KIARA BAY – UEM SUNRISE MEMPERKENALKAN PEMBANGUNAN PERDANA BARU

Share

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”), salah satu pemaju hartanah utama di Malaysia, hari ini melancarkan pelan induk pembangunan perdana terbarunya, Kiara Bay yang terletak di tengah bandar Kepong. Kiara Bay adalah perbandaran bersepadu yang menawarkan kehidupan bertaraf tinggi di tepi tasik yang berdekatan dengan Kepong Metropolitan Park. Di antara keunikan bandar ini adalah tasik, kecantikan alam semula jadi dan gaya hidup aktif dengan kemudahan dan kesinambungan persekitaran bandar yang meriah untuk mewujudkan kehidupan yang menyeronokkan dan lebih mudah.

UEM Sunrise memperkenalkan konsep ‘liveability’ di Kiara Bay di mana terdapat kepelbagaian dalam penggunaan ruang – dari kedai runcit ke taman di luar – kerana mereka melengkapkan satu sama lain untuk mewujudkan suasana meriah bagi masyarakat di bandar yang mampan. Melalui konsep ini, mereka juga bercita-cita untuk membangunkan masyarakat yang rapat di dalam Kiara Bay dengan menghasilkan keseronokan di bandar melalui acara masyarakat, festival, dan perayaan.

“Fokus kami dengan konsep ‘liveability’ ini akan menjadi pencetus dari segala yang kami lakukan di Kiara Bay untuk mewujudkan ikon kehidupan bandar yang aktif yang mempunyai sesuatu untuk ditawarkan kepada seluruh lapisan komuniti pelbagai generasi,” kata Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise. “Di UEM Sunrise, kami berhasrat untuk membina lebih daripada sekadar struktur dan bangunan, malahan masyarakat dan persekitaran yang inklusi untuk semua. Mont’Kiara adalah bukti kami untuk visi ini, dan juga untuk Kiara Bay.

Projek pembangunan bercampur ini akan dibina bersama rakan usaha sama, Melati Ehsan Group. “Kami teruja berada dalam perjalanan ini dengan UEM Sunrise untuk mewujudkan sesuatu yang baru di Kepong. Digabungkan dengan pelan induk yang terperinci dan watak yang dirangkumi, Kiara Bay akan menjadi penanda aras industri bandar urban,” kata Tan Sri Dato’ Yap Suan Chee, Pengerusi Melati Ehsan Holdings Berhad Group.

Menurut pelan induk yang dilancarkan, Kiara Bay terdiri daripada unit kediaman, pusat membeli-belah, ruang pejabat, hotel, pusat penjagaan kesihatan dan pusat pendidikan yang merangkumi 73 hektar tanah pajakan utama di Kepong, dengan nilai perumahan keseluruhan Nilai Domestik Kasar (GDV) sebanyak RM15 bilion.

Fasa pertama projek ini terdiri daripada 870 unit kediaman dengan kawasan binaan antara 800 hingga 1,250 kaki persegi yang berharga di antara RM600,000 hingga RM900,000. Termasuk dalam fasa ini adalah kemudahan seperti kolam renang, pusat gim, dek langit dan banyak lagi. Anggaran siap tarikh plot pertama disasarkan untuk suku keempat 2023, sementara perbandaran keseluruhannya pada tahun 2039.

Dari segi aksesibiliti, Kiara Bay boleh diakses melalui beberapa lebuh raya dan jalan utama seperti Middle Ring Road 2 (MRR2), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Duta Ulu Klang, Jalan Kuching, dan Jalan Kepong. Terdapat dua persimpangan baru yang akan menyediakan akses terus dari MRR2 ke Kiara Bay.

Dua stesen MRT 2 – Kepong Baru dan Jinjang – dijadualkan beroperasi menjelang 2021 dan menjadi stesen – stesen MRT terdekat ke Kiara Bay. “Projek regenerasi 15 hingga 20 tahun ini akan membolehkan perancangan induk bersepadu dengan pelbagai jenis produk, kemudahan dan perkhidmatan komuniti seperti Polis Auxiliary dan bas ulang-alik ke stesen MRT yang terdekat,” kata Anwar.

“Dengan memanfaatkan pengalaman dan kejayaan kami dalam membangunkan Mont’Kiara dan rekod jejak JV Melati Ehsan Group dalam pengurusan pembinaan, kami ingin mencipta nilai yang sama dengan Kiara Bay supaya para pembeli rumah dan pelabur dapat menikmati pertumbuhan modal dalam aset mereka.” Beliau juga berkata berbanding dengan perkembangan pembangunan yang kecil, pelan induk Kiara Bay yang menyeluruh akan mewujudkan lebih banyak komuniti dan aktiviti komersil yang akan memberi impak positif kepada Kepong dari segi ekonomi dan sosial.

 

Published by
Impiana