Siapa yang tak mengenali personaliti, bekas model dan usahawan jelita, Marion Caunter yang juga merupakan isteri kepada ahli perniagaan, SM Nasaruddin.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bukan saja terkenal dek kecantikan serta kepetahan dirinya berkata-kata, malah ramai peminat turut tertumpu pada setiap hantaran yang dibuat Marion memandangkan Marion seorang wanita berkarier yang ‘kaki travel’.
Dan baru-baru ini, Marion sekali lagi mencuri tumpuan apabila dirinya berkongsi gambar-gambar percutian dan perkhemahan safari beliau dan suami ke Tanzania. Ujar Marion, dia dan suami dijadualkan bercuti ke Afrika tiga tahun lepas, tetapi berikutan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan.
Marion sempat merakan gambar dan video mereka berdua ke Afrika termasuk Rwanda serta Tanzania sambil melawati tempat-tempat unik lagi bersejarah seperti Volcanoes National Park dan banyak lagi.
Yang menariknya, Marion turut berkongsi gambar-gambar khemah diinapi untuk dua malam dan ternyata khemah tersebut bukan ‘biasa-biasa’. Yang lebih mengujakan, tapak perkhemahan yang terletak di Singita Mara River Camp, Serengeti turut dilengkapi dengan lampu chandelier yang cantik, bilik tidur dengan katil bersaiz ‘king’ serta sofa yang empuk serta ruang tamu yang luas dengan perhiasan safari yang mengujakan.
Malah khemah tersebut turut menyediakan ruang makan yang mengasyikan serta dilengkapi porch termasuk tab mandi di luar sambil melayari pemandangan gurun, ternyata ramai yang makan hati!
Bertuah sungguh Marion ni kan! Bilalah pula kita akan merasai pengalaman bercuti di Afrika kan?
Kredit foto: Instagram @marioncaunter
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Staycation, Ini Cara Mudah Untuk Self Healing Di Rumah
Tak Perlu Staycation, Ini Cara Mudah Untuk Self Healing Di Rumah. Masalah Pandemik Covid 19 ini mungkin tidak akan berkesudahan, maka kita sendiri yang perlu ubah cara hidup kita agar lebih harmoni. IMPIANA kongsikan tip bagaimana untuk kurangkan tekanan bila berada di rumah dan sentiasa rasa seperti bercuti. Bukan tak boleh bercuti tapi kurangkan aktiviti di luar berbanding di rumah inilah yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memang bosan kalau tidak melakukan aktivi normal yang biasa kita lakukan. Tapi semuanya bergantung pada diri kita. Sayang keluarga dan nyawa anda jom cuba lakukan perkara mudah ini untuk kita semua rasa lebih selesa dan selamat sepanjang hari. Mulakan hari dengan gaya hidup sihat dan ceria. Dari rumah kita mampu jadikan kehidupan kita lebih ceria dan bahagia. Gelak tawa dengan keluarga tercinta seharuslah bermula dari rumah. Staycation di rumah!
Dekorasi rumah cukup penting untuk menghasilkan ruang dalaman kediaman indah bak rumah idaman mahupun tempat percutian idaman anda. Rumah adalah staycation paling indah jika anda tahu bagai mana caranya.
Tetapi ramai yang keliru dan sukar untuk merealisasikan impian ini kerana alasan yang menebal menjadi halangan. Acap kali kita mendengar kengkangan kewangan menjadi alasan utama dalam menghasilkan rumah impian.
Menghias rumah tidak perlu berbelanja besar jika anda bijak merancang kehendak dan kemahuan. Ya, benar memang nak buat apa pun mesti ada duit, tetapi anda boleh rancang dan berjimat untuk dapatkan apa yang diingini.
Jom cuba lakukan tip mudah ini untuk anda dan keluarga dapat feeling holiday sepanjang hari di rumah.
1. Pasang Difusser
Hmmmm… penting tau difusser ni, dah boleh dapatkan dekat mana-mana kedai dah kalau dengan harga yang berpatutan. Pasangkan dengan titisan bau menyenangkan atau bau pilihan anda. Biarkan haruman nyaman menyapa deria bau pemilik. Lantas anda akan terasa lebih tenang dan secara tidak langsung anda akan dapat menikmati rumah dan ruang dalam kediaman anda dengan lebih baik dan sempurna.
Untuk pembelian Difusser boleh KLIK di sini : Ultrasonic Wood Grain Cool Mist Humidifier / Diffuser Essential Oil Aromatherapy
2. Melukis
Bunyi macam tak kenakan, bagi yang menyukai aktiviti ini pasti tahu nikmatnya bila anda mula berkarya. Bagi yang belum pernah cuba dengan aktiviti melukis di rumah, apa kata cuba anda mulakan dengan melukis benda-benda mudah atau bermain dengan palet warna. Pasti terasa lain dari yang biasa. Lukisan tersebut boleh la dijadikan sebagai art piece dalam rumah anda.
3. Buat Sendiri DIY
Perkara ini memang IMPIANA galakkan kerana aktiviti DIY ini bukan sahaja mudah, jimat malah i mampu memberi peluang untuk kita dapatkan barang hiasan dan sebaginya dengan hasil ciptaan sendiri dan buatan sendiri.
Buat Sendiri yang boleh anda lakukan seperti ini: Lihat banyak lagi video menarik di IMPIANATV
4. Ubah susun Dekor
Ini perkara paling menyeronokkan, tidak perlu beli barang baru tapi boleh ubah susun atur dan tukar perhiasan lain dengan perhiasan yang mungkin sudah lama tidak digunakan agar mendapat nafas baru dalam sentuhan. Bijak merancang dan tahu apa yang diingini pasti berhasil. Ubah kedudukan perabot dengan kedudukan yang baru agar nampak lebih segar.
