
Kipas siling sememangnya amat berbaloi untuk setiap rumah tetapi kipas berdiri juga perlu di dalam rumah. Ini kerana bukan semua kipas siling dapat menyejukkan dalaman rumah tetapi ia juga memerlukan kipas berdiri. Tapi macam nak tahu dan beli kipas yang berbaloi? Memilih kipas berdiri dari syarikat premium dengan faktor penjimatan elektrik dengan rating 4-5 bintang adalah salah satu cadangan yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kipas berdiri ini. Tanpa melengahkan masa, mari saya tunjukkan jenama-jenama kipas berdiri yang terkenal.
Dyson Air Multiplier AM07 Tower Fan
Kipas ini menggunakan kuasa 56 W dengan beratnya 2.85 kg. Kelajuannya sehingga tahap 10 dan mampu dikawal oleh jarak jauh menggunakan alat kawalan jauh.
Khind 14″ Antique Stand Fan SF141
Dengan kuasa 50 W dan berat 5.8 kg, kipas ini mampu memberi kelajuan angin sehingga tahap 3. Keunikannya adalah boleh laraskan ketinggiannya dan ada fius haba.
Dan yang terakhir adalah,
Opolar 10,000mAh Portable Fan
Kipas sedikit unik sikit dari kipas yang lain. Penggunaan kuasa bateri 10000mAh dengan berat produk 0.93kg. Ketetapan kelajuan kipas ini boleh pergi sehingga tahap 3. Pelbagai fungsi, design portable dan mudah alih, boleh dicas dan cordless.
Jadi, di atas yang telah saya senaraikan adalah jenis kipas berdiri yang terbaik dan anda boleh dapatkan di pasaran.
Sumber: SHOPTRACK (https://www.shoptrack.my/rekomendasi/kipas-berdiri-terbaik/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Solusi Kembali Bekerja Setelah Pendemik Dengan Model Kerja Hibrid

Solusi Kembali Bekerja Setelah Pendemik Dengan Model Kerja Hibrid. Model kerja hibrid kini menjadi paradigma kerja baru bagi abad ke-21, di mana para pekerja diberi pilihan sama ada bekerja dari rumah, ruang kerja yang berdekatan atau ibu pejabat pusat secara berselang seli.
IWG penyedia ruang kerja fleksibel terbesar di dunia telah membuka dua pusat baru yakni Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre, sebagai salah satu daripada rangkaian miliknya yang merangkumi lebih daripada 3,300 lokasi di seluruh dunia, bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.

Didorong oleh pandemik, organisasi dari pelbagai saiz kini semakin menghargai manfaat model kerja hibrid yang dapat mengurangkan secara signifikan masa untuk para pekerja berulang alik dan menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan.



Menurut kajian yang dijalankan oleh IWG, 77% pekerja menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan ruang kerja yang lebih dekat dengan rumah untuk rancangan pekerjaan mereka yang seterusnya. Keinginan untuk bekerja lebih dekat dengan rumah telah mencetus penggunaan konsep hab dan jejari atau hub and spoke, di mana mereka selalunya beroperasi dari pejabat utama (hab) dan menggunakan pejabat satelit atau ruang kerja (jejari) supaya para pekerja mempunyai tempat kerja profesional yang berdekatan dengan rumah mereka.
Pengurus Negara IWG Malaysia, Vijayakumar Tangarasan berkata, “Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre sebagai ruang kerja IWG yang ke-39 dan ke-40 di Malaysia, mengukuhkan lagi rangkaian kami bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk penyelesaian model kerja hibrid.”
Model Kerja Hibrid
Sejak bermulanya pandemik ini, model kerja hibrid telah diguna pakai oleh jutaan pekerja di seluruh dunia dan IWG telah menyaksikan rangkaiannya berkembang pesat dengan penambahan lebih daripada dua juta pengguna baru. Selain daripada itu, IWG juga telah menandatangani perjanjian perusahaan terbesarnya dengan syarikat seperti NTT untuk 300,000 pekerja dan Standard Chartered untuk 95,000 pekerja.
Peralihan kepada model kerja hibrid membolehkan syarikat mengecilkan jumlah hartanah yang dimiliki atau disewa oleh mereka, mengurangkan kos overhed dan memberikan mereka fleksibiliti yang tidak dapat ditandingi kontrak tradisional.


