Tidur yang lena dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan. Kajian perubatan menunjukkan kurangnya tidur yang berkualiti antara punca peningkatan risiko penyakit jantung, darah tinggi, migrain dan strok. Tambahan kurang tidur juga menjadi antara penyebab utama kemalangan akibat memandu ketika mengantuk serta melibatkan mesin atau jentera di tempat kerja. Ini menunjukkan secara tidak langsung ia menjadi penyebab masalah emosi, mengganggu keupayaan membuat keputusan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Kajian juga mendapati, untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti, persekitaran bilik seharusnya gelap. Walaupun dengan pengamatan cahaya yang sedikit memasuki bilik tidur, ia menyebabkan minda kita tidak rehat secukupnya dan memberi input kepada otak untuk bangun tidur.
Langsir blackout dan dim-out antara komponen penyelesaian terbaik untuk menyekat pengamatan cahaya dan pencemaran bunyi memasuki bilik tidur anda. Tambahan, tidur yang lena dan rehat yang cukup juga penting terutamanya bagi ibu yang hamil, ibu yang baru melahirkan, bayi yang baru lahir, pesakit dan mereka yang bekerja pada waktu malam.
Langsir blackout dan dim-out juga berupaya menapis sinaran UV dari memasuki kediaman. Ini bermakna, secara tidak langsung ia dapat melindungi perabot, karpet dan lantai anda dari cepat pudar. Ia sangat ideal untuk bilik tidur dan untuk ruang yang anda tidak inginkan kemasukan cahaya secara terus.
LANGSIR BLACKOUT
Diperbuat dari kain tebal atau langsir biasa yang dilekat dengan lapisan lebih gelap.
Langsir blackout boleh menghalang cahaya dari jendela atau pintu gelongsoran dari masuk ke dalam kediaman 100%.
Ia juga berupaya menghalang gelombang infra merah dari memasuki kediaman sehingga 80%. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kadar haba terperangkap di dalam kediaman dan mengurangkan penggunaan elektrik untuk penghawa dingin.
Tambahan, penggunaan langsir blackout amat sesuai bagi ruang yang mempunyai pengamatan cahaya tinggi terutamanya di dalam bilik. Kebiasaannya, langsir jenis ini digunakan secara meluas di dalam industri hospitaliti, kapal persiaran, kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
LANGSIR DIM-OUT
Diperbuat dari kain yang sedikit jarang.
Masih berfungsi seperti langsir blackout, namun mempunyai kadar pengamatan cahaya yang sedikit.
Kurang upaya halangan pencemaran bunyi dan tidak memberi privasi yang optimum.
Secara purata, langsir dim-out berupaya menapis keamatan cahaya 98%. Hanya dibezakan 2% dari langsir blackout
Teksturnya pula, langsir dim-out lebih lembut dan lebih cantik ketika digantung berbanding langsir blackout.
Tambahan, kebanyakkan jenis langsir dim-out mudah untuk dicuci berbanding langsir blackout yang hanya sesuai untuk cucian kering. Ini bermakna, dari segi kos, fabrik langsir dim-out lebih murah dan mudah untuk diuruskan berbanding langsir blackout
Oleh sebab itu, jenis langsir ini kebiasaanya menjadi pilihan untuk kediaman, industri hospitaliti bajet disebabkan kosnya yang rendah.
Ads
JENIS LANGSIR BLACKOUT ATAU DIM-OUT YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN?
Ads
Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Sebenarnya, ia bergantung kepada personaliti dan bajet seseorang. Di ELYZA’S, mereka lebih menggalakkan pelanggan untuk memilih langsir dim-out disebabkan ia lebih cantik, boleh dicuci dan kosnya rendah. Walaubagaimanapun, kebanyakkan industri hospitaliti memerlukan kadar tapisan pencemaran bunyi yang tinggi sehingga 100%. Oleh itu, jenis langsir blackout sentiasa menjadi pilihan. Adakalanya, langsir blackout menjadi pilihan disebabkan oleh kurangnya pilihan warna dan corak yang tersedia dari langsir Dim-out dan sebaliknya.
