Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.
Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!
Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.
LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-
Ring
Cover sensor
LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.
LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)
LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.
Ads
LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;
soldering iron
solder wire
capasitor
LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)
Ads
LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.
LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.
Ads
LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
LANGKAH #11 Board yg telah siap diganti capasitor.
LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.
p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mop dengan menggunakan air panas rupanya kotoran cepat hilang, lantai licin berkilat dan tak berbau! Bukan apa jika selalu kita mop menggunakan air biasa, boleh cuba guna air panas pula dan campurkan dengan cuka dan pencuci lantai seperti biasa.
Ini tip dan pengalaman mop lantai licin berkilta yang dikongsikan oleh UMe Cikin ini sebagai panduan.
Sedikit tips untuk lantai licin berkilat lepas mop, Aku punya style. Korang punya style, entahlah mana Aku tahu.
Masa mop, gunakan air panas+ sedikit cuka+ cecair pencuci lantai macam Ajax (tapi kalau taknak letak pon takpe). Air panas tu yang betul-betul panas tau. Lepastu moplah macam biasa and dah siap. Tak perlu bilas.
Tak sampai 5 minit lantai dah kering, sebab kita mop guna air panas.
Cuka tu pulak untuk kilatkan lantai, itu Aku terbaca dekat FB lah dulu. Bila Aku try memang betul lantai kilat. Nak guna soda bikarbonat pon boleh, tapi tak boleh letak banyak-banyak. Nanti bila ko pijak lantai dengan kaki basah, lantai rasa licin walaupon lantai tu kering.
Bila mop guna air panas, lagi senang kerja ko sebab kotoran cepat hilang.
Lagi satu, kalau mop guna air panas ni lantai tak berbau bila dah kering. Aku tak tahulah orang lain pernah kena ke tak, tapi Aku dulu kalau mop guna air biasa lepas kering mesti ada satu bau hanyir.
IMPIANA:Menarik juga tip mop lantai guna air panas dan cuka ni. Lantai elok licin berkilat, cepat hilangkan kotoran dan paling penting tak lagi berbau.
Bila nak menggoreng ikan mahupun ayam, perkara yang kerap membelenggu adalah masalah MELEKAT. Nak-nak untuk minyak yang baru digunakan. Ada tu sampai hancur ikan dibuatnya. Sebenarnya, ada cara untuk atasi masalah ini dengan mudah dan tak perlu bahan-bahan mahal. Berikut 5 bahan dapur yang ada boleh gunakan untuk elak masalah melekat ketika menggoreng ikan dan ayam.
1. Garam
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
2. Asam gelugur :
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
4. Bawang putih :
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.
5. Cuka atau limau nipis :
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam era pembangunan yang pesat ini, semakin ramai warga bandar yang terpaksa memilih untuk mendiami kediaman bertingkat seperti apartment dan pangsapuri. Jarang sekali dapat merasai kehijauan rumput dan keempukan tanah. Tambahan pula, hutan konkrit yang mengelilingi sekitar kota boleh menambahkan stress dan pencemaran. Oleh kerana itu, setiap ruangan yang ada haruslah dimanfaatkan dengan baik oleh penghuni. Balkoni ataupun berandah merupakan salah satu ruang yang boleh anda variasi kan penggunaannya. Selain boleh digunakan untuk menyidai jemuran, ruang balkoni juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan stress dan tempat seisi keluarga bersantai pada hujung minggu yang nyaman.
Sama ada anda mempunyai balkoni yang luas, mahupun balkoni dengan kawasan yang terhad, sudah tentu anda mahukan ruang tersebut sentiasa rapi dan cosy. Tentukan terlebih dahulu konsep apa yang ingin anda ketengahkan. Ambil kira keluasan dan cara penggunaan agar bersesuaian dengan perabot dan perhiasan yang dibeli. Pelbagai tema boleh dipilih bagi mendapatkan balkoni yang cantik termasuklah variasi dari konsep moden, kontemporari dan tropikal. Dinding yang kosong boleh dihias dengan tanaman pokok kecil atau tumbuhan menjalar yang sekaligus akan membuatkan balkoni anda lebih menarik. Ia juga akan menyerlahkan lagi kehijauan dan memeberikan rasa yang menyegarkan.
Banyak lagi langkah-langkah yang boleh anda ikuti demi menjadikan balkoni anda sebuah ruang santai yang sentisa ‘hidup’ dan ceria, seperti ;
TAMAN BALKONI
Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada tumbuhan hijau yang subur dan segar selepas seharian meluangkan masa didalam pejabat. Tanaman hijau memberikan udara dan pemandangan yang mengasyikkan. Selain itu, tumbuhan hijau juga dapat mempengaruhi suhu kediaman anda menjadi lebih sejuk dan nyaman. Anda juga dapat memanfaatkan ruangan ini menjadi kebun mini dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan memasak. Herba dan rempah yang berasal dari iklim tropika Malaysia juga memang mudah untuk hidup, walaupun dengan penjagaan yang minima.
LANTAI BARU
Jika balkoni anda terasa suram dan hambar, anda boleh pertimbangkan untuk menukar lantainya. Pendedahan kepada cahaya matahari, hujan dan kelembapan boleh menyebabkan lantai balkoni lebih cepat haus dan buruk berbanding lantai didalam rumah. Pencemaran udara juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pemudaran warna jubin diluar. Jadi dengan menukar kemasan lantai, balkoni akan mempunyai wajah baru yang lebih segar dan menarik. Lantai kayu sesuai untuk mereka yang meminati gaya kontemporari, dan rumput sintetik pula untuk material yang tahan lasak tanpa perlu penyelenggaraan yang kerap. Pelbagai pilihan terdapat dipasaran, dan yang pasti, lantai dapat menambah karakter sesuatu ruang. Jadi jangan takut untuk bereksperimentasi dengan warna dan corak yang terang atau abstrak.
ITEM DIY
Untuk peminat DIY, tidak ada yang lebih memuaskan daripada menambah sentuhan peribadi anda sendiri untuk membuat ruangan tampak persis perwatakan tuan empunya. Walaupun sesetengah projek DIY akan memakan masa yang sedikit panjang, tetapi aktiviti ini sangat kos efektif dan menjimatkan. Anda boleh luangkan hujung minggu dengan membina rak untuk pasu bunga atau tempat duduk daripada kayu palet sebagai aksesori di balkoni. Ia amat versatile, mudah untuk diubahsuai mengikut kesesuaian atau kehendak dan yang paling penting, murah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.