Ruang dapur sangat penting ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah kediaman. Nak dapur cantik selesa, bersih & praktikal dari segi reka bentuk mahupun penjagaannya, WAJIB hadam kompilasi tip penting dapur yang dikongsikan ini. Malah ada beberapa juga perkara yang perlu dielakkan bagi ruang ini. Jom semak!
IMPIANA kongsikan KOMPILASI TIP penting untuk ruang dapur sebagai panduan.
1. Tip PENTING Buat Kabinet DAPUR Supaya Tak Menyesal
Penting buat kabinet dapur yang bukan sahaja cantik malah berfungsi praktikal untuk jangka panjang.Bukan apa, kos untuk buat kabinet dapur boleh tahan harganya, jadi perlu rancang dengan teliti supaya tak menyesal di kemudian hari.
2. 3 Trend Popular Rekaan Kabinet Dapur Patut Elak
Jangan hanya nak nampak cantik, tapi susah nak jaga & bersihkan. Sebelum nak buat kabinet dapur, pertimbangkan dulu perkara ini, supaya tak menyesal.
Tip ini tak tertakluk kepada yang ekstra rajin & banyak masa terluang.
3. Siti Elizad Tak Setuju Dapur Cantik Sekadar ‘Perhiasan’
Dapur yang sentiasa dalam keadaan cantik, kemas dan bersih bukanlah alasan ia sekadar ‘perhiasan’, malah tetap digunakan setiap hari. Selebriti Siti Elizad tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dapur cantik hanya sekadar ‘perhiasan’. Ini kerana bagi Elizad, dirinya setiap hari memasak di dapur dan setiap kali itulah dapur dibersihkan selepas digunakan, tanpa bertangguh.
Ads
4. 6 Cara Pastikan Dapur Sentiasa Bersih, Wangi & Selesa
‘The Kitchen is the heart of the home’.. Ruang dapur merupakan ‘hati’ bagi sesebuah kediaman. Penting bagi memastikan dapur sentiasa bersih, wangi dan selesa.
Boleh praktikkan 6 perkara asas yang dikongsikan ini.
5. Jangan Buat Silap EXTEND Dapur Begini!
Dalam keterujaan untuk meluaskan lagi ruang dapur, ramai sebenarnya yang buat silap begini tanpa memikirkan kesannya pada bilik dan tandas sedia ada.
Pereka Hiasan Dalaman @hidayah mahadzirr kongsikan sebabnya.
6. CARA Mop Lantai Dapur Melekit & Berminyak
Berbanding ruang lain di dalam rumah, lantai dapur merupakan bahagian yang sering melekit berminyak terutamanya selepas memasak.
Ads
Ada cara dan teknik mengemop lantai untuk dapur. Kena lebih teliti untuk membersihkan kotoran dan minyak tersebut supaya lantai akan kekal bersih untuk tempoh lama, malah bebas kuman dan bakteria.
7. Pros & Cons Sinki Warna Hitam vs Silver Stainless Steel
Sinki antara elemen penting di ruang dapur. Pilihlah sinki yang mudah diselenggara, tak perlukan penjagaan rapi, berkualiti malah tahan lasak untuk penggunaan jangka panjang.
8. 5 Ciri Terbaik Pilih Sinki Dapur
Memilih sinki yang betul, penting dalam sebarang pengubahsuaian atau renovasi di dapur. Ia bukan sekadar memilih sinki yang sesuai dengan konsep dapur, tetapi juga harus berfungsi dengan baik memenuhi keperluan harian dan mampu bertahan dalam jangka panjang.
Ads
9. 7 Benda Paling KOTOR Di Dapur!
Kawasan dapur merupakan antara bahagian yang selalu kita gunakan setiap hari. Jadi tak hairanlah ia mudah kotor dan menjadi tempat bakteria mudah singgah. Permukaan luaran bila dilihat dengan mata kasar mungkin nampak ‘bersih’, hakikatnya ini antara benda paling KOTOR di dapur dan perlu ambil tahu cara betul untuk membersihkannya.
10. Tip Penjagaan Dapur Kaca
Dapur kaca memang cantik dan nampak lebih estetik. Namun hati-hati jika menggunakan dapur kaca, kerana boleh pecah dan meletup. Ikut panduna ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga kompilasi tip yang dikongsikan ini menjadi panduan di ruang dapur anda.
Memang ‘spoil’ bila terkena telur busuk ketika memasak. Masuklah ke mana-mana dapur rumah, mesti ada telur. Itu tandanya telur memang makanan wajib ada dalam setiap rumah. Tapi selama menyimpannya, sejauh mana anda tahu yang telur itu masih selamat dimakan dan tak busuk. Sebabnya, telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah ‘pengsan’ berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat ‘pening’.
Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.
Telur Dalam Peti Ais
Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu ‘harap maklum’.
Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh ‘baik sebelum’. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.
6 Tips Simpan Telur
Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.
Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.
Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.
Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain
Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.
Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.
Tentukan Kesegaran Telur
Cara yang boleh kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.
Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.
Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.
Manakala telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.
Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.
Cara Lain Yang Boleh Dicuba
Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.
Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.
Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.
Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.
Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pencahayaan adalah sangat penting dalam rekaan hiasan dalaman rumah bagi memberikan sesuatu ruang tampak lebih menarik dan berseri.
Maka dengan itu, penggunaan aksesori perhiasan adalah sangat penting dan disarankan bagi pencahayaan yang lebih sempurna untuk sesuatu ruang dekorasi dalaman rumah.
Sekiranya anda inginkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik dan bergaya, apa kata anda menggunakan lampu lantern dengan rekaan gaya ala-ala Morocco ini.
Dengan penggunaan lampu lantern ini, bukan sahaja membuatkan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak lebih bergaya malah mewah dan menarik.
Bukan itu sahaja, harga yang dijual adalah sangat berpatutan serendah dari RM26 sahaja untuk sebuah lampu lantern. Ia juga didatangkan dengan pelbagai saiz dan reka bentuk yang menarik mengikut kesukaan citarasa masing-masing.
Sekiranya anda mahu mendapatkan lampu lantern yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Perasan tak pada siling atau dinding pejabat ada tompokan hitam berdebu yang melekat? Menurut Public Health Malaysia, kulat tersebut mengundang ancaman kepada kesihatan seperti batuk dan selsema.
Kulat pada dinding dan siling rumah terhasil di sebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama adalah disebabkan oleh persekitaran yang lembap. Disamping itu juga, jika terdapat kebocoran paip atau saliran ia akan menyebabkan keadaan tersebut menjadi lebih kritikal.
Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru-paru dan menyebabkan iritasi serta radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.
Sekiranya tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap asma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bolehkah kulat ini di cegah?
1. Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembap dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
2.Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
3.Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
4. Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertumbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
5.Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.