Model kerja hibrid mempunyai banyak kelebihan, terutamanya untuk orang di dalam organisasi, planet dan kewangan syarikat berkenaan. Model kerja hibrid bukan sahaja dapat menambah baik keseimbangan kerja dan kehidupan, tetapi ia juga boleh meningkatkan produktiviti. Kajian Ruang Kerja Global yang dijalankan oleh IWG menunjukkan bahawa 89% responden berkata model kerja hibrid membolehkan perniagaan menjadi lebih produktif.
Dengan peningkatan lokasi di tengah-tengah komuniti tempatan, penggunaan ruang fleksibel boleh memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan.
Spaces Exchange 106 & Regus Bukit Bintang City Centre
Spaces Exchange 106, yang terletak di tingkat 23, adalah antara 10 bangunan pejabat tertinggi di dunia. Menawarkan 3,559 meter persegi penyelesaian ruang kerja fleksibel, yang boleh disesuaikan, ruang kerja moden ini mewujudkan suasana yang serba mewah dengan ruang penyambut tetamu dan lobi yang anggun, berserta dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur seluas 360 darjah yang pastinya mampu mencetuskan inspirasi. Terletak di tengah-tengah pusat kewangan baru Malaysia, Spaces Exchange 106 menempatkan 124 pejabat peribadi dan 3 bilik mesyuarat, serta dilengkapi dengan ruang serbaguna dan Wi-Fi berkelajuan tinggi bagi membolehkan perniagaan bekerja pada kapasiti mereka yang terbaik.



Sementara itu, Regus Bukit Bintang City Centre pula terletak berhampiran dengan salah satu persimpangan tersibuk di Kuala Lumpur dan berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam utama. Bakal dilancarkan secara rasmi pada Februari 2022, ruang kerja ini menempatkan pejabat peribadi dan bilik mesyuarat, serta ruang serbaguna yang luas bagi membolehkan para pekerja menikmati suasana kerja dan riadah dengan mudah. Oleh kerana lokasinya yang strategik, tempat-tempat tarikan seperti pawagam, dewan konsert, pusat membeli-belah, taman dan restoran semuanya terletak berhampiran.


Penambahan kedua-dua ruang kerja tersebut meluaskan lagi portfolio IWG dalam menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk ahlinya di negara ini dan memenuhi permintaan untuk ruang kerja profesional dan fleksibel. Selain daripada itu, ahli ruang kerja bersama Regis turut diberi akses kepada lebih 3,300 lokasi ruang kerja fleksibel di 1,100 bandar raya di seluruh dunia, dengan pelbagai kemudahan bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, termasuk sokongan IT, perkhidmatan penyambut tetamu dan pejabat maya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Regus Bukit Bintang City Centre dan Spaces Exchange 106, sila kunjungi www.regus.com.my dan https://www.spacesworks.com/.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kekalkan Produktiviti Dengan Ruang Kerja Menarik Dan Praktikal Di Kediaman
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
KEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADU

