Ketika musim panas, kalau boleh semua kipas kita nak buka. Tetapi yang menjadi masalah adalah apabila kipas yang ada sudah tidak berfungsi seperti ketika baru dibeli. Walaupun sudah dibuka pada kelajuan maksimum, kipas masih lagi terasa seperti tiupan angin yang tidak bermaya. Jadi buat apa buka kipas kan? Membazir elektik saja.

Berita baik untuk anda yang mengalami masalah tersebut, baru-baru ini seorang pengguna Twitter @lutfyhady ada berkongsi tip untuk membaiki kipas yang sudah tidak lagi menyejukkan. Ikuti cara membaiki kipas dengan mudah dan modal kurang dari RM10 disini:

Alat yang perlu dibeli:
1. Pemuat atau Kapasitor – RM4
2. Solder timah – RM2.10

Langkah-langkahnya:

1. Pertama sekali, buka ‘sangkar’ kipas dan buka skru penutup kepala kipas sehingga terbuka penutup depan tersebut.

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10! Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

2. Kemudian, tanggalkan telinga iaitu penutup pada bahagian atas dimana berfungsi untuk membolehkan kipas berpusing. Kipas seperti ini kebiasaanya boleh dicabut terus tetapi ada juga jenis yang kena buka skru di dalamnya.

Ads

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

3. Selepas itu, buka penutup motor dan anda boleh nampak kotak hitam (kapasitor).

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

4. Kemudian, lihat kapasitor anda, macam Kapasitor pada kipas saya value 1.5 uF (micro-farad). Beli di kedai hardware mengikut value tersebut atau beli value lebih sedikit tetapi jangan terlalu tinggi kerana motor kipas boleh rosak dalam jangka masa panjang.

Ads

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama, boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak kerana motor boleh rosak untuk jangka masa yang panjang. Harga benda ni RM4.

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

6. Memandangkan benda tu sudah ada di luar, saya terus potong dan solder dgn kapasitor baru.

Ads

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

7. Gunakan tape plastik hitam untuk wayar tersebut. Solder dengan timah beli di kedai eco RM2.

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

8. Siap semua skru semula seperti asal.

Kipas Lama Kembali Pada Kelajuan Asal Dengan Modal Tak Sampai RM10!

SIAP! Lepas ini tiada lagi hari panas yang mengganggu prestasi. Selamat mencuba semua.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI