Sinki dari keluli tahan karat atau stainless steel memang telah menjadi kebiasaan di rumah penduduk Malaysia. Sinki jenis ini tahan lasak, murah dan mudah didapati diman-mana. Ia juga amat mudah dibersihkan setiap kali selepas guna. Tetapi, lama-kelamaan sinki stainless steel
juga boleh pudar dan kusam.Untuk mengembalikan kilat sinki stainless steel, IMPIANA ingin kongsikan langkah mudah ini yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Jom kita semak.
BAHAN-BAHAN
1. Sabun pencuci yang dibancuh siap siap dengan air panas
2. Tuala kecil
3. Tepung gandum
4. Span cuci pinggan
CARA-CARANYA
1. Basahkan sinki dan basuh menggunakan bancuhan sabun dengan air panas
2. Lapkan sinki menggunakan tuala sehingga kering
3. Ambil tepung gandum dan taburkan pada keseluruhan permukaan sinki
4. Kemudian gosok sinki menggunakan span kering. Lakukan sehingga kotoran tertanggal dan sinki kelihatan lebih berkilat
5. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk hasil yang lebih mantap dan berpanjangan
Selamat mencuba!