Periuk. Siapa je tak kenal periuk tu apa dan kebanyakkan orang di dunia ni semuanya pakai periuk. Cuma yang menjadi perbezaannya, kita pandai memilih atau tidak periuk tersebut. Ini kerana, ada periuk yang bagus dan ada periuk yang tidak berapa bagus sangat. Begitu juga semasa memasak. Memasak ini memanglah seronok tetapi yang akan menjadikannya tidak berapa seronok apabila periuk yang kita guna itu cepat rosak. Bahkan, boleh mengakibatkan kecederaan pada diri kita. Haa lepas tu, mula lah tak ada mood dah. Lagi-lagi perempuan. Jadi, di sini saya akan menceritakan sedikit tips cara memilih periuk yang bagus dan juga akan kongsikan beberapa jenama yang terbaik di pasaran.
Ads
Yang pertama, dalam kita memilih periuk, kita mestilah tahu jenis periuk yang hendak kita beli. Alumium, keluli, enamel serami, salutan teflon, titanium, marmar dan pelbagai lagi, semua dan setiap jenis kuali ini mempunyai kelebihan masing-masing seperti tidak melekat, ringan, senang di basuh dan pelbagai lagi. Kedua, Saiz periuk. Saiz periuk ini kita lihat pada kedalaman periuk tersebut kerana ia menentukan kuantiti makanan yang dapat dimuatkan dalam periuk tersebut. Ketiga, pemegang. Pemegang ni penting kerana kita akan selalu angkat dan letakkannya. Jadi, ia lebih baik cari periuk yang pemegangnya itu, ada skru. Yang terakhir, keempat, adalah yang paling penting iaitu permukaan periuk itu. Tapi ia ikut pada masing-masing juga. Kalau yang rata, sesuai untuk memasak telur ke, masak nasi goreng ke tapi kalau yang masak perlukan deep fried seperti nugget dan ayam goreng, lebih sesuai permukaan yang melengkung.
Ads
Jadi, itu sahaja yang saya tahu dalam memberi tips untuk membeli periuk. Pastikan anda beli periuk, carilah jenama yang boleh dipercayai seperti Tefal, Dessini, Velosan atau Carote.
Rak buku kalax, memang dihasilkan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk mempelbagaikan rekaannya mengikut cita rasa dan konsep kedaiaman masing-masing. Sama juga perabot-perabot ikea yang lain. Sebab tu banyak perkongsian IKEA HACK di youtube, pintrest dan sebagainya.
Seperti yang dilakukan oleh Puan Nur Farhana. Rak buku polos diubah menjadi kabinet TV gaya electic. Menariknya, Puan Farhana tak guna pun rak Kalax, tapi rak buku yang di beli di shopee je. Hargnya, jauh lebih murah dan kualitinya sama.
Hi, hari ni saya nak share sikit hasil deko rak saya yang diberi nafas baru tanpa menggunakan drill.
Saya beli 8 keping decorative panel design macam dalam gambar ni, 8 keping lagi plain board saja.Gamkan plain board dengan decorative panel hanya dengan menggunakan supper glue je
Untuk panel ni, saya mintak seller custom size ikut ukuran rak (33.5cmx33.5cm). Design ada macam-macam boleh pilih je. Actually, panel ni ialah hanging room divider. Tapi saya taknak hanging so saya jadikan panel ni untuk cantikkan rak saya.
Perasan tak, kebanyakkan chef profesional akan tabur garam tinggi-tinggi? Tingginya tu boleh dikatakan lebih 1 kaki dari makanan atau masakkan. Berbanding, teknik taburan garam masakkan oleh orang kebanyakkan adalah dalam ketinggian 2-3 inci sahaja. Apa beza kedua-dua teknik taburan garam ini? adakah ia menjadikan makanan anda lebih sedap?
Ananaifa Foods berkongsi ulasan mengenai isu ini di facebook akaun miliknya.
Secara ringkasnya, Kalau menurut Chef Jamie Oliver, dengan menjentik garam dalam jarak jauh tersebut, akan menghasilkan sebaran garam yg sekata pada permukaan makanan tersebut, & boleh dapat best flavour katanya
Tapi mesti ada yg akan kata, kita boleh je ratakan seasonings hat 3 inci & 8 inci tu guna sudu, jemari mahupun telapak tangan. Memang betul. Sebenarnya, tak ada istilah betul atau salah kerana ia hanyalah salah satu jenis kulinari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
SODABIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan membulat dan bilas dengan air.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.