahan sehingga 10 tahun.
Sofa yang berkualiti mungkin akan membuatkan anda menghabiskan banyak wang. Bagaimanapun kerana kualiti yang boleh menjadikan sofa tahan lebih lama, anda tidak perlu menukar sofa dengan kerap dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Ads
IMPIANA: Semoga dengan panduan yang diberikan dapat membantu anda untuk memilih sofa yang tepat. Jangan lakukan lagi kesalahan yang sama ketika anda berhajat untuk membeli sofa baru.
Jika anda jenis yang selalu masuk ke dapur dan memasak, pasti anda sudah kenal betul dengan keadaan serta persekitarannya. Jika semasa baru beli dahulu api dapur gas berwarna biru, lama-kelamaan ia mungkin akan bertukar oren. Api oren ini dikatakan boleh merosakkan kuali.
Sekiranya perkara ini berlaku, anda jangan gusar dan terus nak beli dapur gas baru! Ada caranya untuk baiki permasalahan ini.
Melalui perkongsian Sharina Othman ini, beliau ada memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membersihkan dapur gas serta menukarkan api oren kembali menjadi biru. Mari kita ikuti panduan ini.
“Api dapoq gas tetiba oren..
Habis berjelaga periuk kesayangan..
Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu..
Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan..
Tapi tu la bajet pun cukup² ja..
Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??”
Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
Cara-caranya ;
1.Pusingkan benda tu (Yang anak panah tu)
2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah)
3. Nah hasilnya! tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy
Bagi anda yang golongan muda khususnya pasti ada yang masih tidak mengetahui definisi dan perbezaan yang terperinci antara Hibah dan Hibah Takaful. Meski kedua-duanya dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza.
Jadi, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Encik Faidzal yang merupakan seorang perunding takaful di bawah naungan Al-Araf Associates bagi mengupas secara terperinci mengenai Hibah bersama penonton.
“Apa maksud Hibah yang sebenarnya adalah hadiah, manakala Hibah Takaful pula bermaksud pemberian hibah dalam bentuk wang pampasan yang mana kita boleh beri kepada sesiapa yang dikehendaki,” jelasnya.
Ketika sesi temu bual bersama Encik Faidzal turut menjelaskan beberapa perkara mengenai Hibah Takaful serta peranannya sebagai pelindungan tambahan kepada pembiayaan pinjaman anda.
“Bila kita cerita fasal dari sudut hartanah kan, pasti ada yang terikat dengan hutang-hutang hartanah misalnya membayar pinjaman hutang kepada bank.
“Jadi dengan adanya hibah takaful ini, ia sebenarnya boleh membantu kita untuk menstrukturkan pinjaman kita bersama bank.
“Contoh, kalau kita buat satu pinjaman rumah dengan bank, kebiasaanya ia didatangkan sekali dengan Mortage Reducing Term Assurance (MRTA) yang mana selalu diwajibkan oleh pihak bank.
“Tetapi, dengan adanya tambahan hibah ini ia akan memberikan perlindungan tambahan terhadap kita punya pinjaman sekiranya berlakunya kepada diri kita sepanjang tempoh pinjaman,” katanya lagi.
Sekiranya anda ingin mengetahu info serta maklumat lanjut mengenai Hibah Takaful, anda boleh menonton pautan video penuh di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ramai dari kita mempunyai baking soda di rumah yang selalu digunakan untuk membuat kek. Sebenarnya baking soda mampu melakukan pelbagai fungsi daripada hanya diletakkan di dalam peti sejuk. Apa kata anda cuba 9 petua mudah ini untuk menyelesaikan setiap masalah yang selalu dihadapi di rumah. Masalah bau kucing paling ramai yang hadapi dan buntu bagaimana untuk menyelesaikannya.
1. Membasuh sinki – letakkan sedikit baking soda pada span lembap, gosok dan bilas.
2. Rendam rambut dan sikat dengan menggunakan campuran 1 sudu teh baking soda dan sedikit air suam. Bilas dan keringkan.
3. Pastikan gril anda bersih dengan meletakkan beberapa baking soda pada berus lembap, gosok atau berus gril tersebut, kemudian bilas. Kotoran yang melekat padanya pasti hilang.
4. Bersihkan permaidani dengan memercikkan soda pada permaidani, tunggu sekurang-kurangnya 15 minit (lebih baik biarkan semalaman), kemudian berus dan lap dengan kain lembap.
5. Tambahkan 1 cawan baking soda ke dalam cucian seterusnya (bersama pencuci cecair biasa anda) untuk mendapatkan pakaian yang lebih bersih dan cerah. Sesuai untuk membasuh baju sekolah anak anda.
6. Buang kesan hangit dan hitam pada periuk atau kuali dengan meletakkan dua sudu besar baking soda. Kemudian masukkan air panas dan pencuci pinggan, biarkan selama 15 minit dan basuh seperti biasa
7. Untuk lantai kelihatan lebih berkilat, larutkan ½ cawan baking soda dalam satu baldi air suam. Lap dan bilas.
8. Untuk membuatkan barangan perak kembali berkilat dan bersinar, letakkan tiga bahagian baking soda dengan satu bahagian air. Gosok pada permukaan perak dengan kain atau span yang bersih. Bilas dengan teliti sehingga kering.
9. Ada masalah bau kucing terkepam disebabkan najis kucing? Disarankan setiap kali selepas anda mencuci najis tersebut, letakkan dua sudu besar baking soda dalam satu bahagian air. Letakkan dalam bekas penyembur dan spray pada tempat najis tersebut, tempat tidur kucing dan kawasan sekitarnya. Bau tersebut akan hilang sedikit demi sedikit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.