Mungkin selama ini anda hanya membeli buah tembikai dan tidak mengetahui seberapa lamakah jangka hayat buah tembikai bila simpan di rumah. Buah tembikai juga mempunyai ‘expired date’ tertentu juga seperti makanan-makanan yang lain.
Buah tembikai mengikut National Watermelon Promotion Board, mempunyai jangka ketahanan yang cukup lama, iaitu sehingga tiga ke empat minggu setelah dipetih dari kebun.
Jadi, bagaimana hendak menyimpan buah tembikai agar tahan lama?
Cara paling mudah untuk menyimpan buah tembikai adalah anda hanya perlu meletaknya di atas meja dan biarkan begitu sahaja kerana ia tidak mudah busuk, atau letak di mana-mana kawasan yang teduh dan suhu yang tidak telalu panas.
Kamu tidak perlu menyimpan tembikai di dalam peti ais kerana ia hanya akan memakan ruang peti sahaja. Namun, jika tembikai sudah dipotong, anda harus menyimpannya di dalam peti ais kerana tembikai yang sudah dipotong teksturnya pasti akan berubah dan ia hanya bertahan selama 3-5 hari sahaja.
Untuk menghindari buah tembikai daripada cepat busuk saat dimasukkan ke dalam peti ais, lebih baik anda tutup bahagian yang terdedah dengan plastik wrapped.
Oh, sedapnya tembikai!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI