Habuk Dan Bau Busuk Boleh Bantutkan Minat Pembeli Untuk Memiliki Rumah Anda

Share

Sebagai pemilik rumah jika suatu hari nanti anda ingin menjual kediaman sudah pastinya anda berharap dapat menjual dengan harga terbaik. Ini kerana kediaman adalah salah satu instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan berbaloi jika kena caranya. Entri kali ini adalah berkisar tentang beberapa perkara yang bakal membuatkan nilai kediaman anda ‘jatuh’ di mata pembeli.

INGAT, jangan ambil mudah tentang tip ini, kerana sudah pastinya anda mahukan harga terbaik dari pelaburan anda yang bertahun lamanya. IMPIANA senaraikan beberapa perkara yang wajib anda ambil berat dan perlu dielakkan jika anda memasang niat untuk menjual kediaman yang dimiliki di masa akan datang.

 

Warna cat yang lusuh dan tidak sesuai

Ini memang turn off sepantas kilat, perkara pertama yang akan dilakukan ketika pemeriksaan rumah adalah melihat kepada warna cat yang menghiasi dinding kediaman. Sebelum anda menjual rumah anda, pastikan anda mengajak rakan lain atau pun jika ada bajet lebih bolehlah mengupah profesional untuk menilai warna cat kediaman anda. Pandangan anda mungkin valid untuk anda sahaja, tetapi bagaimana pandangan orang lain? Alternatif lain adalah, warnakan sahaja cat warna putih di seluruh dinding kediaman agar rumah anda nampak seperti baharu.

Habuk

Kita sendiri akan sentiasa memastikan rumah kita bebas dari belenggu habuk yang muncul di setiap inci kediaman. Inikan pula jika rumah anda didatangi bakal pemilik baharu dan nampak banyak habuk di seluruh kediaman. INGAT, pastikan rumah anda bebas dari habuk dan kelihatan bersih baru iklankan rumah di mana-mana laman web jualan rumah yang sah.

Bau yang tidak menyenangkan

Jika anda berniat untuk menjual kediaman anda dan anda merupakan seorang perokok, mungkin ini masanya untuk anda kurangkan seketika aktiviti merokok kerana tidak semua orang sukakan kediaman yang baru dibeli sudah dicemari dengan bau asap rokok. Elakkan penuh dengan bekas abu rokok bersepah di dalam rumah. Selain itu, periksa juga saluran perpaipan rumah anda, salur paip dapur yang tersumbat juga boleh menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan. INGAT, jangan ambil mudah isu ini.

Bersihkan semak samun dan lalang di luar rumah

Kepada pemilik rumah, pastikan anda membersihkan segala semak samun seperti lalang yang tumbuh di halaman rumah. Semak samun ini akan membuatkan pembeli kurang berminat kerana ia bukan sahaja mengundang rasa takut disebabkan mungkin banyak haiwan merbahaya, malah ia juga mencacatkan pemandangan visual rumah tersebut. Letakkan diri kita sebagai pembeli, jika barang yang ingin dibeli kelihatan cantik secara tidak langsung yang tidak berkenan terus berkenan jadinya!

Harga yang tidak masuk akal

Bila berlaku penjualan, maka ianya akan melibatkan dua pihak iaitu, pembeli dan penjual, point ini merujuk kepada penjual sama ada ejen jualan rumah atau pemilik asal. Banyak berlaku kes rumah yang tidak dijual bila diselidik secara teliti, berlaku masalah daripada penjual yang meletakkan harga rumah melebihi nilai pasaran semasa serta bank. Alternatif kepada isu ini, penjual sebaiknya menyemak harga pasaran atau boleh meletakkan di bawah harga pasaran sedikit, inshAllah rumah anda akan terjual dengan cepat, tetapi jangan lupa point-point yang di atas. Harga cantik tapi keadaan rumah buruk pun tidak boleh juga.

Gagal memberi sebab yang kukuh kepada pembeli

Rumah sudah cantik, harga pun berpatutan, tapi masih tidak terjual, mana silapnya? Mungkin anda kurang dari segi pemasaran atas talian yang disini promosinya tidak memerlukan perbelanjaan wang, cuma skil anda menjual menjadi beza di antara penjual rumah yang lain. Trik paling mudah adalah, pamerkan gambar lengkap setiap sudut kediaman anda di laman web jualan dan mungkin anda boleh menarik lagi pembeli rumah dengan free gift mudah iaitu sofa serta kerusi kayu. Tetapi akhirnya ia bergantung kepada kreativiti anda semasa memasarkan produk (rumah anda).

Gambar yang tidak banyak serta maklumat yang tidak lengkap selalunya menjadi punca iklan jualan anda kekal begitu sahaja tanpa ada maklum balas dari pelanggan yang berminat, jika anda tidak membantu diri anda, tiada siapa yang dapat membantu.

 

 

Published by
Team Impiana