Puding semangkuk antara tanaman yang banyak menghiasi kediaman masyarakat dahulu. Kebiasaanya, ia akan di jadikan sebagai tanaman pagaran. Di panggil namanya puding semangkuk disebabkan bentuk fizikal daunnya yang melengkuk seperti mangkuk. turut dikenali dengan nama daun belangkas atau saintifiknya Polyscias scutellaria
Pokok puding semangkuk senang dibiakkan dengan menggunakan keratan batang atau menggunakan batang pucuknya setelah daunnya dituai. Ia boleh disemai di dalam polibeg, ditanam di dalam pasu atau ditanam berbaris di atas batas. Pokok pelbagai guna ini ditanam sama ada sebagai tanaman hiasan, tanaman pepagar atau sebagai sumber makanan.
Pucuk pokok puding semangkuk sesuai dijadikan ulaman (perlu direbus dahulu) dimakan bersama sambal belacan dan nasi panas. Ia juga digunakan sebagai salah satu ramuan daunan di dalam ‘botok-botok’. Pucuk puding semangkuk boleh juga dimasak lemak, ditumis, tumis air atau dijadikan campuran masakan ikan atau ‘pecel’.
Masyarakat terdahulu menanam pokok puding semangkuk untuk tujuan:
1. Makan pucuk atau daun muda sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air kecil.
2. Keguguran rambut boleh dicegah dengan mencuci rambut dengan daun yang telah dihancurkan.
3. Bengkak pada buah dada boleh dirawat dengan menghancurkan daun dengan campuran minyak kelapa dan kunyit dan tampal ditempat yang bengkak.
Bagi masyarakat di Johor pula, Puding semangkuk menjadi dalah satu ramun untuk menghasilkan botok-botok. Botok-botok adalah menu makanan tradisi yang menghipunkan pelbagai jenis daun dan ulam seperti pucuk puding (croton), labu dan sebagainya. Seli itu juga, pucuknya juga boleh dicampur sekali dalam masakan lemak atau dijadikan kerabu
Sumber: http://warisanpetani.blogspot.com / http://www.tamanherbaperak.com