Tak rugi rajin bercucuk tanam lebih-lebih lagi tanaman yang sering kita gunakan dalam masakan seperti daun sup, daun kunyit, daun kesum, pokok ketumbar, cili padi, bawang merah dan sebagainya. Malah boleh jimat belanja dapur. Bukan apa ada kalanya, kita nak guna sedikit je, bakinya sayang rosak dan terbuang begitu sahaja.
Ada cara betul untuk tanam pokok-pokok ini supaya hidup subur, segar dan hijau merimbun. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
1. POKOK DAUN KESUM
Bukan mudah pokok Daun kesum nak hidup subur merimbun. Selalunya hayat pokok kesum ni tak lama, kejap je tanam dah mati.Tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya. Boleh cuba ikut 6 tip tanam daun kesum seperti yang dikongsikan ini.
2.POKOK DAUN SUP
Ada bermacam kaedah dan cara untuk tanam daun sup.Jika dah cuba beberapa kali tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh cuba kaedah tanam ikut tip yang dikongsikan ini.
3. DAUN KETUMBAR
Bagi yang suka gunakan daun ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar guna yang dibeli timbang kilo di pasaranya sahaja.Memang mudah! Pokok ketumbar tetap boleh hidup merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
4. DAUN KUNYIT
Pokok Kunyit antara tanaman ‘wajib’ ada di laman rumah. Daun dan umbisinya sering digunakan sebagai penambah aroma dalam masakan.Ada caranya untuk dapatkan daun kunyit yang lebar dan subur menghijau. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
5. BAWANG MERAH
Mahal betul harga bawang merah sekarang.Memandangkan bawang merah dah naik harga, ada baiknya bagi yang suka berkebun tu, tanam sendiri bawang merah ni di rumah.2 bulan selepas tanam dah boleh dituai. Memang jimat banyak dan puas hati.
6. POKOK CILI PADI
Ada caranya untuk mendapatkan hasil pokok cili yang subur dan berbuah lebat merimbun. Ikut 5 tip wajib yang dikongsikan ini.
Mesti Baca: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Bagi yang baru nak berjinak-jinak untuk bercucuk tanam di rumah, boleh mulakan dengan menanam tanaman untuk kegunaan di dapur ini. Ikut tip dan panduan menanam yang betul barulah ia hidup subur merimbun malah jimat belanja dapur nanti.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI