Sudah banyak periuk baru dibeli kerana periuk lama cepat menjadi hitam.
Ini disebabkan oleh warna api dapur yang berwarna oren, yang dikatakan boleh membuatkan periuk cepat hitam dan rosak kerana terlalu kuat. Rupanya, ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kesan api warna oren ini agar kualiti periuk di rumah anda, terutamanya yang mahal, dapat dijaga. Caranya mudah sahaja!
Kalau dah selalu masak tu, masalah dapur melekit dan berkerak tu adalah perkara biasa. Tapi memang sakit matakan bila tengok dapur berkerak. Walaupun dah sental beribu kali masih lagi melekit minyak dan kerak. 1001 produk pencuci la dah cuba masih tidak tanggal sepenuhnya.
Masalah melekit dan kerak ni berpunca dari kesan minyak dan masakkan kita harian. Kalau nak dapur cantik bersih sentiasa kena rajin. Tapi pastinya tidak ramai yang mampu melakukan perkara sebegini.
Bukan sekadar lap permukaan dapur, anda harus bersihkan besi atau kaki dapur serta celah-celah dapur tersebut setiap kali selepas masak. Pastinya anda perlu tunggu tungku dapur sejuk baru boleh cuci. Hmmm… bukan la satu perkara yang mudahkan. Selalunya lepas masak pasti dah penat dan malas nak masuk dapur balik.
Aktiviti mencuci secara terperinci seperti ini boleh dilakukan seminggu sekali agar lekit minyak dan kesan kerak degil itu tidak lama dipermukaan dapur. Jadi bila anda cuci ia akan lebih mudah dan cepat untuk tertanggal.
Bagi dapur sesiapa yang dah berkerak dan melekit dengan kesan minyak degil tu jangan risau anda banyak sahaja cara dan tip mudah untuk anda hilangkan kesan melekit dan kerak pada dapur anda.
Hanya gunakan dua bahan yang ada di dapur anda sudah mampu menghilangkan kesan degil dan kotoran itu. Memang mudah untuk hilangkan kesan kotoran yang degil macam kesan lekit minyak dan kerak kesan dari sisa masakan.
IMPIANA kongsikan dua bahan yang mudah anda dapati:
Cuka
Soda Bikarbonat
Cara guna
Taburkan soda bikarbonat pada permukaan dapur anda, lebih pun tak apa lagi cepat ia bertindak untuk menanggalkan kesan kotoran yang degil.
Siram dengan cuka dan lap dengan menggunakan kain. Boleh lihat hasilnya. Memang terbaik.
Terdapat beberapa faktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang terlalu lama ataupun melebihi bajet yang telah ditentukan. Salah satunya ialah, kesilapan merancang pemilik itu sendiri.
Kadangkala ianya terjadi tanpa anda sedari. Dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan sebahagian besar masa tetapi juga dapat memastikan segala perbelanjaan selaras dengan bajet anda. Dan paling penting, rumah impian anda bakal menjadi kenyataan dengan proses ubah suai yang berjalan lancar.
Berikut adalah LIMA kesilapan yang sering pemilik lakukan dan bagaimana untuk mengelaknya:
1. Mengupah Orang Yang Salah
Ramai pemilik rumah terburu-buru dan terus memilih pereka atau kontraktor pertama yang mereka jumpa. Ataupun terus saja menggunakan khidmat berdasarkan cadangan dari rakan-rakan. Anda mungkin akan menyesali perbuatan ini kerana perkara yang dilakukan tanpa perancangan dan penyelidikan selalunya akan membawa kepada kehancuran.
Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini, pastikan anda mencari beberapa calon dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Dengan ini anda akan mempunyai banyak masa untuk interview atau periksa latar belakang dan kredibiliti kontraktor tersebut. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selain dapat memberikan masa yang secukupnya buat kontraktor yang dipilih untuk membuat perancangan yang sepatutnya.
