Kipas Kekal Bersih Tanpa Habuk Dengan 2 Bahan!

Share

Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan mungkin juga mendatangkan kemudaratan untuk kesihatan isi rumah lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul adalah pada  bilah-bilah kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan dengan konsisten. Semakin dibiar, semakin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa

ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan campuran air bersama DUA bahan yang amat murah dan mudah didapati. Selamat mencuba!

Caranya:

1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.

3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.

4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.

5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.

6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.

7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!

Published by
Impiana