Kesilapan Yang Kerap Kita Buat Dalam Bilik Air, Ramai Tak Perasan

Share

Kesilapan yang kerap kita buat dalam bilik air, ramai tak perasan. Pernah tak dengar ungkapan, kalau nak tengok kebersihan seseorang itu, tengok bilik airnya.

Pada pandangan anda, mengapa begitu? Seperti yang kita ketahui, bilik air ialah tempat untuk kita membersihkan diri. Bayangkan jika bilik air pun kotor, bagaimana pula dengan kebersihan diri?

Kredit foto: Pexels

Sebenarnya walaupun bilik air sudah dicuci hari-hari, dan bilik air sentiasa dalam keadaan bersih, ada beberapa perkara yang anda terlepas pandang. Cuba semak beberapa perkara berikut:

TIDAK MENUTUP PENUTUP MANGKUK TANDAS

Sebenarnya, ada sebab kenapa mangkuk tandas duduk dilengkapi dengan penutup. 60% responden tidak menutup mangkuk tandas mereka ketika mengepam (flush). Tabiat ini menyebabkan partikel air dari proses flush tadi akan terpercik keluar dari mangukuk dan mungkin terkena pada bahagian-bahagian lain di dalam tandas seperti berus gigi, sabun dan sebagainya. Menurut kajian dari Dr. Charles Gerba, bakteria yang terbebas boleh berada diudara agak lama sebelum menjumpai habitat yang sesuai. Oleh itu, jika anda seorang yang mementingkan kebersihan, jadikan ia sebagai amalan.

Kredit foto: Pexels

SIMPAN BERUS GIGI DI DALAM TEMPAT BERTUTUP

Mungkin anda rasa kaedah ini dapat menghindari berus gigi yang digunakan dari tercemar dengan bakteria. Hakikatnya, apabila berus gigi yang telah digunakan dan masih basah disimpan terus di dalam bekas bertutup ia lebih menggalakkan pembiakan bakteria. Ini disebabkan, kondisi berus yang masih lembap ketika disimpan tidak dapat kering sepenuhnya dan menjadi habitat pembiakan bakteria.

Kredit foto: Pexels

SIMPAN BARANG MEKAP DI DALAM BILIK AIR

Memang memudahkan anda bersolek jika barang make-up disimpan di dalam bilik air. Sebab itu, ada yang mengambil keputusan menyediakan bekas simpanan barang make-up di dalam bilik air. Sebenarnya, barang make-up anda tak kiralah lipstick atau berus tak sesuai disimpan di dalam bilik air. Kondisi bilik air yang lembap akan menggalakkan pembiakkan bakteria pada barang make-up anda walaupun disimpan di dalam bekas yang bertutup. Hal ini juga akan menyebabkan barang make-up cepat rosak.

Kredit foto: Pexels

SANGKUT TUALA

Sepatutnya tuala disidai bukannya disangkut. “Good rule of thumb” tuala perlu dicuci atau diganti selepas tiga kali digunakan. Itu pun jika anda sidai selepas digunakan. Tapi, jika anda sekadar sangkut atau gantung tuala, kondisinya yang lembap akan menggalakkan pembiakan bakteria. Sebab itulah, tuala mudah bertahi lalat.

Kredit foto: Pexels

HANYA TUKAR LUFFA ATAU BERUS BADAN SETIAP 3-4 MINGGU

Selagi tak lunyai, berus atau penyental badan akan digunakan. Silap tu, lagi kerap anda menggunakannya, lebih kerap ia perlu diganti. Ini disebabkan tekstur penyental yang berserabut terutamanya yang diperbuat dari serat petola menjadi habitat bakteria.

Kredit foto: Pexels

TIDAK BUKA TINGKAP BILIK AIR SELEPAS DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PENGUDARAAN

Jika bilik air anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan tak kisahlah jenis kipas, tingkap atau sebagainya, pastikan ia sentiasa dibuka ketika anda menggunakannya. Sekurang-kurangnya 15-20 minit. Ia bagi mengurangkan kadar kelembapan di dalam bilik air dengan kadar segera.

Kredit foto: Pexels

TIDAK PERNAH CUCI SHOWER CURTAIN

Ini lagi satu masalah yang ramai abaikan. Ada yang sudah bertahi lalat jadinya. Sebaiknya, shower curtain perlu dicuci setiap bulan. Kalau malas sangat, cari sahaja shower curtain jenis mudah dicuci menggunakan mesin basuh.

Kredit foto: Pexels

MEMBAWA TELEFON BIMBIT KETIKA MENGGUNAKAN TANDAS

Mesti ramai mempunyai tabiat membawa telefon bimbit ke dalam bilik termenung kan? Sedar tak ia mudah menjadi tempat pencemaran bakteria. Sebaiknya elakkan daripada membawa dan menggunakan telefon bimbit ketika menggunakan tandas.

Kredit foto: Pexels

Sumber: https://www.goodhousekeeping.com

Kredit foto (top image): Pexels

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi