Tidur yang lena dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan. Kajian perubatan menunjukkan kurangnya tidur yang berkualiti antara punca peningkatan risiko penyakit jantung, darah tinggi, migrain dan strok. Tambahan kurang tidur juga menjadi antara penyebab utama kemalangan akibat memandu ketika mengantuk serta melibatkan mesin atau jentera di tempat kerja. Ini menunjukkan secara tidak langsung ia menjadi penyebab masalah emosi, mengganggu keupayaan membuat keputusan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Kajian juga mendapati, untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti, persekitaran bilik seharusnya gelap. Walaupun dengan pengamatan cahaya yang sedikit memasuki bilik tidur, ia menyebabkan minda kita tidak rehat secukupnya dan memberi input kepada otak untuk bangun tidur.
Langsir blackout dan dim-out antara komponen penyelesaian terbaik untuk menyekat pengamatan cahaya dan pencemaran bunyi memasuki bilik tidur anda. Tambahan, tidur yang lena dan rehat yang cukup juga penting terutamanya bagi ibu yang hamil, ibu yang baru melahirkan, bayi yang baru lahir, pesakit dan mereka yang bekerja pada waktu malam.
Langsir blackout dan dim-out juga berupaya menapis sinaran UV dari memasuki kediaman. Ini bermakna, secara tidak langsung ia dapat melindungi perabot, karpet dan lantai anda dari cepat pudar. Ia sangat ideal untuk bilik tidur dan untuk ruang yang anda tidak inginkan kemasukan cahaya secara terus.
Ads
LANGSIR BLACKOUT
Diperbuat dari kain tebal atau langsir biasa yang dilekat dengan lapisan lebih gelap.
Langsir blackout boleh menghalang cahaya dari jendela atau pintu gelongsoran dari masuk ke dalam kediaman 100%.
Ia juga berupaya menghalang gelombang infra merah dari memasuki kediaman sehingga 80%. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kadar haba terperangkap di dalam kediaman dan mengurangkan penggunaan elektrik untuk penghawa dingin.
Tambahan, penggunaan langsir blackout amat sesuai bagi ruang yang mempunyai pengamatan cahaya tinggi terutamanya di dalam bilik. Kebiasaannya, langsir jenis ini digunakan secara meluas di dalam industri hospitaliti, kapal persiaran, kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
LANGSIR DIM-OUT
Diperbuat dari kain yang sedikit jarang.
Masih berfungsi seperti langsir blackout, namun mempunyai kadar pengamatan cahaya yang sedikit.
Kurang upaya halangan pencemaran bunyi dan tidak memberi privasi yang optimum.
Secara purata, langsir dim-out berupaya menapis keamatan cahaya 98%. Hanya dibezakan 2% dari langsir blackout
Teksturnya pula, langsir dim-out lebih lembut dan lebih cantik ketika digantung berbanding langsir blackout.
Tambahan, kebanyakkan jenis langsir dim-out mudah untuk dicuci berbanding langsir blackout yang hanya sesuai untuk cucian kering. Ini bermakna, dari segi kos, fabrik langsir dim-out lebih murah dan mudah untuk diuruskan berbanding langsir blackout
Oleh sebab itu, jenis langsir ini kebiasaanya menjadi pilihan untuk kediaman, industri hospitaliti bajet disebabkan kosnya yang rendah.
JENIS LANGSIR BLACKOUT ATAU DIM-OUT YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN?
Ads
Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Sebenarnya, ia bergantung kepada personaliti dan bajet seseorang. Di ELYZA’S, mereka lebih menggalakkan pelanggan untuk memilih langsir dim-out disebabkan ia lebih cantik, boleh dicuci dan kosnya rendah. Walaubagaimanapun, kebanyakkan industri hospitaliti memerlukan kadar tapisan pencemaran bunyi yang tinggi sehingga 100%. Oleh itu, jenis langsir blackout sentiasa menjadi pilihan. Adakalanya, langsir blackout menjadi pilihan disebabkan oleh kurangnya pilihan warna dan corak yang tersedia dari langsir Dim-out dan sebaliknya.
Terbaru, ELYZA’S turut melancarkan beberapa koleksi terbaru langsir blackout dan dim-out untuk langsir rona polos, jacquard, bertekstur dan juga rekaan corak digital. Di samping itu juga, pemilik juga pengasas iaitu Ms Elyza Yong turut menawarkan khidmat rundingan secara percuma kepada pelanggan yang ingin menjadikan bilik tidur lebih santai buat ahli keluarga mereka.
Ads
JUALAN PENGHABISAN STOK FABRIK
Disebabkan stok yang berlebihan dari tahun-tahun lepas dan akibat perniagaan yang kurang rancak pasca Covid-19, ELYZA’S mengadakan jualan penghabisan stok mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020.
LEBIH 5,000 PILIHAN FABRIK MENJADI PILIHAN DENGAN TAWARAN POTONGAN 60%-70% EWCC (Elyza’s Window Covering Center) dibuka setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, pada waktu 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, guna sahaja Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi, segar malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel usah dibasuh dengan mesin basuh. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang tidak sedar akan cara mudah untuk rezeki masuk dalam rumah. Dalam menghias juga kita mudahnuntuk menjemput rezeki masuk kedalam rumah kita sebenarnya, tetapi dan bagaimana mungkin ramai yang diluar sana masih ada yang tidak tahukan.
IMPIANA nak share tip macam mana nak bagi rezeki masuk dalam rumah kita. Mudah sahaja, perkara utama kena tahu ialah mesti ada sikap rajin bertanggung jawab. Kemudian pastikan rumah sentiasa dalam keadaan yang sentiasa bersih dan harum. Mudah kan!
Langkah seterusnya, banggun seawal pagi buka pintu dan tingkap rumah biarkan udara segar masuk kedalam rumah dalam sekitar jam 7 pagi, amalkan dan sering bersedekah itu pastinya menjadi amalan mulia dalam kehidupan harian kita.
Bagi yang mempunyai halaman, jangan biarkan ia tidak terurus, tanam pokok yang mudah dijaga, sedap mata memandang. Biarkan halaman anda dengan rumput yang pendek dan selesa untuk anda sekeluarga besantai pada bila-bila masa. Inshaa Allah pintu rezeki rumah kediaman anda akan terbuka.
Tidak ramai antara kita yang mengambil kisah atau peduli akan kebersihan mesin basuh. Zahir nya kelihatan bersih, hakikat yang kita sendiri tidak lihat adalah bahagia belakang dinding drum mencuci. Terfikir tak nak bersihkan atau tinjau keadaan di bahagian belakang tersebut?
Tanpa anda sedari dinding drum pencuci yang tidak bersih antara punca berlakunya alahan terutamanya buat kanak-kanak yang mempunyai kulit yang nipis. Puas lah si ibu menjemur tilam dan permaidani. Walhal, punca sebenar adalah dari mesin basuh yang digunakan untuk mencuci baju yang dianggap SENTIASA BERSIH
Tahukah anda bahawa masin basuh yang tidak bersih 60x ganda lebih kotor dari tandas?
Sewajarnya, mesin basuh perlu diselenggara dan dicuci sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Berikut, 2 cara mudah untuk mencuci mesin basuh anda:
1. BAKING SODA DAN CUKA
Jika mesin basuh anda mempunyai tetapan “tube cleaning”, guna kan tetapan tersebut dan masukkan baking soda bersama cuka. Jika tiada, gunakan tetapan “soak” dan biarkan ia terendam selama 5 minit, kemudian di cuci lagi dan biarkan lagi setengah jam. Selesai kitaran cucian, cuci bersih mesin basuh anda dengan mengenakan tetapan cucian normal
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.