Sinki dari keluli tahan karat atau stainless steel memang telah menjadi kebiasaan di rumah penduduk Malaysia. Sinki jenis ini tahan lasak, murah dan mudah didapati diman-mana. Ia juga amat mudah dibersihkan setiap kali selepas guna. Tetapi, lama-kelamaan sinki stainless steel juga boleh pudar dan kusam.
Untuk mengembalikan kilat sinki stainless steel, IMPIANA ingin kongsikan langkah mudah ini yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Jom kita semak.
Ads
BAHAN-BAHAN
1. Sabun pencuci yang dibancuh siap siap dengan air panas
2. Tuala kecil
3. Tepung gandum
4. Span cuci pinggan
Ads
CARA-CARANYA
1. Basahkan sinki dan basuh menggunakan bancuhan sabun dengan air panas
2. Lapkan sinki menggunakan tuala sehingga kering
3. Ambil tepung gandum dan taburkan pada keseluruhan permukaan sinki
4. Kemudian gosok sinki menggunakan span kering. Lakukan sehingga kotoran tertanggal dan sinki kelihatan lebih berkilat
5. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk hasil yang lebih mantap dan berpanjangan
Ads
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Laci yang menggunakan rail atau track biasa, kalau dapat kat mak-mak yang jenis kerja cepat memang berdentum-dentum bunyi masa nak tutup. Apa kata, tukar track lama kepada jenis soft closer. Dulu memang mahal track ni, tapi dekat shopee harganya tak sampai RM 10 pun. Nak tukar pun mudah je. Tapi sebelum beli, pastikan saiz atau panjang track sama dengan yang lama. Hal ini turut dilakukan oleh Ahmad Ruim di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Sekarang ini, harga minyak masak dah makin menaik. Dan lepas itu, kita guna banyak pula. Mana tak nya, cepat habis. Nak beli baru, duit pula habis. Haihh. Oleh sebab itu, kita kena cermat dalam menggunakan minyak masak supaya minyak itu bertahan lama. Sebab itulah hari ini, saya akan berkongsi dengan hampa semua, tips-tips yang anda boleh guna, dalam berjimat semasa menggunakan minyak masak. Mari kita lihat tips-tipsnya.
CARA SIMPAN MINYAK MASAK SUPAYA TAHAN LEBIH LAMA DAN BOLEH GUNA SEMULA.
Demi menjayakan cara ini, sebaiknya kita jangan biarkan minyak masak itu panas terlalu lama tanpa bahan. Seterusnya, pastikan suhu minyak mencapai dalam sekitar 180-190 darjah celcius dengan api yang sederhana semasa melakukan deep fried. Paling penting, tutup terus api setelah selesai memasak.
Ada sesetengah orang dia biarkan api terbuka walaupun dah selesai menggoreng makanan. Katanya, terlupa. Selepas itu, seharusnya menggunakan bekas kedap udara untuk menyimpan minyak masak yang telah digunakan. Cara lain pula, boleh juga menyimpan minyak dalam peti sejuk kerana minyak akan kembali suhunya balik apabila hendak menggunakannya.
Tambahan lain, apabila sudah selesai memasak, mesti anda akan mengangkat makanan dengan penapis bukan? Sebaik-baiknya menggunakan penapis teh jenis kain dengan bentukkan dalam bentuk kon untuk menapis sesuatu.
Dengan cara ini, anda sudah tahu untuk menjaga minyak masak dan cara menyimpannya dengan sebaiknya. Selepas ini, anda dah boleh guna minyak yang sama berulang kali.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.