Ketahui Proses ‘Refinance’ Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah Untuk Dapatkan ‘Cashback’ Tutup Hutang Lain. Salah satu cara yang biasa dilakukan oleh pemilik kediaman untuk mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan ialah dengan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan.
Refinance adalah proses pembiayaan semula atau tukar pinjaman. Biasanya pembeli tak perlu buat apa-apa bayaran secara tunai kepada peguam sebab kos guaman boleh finance dalam pinjaman dan akan dibayar oleh lppsa/ bank direct kepada peguam.
Refinance terbahagi kepada :
a) Pinjaman Bank tukar kepada LPPSA
b) Pinjaman LPPSA tukar kepada Bank
c) Pinjaman Bank tukar kepada bank lain
Proses refinance ni biasa orang buat sebab mereka nak dapatkan cash back daripada kenaikan harga rumah yang telah dibeli. Contohnya kita beli rumah pada tahun 2012 pada harga RM150K, tapi pada tahun 2024, mungkin rumah tu dah pun berharga RM250K, jadi ada cash back yang kita boleh dapat dari bank jika kita buat proses refinance ni.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kita juga boleh gunakan pinjaman perumahan kita untuk tutup hutang-hutang peribadi kita yang lain atau untuk KURANGKAN KOMITMEN BAYARAN BULANAN HUTANG-HUTANG kita.
Contohnya kita ada hutang:
a) Hutang rumah berharga RM150,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM680]
b) Hutang kereta loan RM60,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM600]
c) Pinjaman peribadi RM20,000.00 untuk 2 tahun [ anggaran bayaran bulanan RM885]
Katakan setelah 10 tahun, harga rumah yang kita beli itu telah naik harga pasarannya kepada RM300K, maka kita boleh memohon untuk proses refinance sebanyak RM270K di mana wang tersebut boleh dibelanjakan seperti berikut:
+ RM270,000.00 [ Jumlah yang kita DAPAT dari REFINANCE rumah]
– RM150,000.00 [ tolak untuk bayar hutang rumah. Hutang rumah lama selesai]
– RM60,000.00 [ tolak untuk bayar hutang kereta. Hutang kereta selesai]
– RM20,000.00 [Tolak untuk bayar pinjaman peribadi. Pinjaman Peribadi selesai]
= kita bayar habis hutang kereta dan pinjaman peribadi, tapi di tangan ada wang lebihan sebanyak RM40,000.00
Jika dikira, sebelum kita buat proses refinance, kita ada 3 bayaran bulanan (pinjaman rumah, kereta dan pinjaman peribadi) yang perlu dibuat setiap bulan. jumlah bayaran bulanan yang perlu dibuat untuk 3 pinjaman ini adalah= RM2,165.00
Tetapi setelah kita buat proses refinance, daripada kita ada TIGA (3) PINJAMAN, kita dah tinggal 1 pinjaman kerana 2 lagi pinjaman sebelum ini kita dah bayar hutangnya. namun bayaran bulanan pula dah dikurangkan kepada= RM1,320.00 berbanding RM2,165.0 yang perlu dibayar sewaktu kita ada 3 pinjaman tadi.
Pengiraan di atas adalah contoh ilustrasi bagaimana hutang-hutang yang banyak tersebut dibayar dan disatukan. Sebenarnya pembeli rumah membuat proses refinance ni atas pelbagai sebab tersendiri.
Untuk makluman juga, bagi tujuan refinance ni, sekiranya kita layak, kita tidak perlu bayar apa-apa kos kerana kos tersebut kita oleh finance dan bank yang akan bayar kos tersebut kepada peguam. Jadi kita tak perlu keluarkan wang kita sendiri untuk buat proses refinance ini.
Cuma kalau nak buat proses refinance ni….kita kena pastikan harga rumah kita dah naik harga pasarannya, jadi seeloknya kita buat refianance ni paling cepat pun dalam tempoh 5 tahun dari tarikh kita beli rumah tu.
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Baca Lagi Di Sini:Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?
Artikel Menarik:Ejen Hartanah Terpaling Jimat, Belanja Makanan Harian Hanya RM6 Dapat Beli 3 Rumah
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memberi panduan membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan bagi mengurangkan atau melangsaikan hutang bagi komitmen bulanan.
Sumber: Panduan Membeli Rumah Dari Peguam
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.