Ketahui Proses ‘Refinance’ Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah Untuk Dapatkan ‘Cashback’ Tutup Hutang Lain. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemilik kediaman untuk mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan ialah dengan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan.
Refinance adalah proses pembiayaan semula atau tukar pinjaman. Biasanya pembeli tak perlu buat apa-apa bayaran secara tunai kepada peguam sebab kos guaman boleh finance dalam pinjaman dan akan dibayar oleh lppsa/ bank direct kepada peguam.
Refinance terbahagi kepada : a) Pinjaman Bank tukar kepada LPPSA b) Pinjaman LPPSA tukar kepada Bank c) Pinjaman Bank tukar kepada bank lain
‘Cash Back’ Kenaikan Harga Rumah
Proses refinance ni biasa orang buat sebab mereka nak dapatkan cash back daripada kenaikan harga rumah yang telah dibeli. Contohnya kita beli rumah pada tahun 2012 pada harga RM150K, tapi pada tahun 2024, mungkin rumah tu dah pun berharga RM250K, jadi ada cash back yang kita boleh dapat dari bank jika kita buat proses refinance ni.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kita juga boleh gunakan pinjaman perumahan kita untuk tutup hutang-hutang peribadi kita yang lain atau untuk KURANGKAN KOMITMEN BAYARAN BULANAN HUTANG-HUTANG kita.
Contohnya kita ada hutang:
Ads
a) Hutang rumah berharga RM150,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM680]
b) Hutang kereta loan RM60,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM600]
c) Pinjaman peribadi RM20,000.00 untuk 2 tahun [ anggaran bayaran bulanan RM885]
Katakan setelah 10 tahun, harga rumah yang kita beli itu telah naik harga pasarannya kepada RM300K, maka kita boleh memohon untuk proses refinance sebanyak RM270K di mana wang tersebut boleh dibelanjakan seperti berikut:
+ RM270,000.00 [ Jumlah yang kita DAPAT dari REFINANCE rumah]
– RM150,000.00 [ tolak untuk bayar hutang rumah. Hutang rumah lama selesai]
– RM60,000.00 [ tolak untuk bayar hutang kereta. Hutang kereta selesai]
– RM20,000.00 [Tolak untuk bayar pinjaman peribadi. Pinjaman Peribadi selesai]
= kita bayar habis hutang kereta dan pinjaman peribadi, tapi di tangan ada wang lebihan sebanyak RM40,000.00
Jika dikira, sebelum kita buat proses refinance, kita ada 3 bayaran bulanan (pinjaman rumah, kereta dan pinjaman peribadi) yang perlu dibuat setiap bulan. jumlah bayaran bulanan yang perlu dibuat untuk 3 pinjaman ini adalah= RM2,165.00
Ads
Tetapi setelah kita buat proses refinance, daripada kita ada TIGA (3) PINJAMAN, kita dah tinggal 1 pinjaman kerana 2 lagi pinjaman sebelum ini kita dah bayar hutangnya. namun bayaran bulanan pula dah dikurangkan kepada= RM1,320.00 berbanding RM2,165.0 yang perlu dibayar sewaktu kita ada 3 pinjaman tadi.
Pengiraan di atas adalah contoh ilustrasi bagaimana hutang-hutang yang banyak tersebut dibayar dan disatukan. Sebenarnya pembeli rumah membuat proses refinance ni atas pelbagai sebab tersendiri.
Untuk makluman juga, bagi tujuan refinance ni, sekiranya kita layak, kita tidak perlu bayar apa-apa kos kerana kos tersebut kita oleh finance dan bank yang akan bayar kos tersebut kepada peguam. Jadi kita tak perlu keluarkan wang kita sendiri untuk buat proses refinance ini.
Cuma kalau nak buat proses refinance ni….kita kena pastikan harga rumah kita dah naik harga pasarannya, jadi seeloknya kita buat refianance ni paling cepat pun dalam tempoh 5 tahun dari tarikh kita beli rumah tu.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi panduan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan bagi mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan.
Baru-baru ini ramai warganet tertarik dengan reka bentuk sebuah rumah di luar negara yang dibina dalam reka bentuk yang cukup unik, membuatkan ramai mempersoalkan mengenai keluasan kediaman ini. Bagaimana keadaan dalam ruang rumah ini, kerana reka bentuknya seluas lorong sahaja, adakah penghuni bersaiz kecil yang memiliki kediaman istimewa ini.