2. Setuju Dengan Harga Yang Murah
Harga yang murah memang kedengaran menarik dan megujakan para pengguna, tambahan pula dalam ekonomi yang tidak menentu ini. Tetapi anda perlu ingat, tawaran yang paling rendah tidak semestinya tawaran yang terbaik. Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab akan berikan harga yang rendah kemudian memasang produk yang tidak berkualiti dengan kerja-kerja yang tidak kemas. Sakit hati kan? Ataupun akan ada charge tambahan mengejut untuk anda apabila kerja sudah dimulakan.
Jadi, pastikan anda meminta sebutan harga daripada beberapa calon kemudian pilih yang anda paling selesa dan yang anda rasakan paling amanah menjalankan tugas. Dua kriteria ini amat penting untuk anda pertimbangkan sebelum memilih pereka atau kontraktor untuk mengubahsuai kediaman impian anda.
3. Tidak Menetapkan Jangka Masa
Kerja-kerja renovasi boleh mengambil masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kediaman yang sempurna. Tetapi, tidak menetapkan garis masa yang realistik untuk menyiapkan segalanya merupakan salah satu kesilapan besar yang boleh anda lakukan.
Duduk dengan pereka dalaman anda dan buatkan jadual kerja sebelum proses ubahsuai dimulakan. Dengan cara ini anda akan dapat lihat sendiri progress dan juga kualiti kerja dengan lebih teratur. Memang tidak dinafikan pasti akan ada sedikit kelewatan jadi anda perlu lebih fleksibel dan berikan sedikit kelonggaran agar pekerja mempunyai masa untuk balik ke landasan kerja yang telah ditetapkan.
4. Tiada Konsep Atau Tema
Tidak membentangkan sebarang konsep atau tema tertentu sebelum memulakan sesi ubahsuai kediaman ini ibarat perbuatan yang sia-sia. Dengan mempunyai konsep pilihan, ia akan memberikan anda lebih idea tentang apa yang patut dilakukan dan material apa yang sesuai untuk digunakan. selain itu, konsep juga memberi peluang buat tuan rumah menyerlahkan personaliti kedalam seni hiasan dalaman. Rancang dengan teliti dan dapatkan pendapat dan nasihat pereka tentang konsep yang paling sesuai untuk kediaman anda.
5. Memandang Remeh Kos Ubah Suai
Ttidak menetapkan bajet yang realistik juga merupakan kesalah biasa yang dilakukan oleh sesetengah pemilik rumah. Dan perkara ini pasti akan mempengaruhi keseluruhan proses ubah suai. Ambil kira tentang perkara-perkara seperti keluasan ruang, material yang sesuai, upah pertukangan serta kerja-kerja elektrikal supaya segala bayaran adalah setimpal dengan kualiti hasil. Sebaik-baiknya, anda perlu meletakkan extra 20% daripada bajet sebenar sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Dalam dunia dekorasi rumah, keharmonian estetika dan fungsi adalah kunci. Namun,jika berlaku masalah teknikal seperti air menitis dari aircond memang merunsingkan.
Tak perlu risau lagi, ini panduan mudah untuk memperbaikinya sendiri, memastikan rumah anda tetap selesa dan cantik tanpa perlu bantuan profesional.
Cara baiki air menitik dari aircond
Dah cuci filter, air masih lagi menitik? Mungkin lubang takungan aircond anda tersumbat.
Saya nak kongsi cara saya buka/pasang aircond dan bersihkan lubang takungan yang tersumbat, menyebabkan air menitik dari aircond.
1. Peralatan yang digunakan
– Screwdriver
– Tangga lipat
2. Safety alert
– Matikan suis aircond sebelum mula
– Sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini.
– Facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk
3. Tanggal housing aircond (gambar pertama)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond
4. Alihkan panel elektronik (gambar kedua)
– Buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota : kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.
5. Bersihkan lubang takungan yang tersumbat (gambar ketiga)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik je.
6. Bersihkan kotoran dalam paip takungan (gambar keempat)
– Pergi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– Buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yang ada tape hitam, bulatan biru).
7. Langkah selanjutnya curah air dalam takungan
– Setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut untuk memastikan yang lubang itu confirm tidak sumbat
– Bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Alang-alang bersihkanlah filter ya.
Cara servis ini juga rujuk video yang dikongsi oleh beliau.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.