Kuala Lumpur, Malaysia, April 2018 – Bertempat di bilik pameran King Living di IPC, Damansara, satu lagi jenama perabot Australia yang memenangi anugerah, King Living, meraikan kedatangannya di Malaysia dengan koleksi penyelesaian yang berkualiti tinggi untuk semua jenis rumah. Buat pertama kalinya, rakyat Malaysia mempunyai akses kepada pelbagai sofa, kerusi modular, kerusi tempat tidur perintis, tempat makan dan perabot luaran di ruang pameran IPC yang baru.
Showroom seluas 5,700 kaki persegi, pemilik kediaman boleh melihat pratonton unik, reka bentuk buatan tangan dengan teknologi bersepadu terkini dan dijemput untuk merasai sendiri kualiti perabot yang dipamerkan.
Ditubuhkan pada tahun 1977 di Sydney, King Living adalah perniagaan milik keluarga dengan warisan lebih dari 35 tahun merancang, mengeluarkan, dan membeli perabot mewah. Dari permulaan yang rendah di pasaran hujung minggu di Sydney, pengasas syarikat David King dan pasukan pereka dalamannya terus berusaha untuk mencipta solusi reka bentuk terbaik dengan menghabiskan berjam-jam untuk penyelidikan dan pembangunan, agar mencapai piawaian reka bentuk perindustrian Australia.
Ads
David King, Pengasas Raja Living berkata, “Keselesaan, gaya, kelenturan dan ketahanan dalam semua perabot King Living yang membuatkan kita menonjol. Kami gembira berada di Malaysia serta dapat membantu pelanggan yang mahukan yang terbaik untuk kualiti dan wang yang dibayar. ”
King Living memahami kehidupan kontemporari dan keperluan keluarga. Reka bentuk sofa pelbagai fungsi seperti Jasper, Stratum, Delta Metro yang dilengkapi dengan penstoran, dan King Cloud III menggabungkan ciri laras pintar yang memberikan keselesaan tersuai sementara memaksimumkan ruang yang ada.
Ads
Dengan falsafah reka bentuk jangka panjang, setiap sofa dibina di atas kerangka keluli kejuruteraan terkenal King Living (disokong oleh jaminan 25 tahun) dan Sistem Tempat Duduk Postureflex® yang serupa dengan kereta Porsche dan Rolls Royce, untuk memberikan sokongan yang lebih baik dan ketahanan.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
‘Pop!’ Jika anda terdengar bunyi ini sewaktu memasang plug perkakas elektrik kepunyaan anda, ini bermakna fius pada plug barangan elektrik anda telah pun rosak dan perlu dibaiki.
Ada di kalangan anda yang sedang atau pernah mengalami situasi sedemikian sebelum ini? Tahukah anda, ada cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug anda yang telah meletup dan sudah rosak? Mari sini bersama IMPIANA bagaimana untuk membaikinya!
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug dengan cara yang mudah.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah untuk mengantikan atau fius yang telah rosak lalu ditukarkan dengan fius yang baharu. Anda boleh sahaja mendapatkan barang alat ganti tersebut di mana-mana kedai elektrik atau hardware berdekatan dengan anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Sekiranya anda ingin mendapatkan alat ganti fius ini, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jenama barangan elektronik antarabangsa, Xiaomi kini telah mengeluarkan sebuah model televisyen terbaharu dengan skrin bersaiz 100”, iaitu Xiaomi Redmi MAX TV 100”.
Selain direka sebagai sebuah televisyen skrin bersaiz gergasi, ia juga merupakan ’SmartTV’ yang dilengkapi dengan fungsi dam teknologi terkini seperti ‘AndroidTV’.
Manakala, skrin televisyen ini juga menggunakan paparan skrin LCD dengan resolusi 4K HDR dijamin akan memberikan visual yang lebih terang dan jelas.
Bukan itu sahaja, Xiaomi Redmi Max TV ini didatangkan dengan empat pembesar suara ditambah dengan Dolby dan DTS decoding.
Untuk maklumat anda, harganya pula cuma RM16,999 sahaja dan anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat dapatkan Xiaomi Redmi MAX TV selagi stok masih ada! Ada televisyen seperti ini di rumah, baru puas hati ketika menonton!
Sumber: Facebook Pen Hitam
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Satu lagi sentuhan segar yang ringkas dan bersesuaian dengan konsep yang hendak diserlahkan.Material yang jelas dengan tata atur yang menarik menjadikan cover ini lebih straight foward. Menggunakan warna yang lebih segar dan corak polos.
Ini sememangnya serasi dengan idea ruang kediaman yang kecil dan cita rasa Scandinavian yang mementingkan minimalism. Penambahan pokok dan tumbuhan renek menyejukkan pandangan dan member nilai kehidupan agar tata letak cover ini tidak terlalu kejung dan membosankan. Fokus mata dihalakan pada kemasan dinding yang membantuk garisan halus yang menarik dan menyerlahkan lagi seri perabot. Satu keseimbangan dalam sentuhan ringkas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.