Seorang pengguna TikTok bernama eli.korn_ memuat naik satu video yang memaparkan sebuah rumah yang luar biasa itu, yang terletak di Deerfield, Illinois dan dianggap terkenal dalam kalangan penduduk setempat.
Warganet di media sosial menjadi bingung dengan rekaan rumah yang unik itu kerana saiznya yang kecil dan ramai yang tidak memahami tentang bagaimana tuannya tinggal di dalam rumah tersebut.
Setelah meneliti laman web hartanah itu, ianya tidaklah begitu kecil berbanding dengan apa yang terlihat dari luarannya. Ianya digelar sebagai ‘Pie House’, kerana rupanya seperti potongan pai, ia lebih kecil di bahagian hujungnya dan menjadi semakin lebar ke sisi lain seperti bentuk segi tiga.
Rumah berbentuk pie di Deerfield bernilai 300,000 dollar Dibangun pada tahun 2003 dan dikenali sebagai “rumah pie”, rumah ini kelihatan seperti rumah kecil, walaupun pada ukuran 1122 kaki persegi, secara teknikal lebih besar dari ukuran maksimum 1,000 kaki persegi yang umumnya dianggap sebagai rumah bersaiz kecil .
Rumah itu juga turut dikatakan mempunyai dua bilik tidur, dengan satu terletak di ruang bawah tanah, serta dua bilik air.
Gambar sumber: 5 Chicago
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah mewah selebriti terkenal Paris Hilton musnah dijilat api dalam satu kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat.
TMZ melaporkan rumah yang terletak di tepi pantai Malibu, California hangus terbakar sehingga kelihatan seperti timbunan runtuhan. Dalam satu hantaran di Instagram, Paris mengakui terkesan melihat insiden berkenaan menerusi siaran langsung di televisyen (TV).
“Kami boleh membina banyak lagi rumah, namun tidak akan sama dengan tempat istimewa yang kita sudah lama tinggal dan menyimpan memori bermakna,” katanya.
Paris, 43, turut menzahirkan terima kasih pada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus memadamkan api, sekali gus menganggap mereka adalah adiwira sebenar.
“Kepada anggota bomba yang berani dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi kami, anda adalah wira sejati.
Turut terkesan dengan tragedi yang mengakibatkan wilayah antara Malibu hingga ke Santa Monica terjejas adalah beberapa selebriti Hollywood lain yang turut kehilangan tempat tinggal.
Antaranya ialah Mandy Moore, Spencer Pratt, James Woods, Diane Warren, Cameron Mathison dan Ricki Lake yang meluahkan kesedihan di laman sosial.
Terdahulu, seramai lima mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kebakaran besar di wilayah berkenaan dengan mangsa terjejas dipindahkan ke kawasan selamat.
Pelbagai usaha diambil bagi mengelakkan kebakaran terus merebak namun keadaan angin kencang menjadikan situasi sukar dikawal.
Lebih 1,000 bangunan dilaporkan musnah susulan beberapa kebakaran hutan tercetus di sekitar bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat itu.
Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terkesan dengan insiden berkenaan setakat ini.
Tidak dinafikan, kes ‘scammer atau penipuan kewangan dalam kalangan masyarakat berlaku saban hari dan semakin membimbangkan ramai pihak.
Pakar kewangan dan hartanah, Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya ada meluahkan pendapat dan nasihat berhubung perkara tersebut.
Kongsinya lagi, kebanyakkan kes penipuan dan ’scammer’ kewangan ini berlaku melalui sistem perbankan dalam talian yang kini dilihat lebih berisiko tinggi terhadap kewangan orang ramai.
Ekoran masalah yang berlaku, pakar kewangan tersebut berpendapat dan menyarankan kepada orang ramai supaya memiliki sebuah peti besi di rumah demi keselamatan kewangan yang lebih terjamin.
Jelasnya, dengan tindakan ini orang ramai dapat mengawal transaksi keluar masuk duit dengan lebih selamat.
Adakah benar kita tidak boleh dan mempunyai kuasa untuk mengawal bank?
1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.
2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.
3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.
4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.
5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.
6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.
Kawan kawan, mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja. Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita,” tulisnya.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.