Terbaru, ELYZA’S turut melancarkan beberapa koleksi terbaru langsir blackout dan dim-out untuk langsir rona polos, jacquard, bertekstur dan juga rekaan corak digital. Di samping itu juga, pemilik juga pengasas iaitu Ms Elyza Yong turut menawarkan khidmat rundingan secara percuma kepada pelanggan yang ingin menjadikan bilik tidur lebih santai buat ahli keluarga mereka.
Ads
JUALAN PENGHABISAN STOK FABRIK
Disebabkan stok yang berlebihan dari tahun-tahun lepas dan akibat perniagaan yang kurang rancak pasca Covid-19, ELYZA’S mengadakan jualan penghabisan stok mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020.
LEBIH 5,000 PILIHAN FABRIK MENJADI PILIHAN DENGAN TAWARAN POTONGAN 60%-70% EWCC (Elyza’s Window Covering Center) dibuka setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, pada waktu 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, guna sahaja Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
Tak sangka, kacang walnut tinggi khasiat ini berupaya menghilangkan kesan calar pada permukaan perabot kayu. Caranya mudah sahaja. Hanya gosok lembut kacang walnut pada permukaan perabot yang calar dan lap dengan kain bersih. Namun, kaedah ini hanya sesuai untuk permukaan calar yang tidak dalam sahaja.
untuk ketahui caranya dengan lebih khusus, sila tonton video yang disediakan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menanam orkid tidak sesukar seperti digambarkan, patuhi asas penanaman kunci mampu bertahan lama dan sentiasa mekar
Pemangkasan dan pembiakan
Terdapat pelbagai spesies tanaman orkid yang sering kali menjadi perhatian antaranya spesies Vanda yang tumbuh meninggi. Namun, jika tidak diselia, orkid jenis ini akan menjadi terlalu tinggi, kurus ataupun kurang merimbun. Jadi, bagi mengekalkan bentuk menghijau dan mengelakkannya daripada patah, orkid Vanda perlu dipangkas. Kaedah ini bukan sahaja dapat memperkemaskan bentuk orkid malah kaedah pembiakannya begitu mudah dan selamat. Ikuti cara kerja ringkas ini:
Sediakan orkid matang yang mempunyai beberapa batang akar di sekelilingnya. Pastikan orkid ini sihat dan mempunyai daun hijau. Ini supaya bahagian orkid yang telah dipangkas dapat digunakan untuk tujuan penanaman.
Seterusnya, dengan menggunakan gunting tanaman potong bahagian batang orkid yang terletak di antara akar-akar tersebut. Buangkan daun-daun mati yang terdapat pada bahagian yang telah dipotong. Tinggalkan bahagian bawah/pokok asal supaya tunas baru dapat tumbuh semula.
Bahagian yang dipotong ditanam di dalam pasu yang telah disediakan dengan bahan kompos orkid. Serakkan akar-akar yang berpintal, kemudian masukkan baki bahan kompos. Tepuk secara lembut permukaan tanah supaya tidak terdapat ruang udara di antarnya. Siram dengan kuantiti sederhana sekadar untuk melembapkan tanah.
Sokongan pada orkid supaya tumbuh tegap
Sesetengah orkid seperti spesies Cattleya dan Dendrobium mempunyai bahagian atas yang berat dan memerlukan sokongan selepas pemasuan dilakukan kerana akarnya yang masih lemah. Oleh itu, tanaman ini memerlukan sokongan untuk mengekalkan strukturnya. Ikuti beberapa kaedah mudah menghasilkan sokongan kepada tanaman orkid supaya ia kelihatan segar dan subur.
Kaedah mudah ini hanya memerlukan beberapa batang kayu bagi menyokong orkid menegak yang telah dilakukan pemasuan semula atau baru ditanam. Gunakan tali halus untuk mengikat kayu dan daun orkid yang ingin disokong.
Bagi orkid yang mempunyai bunga tumbuh tinggi, anda perlukan besi atau dawai boleh lentur untuk memberikan sokongan kepadanya. Caranya mudah, hanya bentukan dawai seperti ini dan pasakkan dawai ke dalam tanah.
Bagi menyokong bunga orkid yang sangat panjang dan membentuk lengkungan, gunakan kayu halus seperti kaedah satu dan ikatkan batang bunga di bahagian bawah dan atas, kemudian pasakkan batang kayu ke dalam tanah. Ini dapat mengekalkan bentuk semula jadi bunga serta mengelakkan ia daripada patah.
Pemilihan bekas tanaman orkid
Orkid boleh ditanam di dalam pasu biasa tetapi ia memerlukan ruang pengairan yang sangat baik. Penggunaan pasu plastik akan menyebabkan air bertakung kerana tidak mempunyai ruang secukupnya bagi air mengalir. Oleh itu, orkid memerlukan bekas tanaman berongga supaya air sentiasa dapat mengalir. Pilihan bekas tanaman atau pasu bergantung kepada jenis orkid yang ditanam antaranya:
Orkid tumbuh menegak hidup dengan baik di dalam pasu tanah liat yang mempunyai liang-liang udara untuk penyerapan air. Pasu atau bekas tanaman jenis ini juga baik untuk orkid kerana ia berat dan dapat mengelakkan orkid jenis menegak terbalik dan patah.
Manakala bagi orkid yang mempunyai bunga berjuntai sangat sesuai ditanam di dalam bekas tanaman gantung. Ini supaya daun atau bunga secara semula jadinya membentuk juntaian.
Selain daripada itu, orkid berbunga besar boleh juga ‘ditampalkan’ pada bongkah kayu mati. Caranya adalah dengan melekapkan orkid dan bahan kompos pada bongkah kayu mati. Kemudian ikat menggunakan tali nilon atau pun dawai yang disaluti plastik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur yang sempurna mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing sudah tentunya menjadi idaman setiap pemilik rumah. Selain kelengkapan serta perkakas lengkap, sesebuah dapur juga akan lebih menarik dengan adanya sebuah kaunter pulau ataupun dalam bahasa inggerisnya, kitchen island.
Bukan sahaja cantik semata, kaunter pulau juga dapat menjadi ruang tambahan bagi membuat kerja penyediaan hidangan. Praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, kini lebih ramai orang ingin memiliki kaunter pulau didapur mereka. Tetapi malangnya, tidak semua keluasan dapur dapat menampung kaunter built-in atau tempah khas (custom-made). Selaini tu, bajet yang terhad juga menjadi salah satu punca ramai yang terpaksa menguburkan niat untuk membina kaunter pulau sebagai aksesori tambahan di dapur mereka.
Lain pula bagi pasangan ini yang telah menggunakan kreativiti mereka bagi merealisasikan impian sang isteri. Dengan hanya 4 barang yang dibeli dari IKEA, dapur mereka telah tersergam indah dengan kehadiran kaunter pulau mini ini. Menurut Puan Yatt, kos yang dianggarkan sekitar RM300 itu dianggap amat berbaloi memandangkan dimensi kaunter tersebut hanyalah 86cm (t) x 92cm (p) x 53cm (l). Jom kita lihat transformasi dapur beliau!
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Takpe, DIY sajee
Semua ni I buat sendiri and beli from Ikea. Total dalam RM300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DARI IKEA ;
Kitchen island ni impian setiap perempuan or isteri kot. So korang yg suami tu kalau tak tau nak bg hadiah ape untuk isteri, sediakan lah dia kitchen island ni. Makin rajin lah si isteri tu masak nnt. Tiap hari ada je resepi baru dia buat nnt
Bagi memastikan kaunter top kukuh dan tidak tertanggal, Puan Yatt menggunakan L Bracket kemudian di skru kan saja. Boleh dibeli di hardware berhampiran.
P/S ; Since island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu
tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak or patah. Cara dia lap saje oil tu guna kain or tisu atleast sebulan sekali. Kalau hari2 guna so buat lah 2 minggu skali
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.