Pilihan amali dan selaras dengan konsep kediaman. Bukan sekadar hiasan kamar tetapi mengiringi mimpi anda dalam lena berkualiti.
Kepala katil, umpama satu godaan mata di lembah beradu. Rekaannya juga pelbagai mengikut era dan tidak pernah pereka berdiam diri menghasil yang baru dan baru saban waktu. Biar ramai di antara kita membelinya bukan hanya sedap pada mata tetapi kepala katil juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan reka bentuk kamar anda. Ia juga sebenarnya menyerlahkan personaliti anda dan impian.
Kini ramai pemilik kediaman lebih gemar memilih kepala katil yang ringkas. Mudah dicuci dan dibuka. Biar berkerawang tetapi tidaklah sarat dan berat. Malah pilihan utama sudah pasti kepala katil yang ringkas dan mudah dibersihkan. Malah ada yang tidak memerlukan kepal katil. Katil bagi mereka bukan tempat bermewah-mewah cukup untuk melelapkan mata. Cukup dengan lukisan bersaiz gah sebagai penyeri dinding di bahagian kepala katil.
Anda yang berjiwa seni, pilih aja gantungan atau kerawang menggantikan kepala katil. Berjiwa romantik, tidak cukup dengan rekaan moden klasik ala camel back, sertakan dengan butang chesterfield. Anda yang gemarkan gaya Asia, rekaan moden rotan boleh mejadi pilihan dan anda yang sukakan moden kontemporari, pilih sahaja rekaan bina dalam fabrik mewah kemas. Manakala yang sering up to date, pilih sahaja yang polos, moden dan rona neutral yang boleh di suai padan serta tidak lekas jemu. Masakan anda perlu menukar kepala katil saban minggu..betul tak?
Mereka yang memilih moden klasik juga kini lebih senang memilih kepala katil yang mempunyai warna samar atau warna moden neutral biar pun rekaan agak ekstravaganza. Kita sedar, kini tidur merupakan imbuhan mewah buat warga kota setelah seharian bertarung nyawa mencari rezeki setiap hari. Jadi warna-warna ‘menjerit’ yang lantang dirasakan tidak perlu untuk ruang rehat seumpama ini.
Maka sebelum memilih kepaka katil, pastikan kesesuaian dengan ruang kamar dan perlu ada kaitan dengan konsep utama kediaman. Biar apa pun materialnya , kayu, rotan, besi, fabrik, asalkan anda bijak menjaga dan tahan lasak. Selaras dengan gaya hidup juga tahap kesihatan kita. Elakkan membeli material yang asalnya catik tetapi sudahnya memerangkap habuk. Bayangkan jika anda mempunyai lelah dan alahan. Tidur biar nikmat…Usah nanti yang dinamakan mimpi indah bertukar ngeri…
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Spray Pembasmi Kuman Di Rumah, Hanya Guna 2 Bahan Ini

Ditengah-tengah penularan wabak COVID-19 ini, aspek kebersihan amat penting untuk kita ketengahkan. Selain mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, kita juga dinasihati untuk memastikan keadaan dirumah sentiasa bersih. Semua permukaan harus dilap dan dicuci bagi membasmi sebarang kuman atau virus yang berpotensi menjangkiti penghuni kediaman.
Melalui perkongsian Syinorita Syahidah di akaun Facebooknya, beliau ada menunjukkan cara untuk membuat sendiri spray pembasmi atau disinfectant spray yang mujarab bagi menghapuskan kuman.
APAKAH KEGUNAAN DISINFECTANT SPRAY?
“Untuk pengetahuan korang, spray ini digunakan untuk membunuh kuman dan virus yang melekat diatas permukaan seperti lantai, tandas, perkakas rumah mahupun pakaian. Spray ini juga boleh digunakan pada parcel yand dibeli online, barang mainan anak, atau perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang dalam rumah.”
CARA MEMBUAT DISINFECTANT SPRAY
Hanya 2 bahan yang anda perlukan:
1. Air
2. Cecair peluntur Clorox

- Nisbah campuran antara dua bahan ini ialah 5% clorox campur dengan 95% air.
- Setelah selamat dicampur, boleh letak kedalam apa-apa botol yang bersesuaian.
- Cara guna, anda hanya perlu spray dan biar je sampai kering.
- Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan sekurang-kurangnya 5 – 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
- Diingatkan supaya letak DS di tempat yang selamat dan jauh dari anak-anak kecil.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI