Dekorasi

Kilatkan Sudu Guna 2 Bahan, Cara Nenek-Nenek Tapi Berkilat Macam Baru Beli!

Share

Alatan perkakas di dapur yang dibuat daripada stainless steel lebih cepat kusam dan tidak berkilat. Selain membeli baru di kedai, anda boleh cuba cara kilatkan sudu seperti perkongsian pengguna TikTok ini.

Jelasnya, cara kilatkan sudu yang diajar oleh neneknya sangat berguna kerana sudu, garfu dan alatan lain boleh kembali berkilat seperti baharu beli di kedai.

Lebih menarik lagi, hanya dua bahan utama sahaja diperlukan untuk mengilatkan kembali sudu dan garfu di rumah anda. Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Baking soda
  • Aluminium foil

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.

2. Kemudian, masukkan sudu yang kurang berkilat tersebut ke dalam air mendidih tersebut.

3. Seterusnya, koyak kecil-kecil kertas aluminium foil tersebut dan masukkan ke dalam air rebusan tersebut.

4. Setelah itu, masukkan sedikit baking soda ke dalam air mendidih tersebut.

5. Biarkan seketika dan angkat sudu tersebut.

6. Lap sehingga kering dan bilas sudu tersebut menggunakan air bersih.

Cara kilatkan sudu ini memang menjadi dan hasilnya sungguh terkejut!

IMPIANA : Rugi tak cuba dan semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Mesti Baca: Lakukan Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah, JANGAN Buat 3 Benda Ini!
Baca Lagi Di Sini: Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber: TikTok Tsagana

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Published by
Nana