5. Aktiviti sukan santai
Lakukan aktiviti sukan santai seperti bermain pingpong, badminton dan sebaginya. Ini mampu membuatkan anda dan keluarga akan hilang rasa bosan duduk di rumah, kerana tidak sabar untuk melakukan aktiviti sukan seperti ini. Tambahkan elemen yang lebih seronok. ‘Siapa menang ada hadiah’, ‘Siapa kalah kene denda’ . Menarik bukan!
Tunggu apa lagi cuba la!
Artikel Berikut: Kembali Di Rumah? Teknik Jimat Tenaga Dan Penggunaan Air
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
8 Sekeluarga ‘Lebih Selesa’ Tinggal Hotel Mewah, Jimat Kos Dapat Simpan Duit
Hotel biasanya menjadi penginapan sementara ketika bercuti bersama ahli keluarga. Namun demikian, sebuah famili terdiri daripada lapan orang ahli keluarga di China yang mengamalkan pilihan gaya hidup yang tidak konvensional menjadi buah mulut pengguna media sosial.
South China Morning Post melaporkan kesemua mereka menginap di hotel mewah sejak 229 hari lalu dan ‘lebih selesa’ dengan keadaan seperti itu.
“Kos penginapan di hotel di bandar Nayang itu dianggarkan berjumlah 1,000 yuan (RM653) sehari. Mereka berkongsi di sebuah bilik suite yang dilengkapi ruang tamu dan dua bilik berkembar.
“Keluarga itu juga tidak perlu membayar caj tambahan untuk bekalan elektrik, air, parkir atau sistem pemanas memandangkan ia terkandung dalam pakej bilik tersebut.
“Famli tersebut merancang untuk meneruskan gaya hidup mewah seperti itu untuk tempoh sepanjang hidup mereka,” jelas laporan berkenaan lagi.
Kadar Sewa Istimewa Tempoh Panjang
Kisah unik mereka mula mendapat perhatian warganet setelah sebuah rakaman video dikongsikan di media sosial oleh salah seorang ahli keluarga itu yang dikenali sebagai Mu Xue.
Menurutnya, pihak hotel juga memberikan kadar istimewa untuk sewa bagi tempoh jangka panjang.
“Saya tidak pernah terfikir gaya hidup seperti ini dapat membantu untuk menyimpan wang. Ia menjadikan segala-galanya lebih mudah dan kami gembira untuk tinggal di hotel untuk selama-lamanya,” jelasnya kepada Star Video.
Pengakuannya bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan ada yang berpendapat ia agak tidak masuk akal.
Platform maklumat hartanah, Anjuke menunjukkan purata sewa untuk sebuah apartment dilengkapi dua bilik di Shanghai boleh mencecah sehingga 20,000 yuan (RM13,066) sebulan dan tidak termasuk utiliti sedangkan tinggal di hotel hanya menelan kos 30,000 yuan (RM19,600) sebulan yang meliputi bayaran segala kemudahan yang disediakan.
Mesti Baca:Isteri Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Berpusing 360 Darjah!
Baca Lagi Di Sini:Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat RUMAH Terus Jadi Milik Kita!
Artikel Menarik:Mewah Betul Dekorasi Rumah Awal Ashaari Dan Scha Alyahya, Macam Hotel Lima Bintang
IMPIANA: Bila dikira segala aspek tak perlu membayar bil tambahan, ia memang lebih menjimatkan.Namun keputusan bergantung kepada gaya hidup dan pilihan masing-masing.
Sumber: Sinar Harian, South China Morning Post
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tempat Menarik Di Dalam Maeps Agro Tourism Park Yang Wajib Anda Cuba
Bidang agro di malaysia kini dah pelbagai. Bukan sekadar tertumpu kepada penghasilan semata-mata. Nak katakan baru, tak lah baru tapi pelancongan di dalam bidang agro kini semakin mendapat tempat dan dipandang sebagai peluang keemasan yang wajib di terokai. Hal ini memberi peluang kepada semua penggiat agro yang telah lama bertapak untuk menceburi bidang baru di dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Malaysia Tourism Council turut bekerja sama dengan pengiat industri pelancongan agro dalam mempromosi dan merancakkan lagi industri pelancongan Malaysia.
Turut tidak terkecuali MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) yang dulunya hanya di kenali sebagai pusat aktiviti dan acara terbesar Malaysia untuk industri agro. Mengembangkan lagi perkhidmatan, MAEPS melancarkan Maeps Agro Tourism Park dalam usaha memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri kemudahan dan aktiviti menarik yang terdapat Di dalam lot berkeluasan 130 hektar.
Anatara aktiviti yang menarik di MAeps Agro Tourism Park adalah seperti berikut
1. House of Kambing
Apa yang menarik di sini, anda boleh tengok sendiri kambing dan unta yang sangat manja di samping latar pemandangan segar. Bila dah penat, boleh lah isi perut dengan menu-menu berasaskan kambing. Antaranya adalah
NASI Kukus Kambing Bakar House of Kambing (RM10)
Grilled Kambing + nasi kukus + sambal belacan putik pauh+ Special recipe sos curry + sayur kobis yg ditanam belakang ladang kami !
House of kambing dibuka pada 11pagi-9malam (isnin-khamis) dan 11pagi hingga 6 petang (sabtu dan ahad)
2. Laman Herba
Lokai herba yang paling menarik untuk mendidik dan menimba ilmu. Terdapat pelbagai jenis herba sama ada untuk tujuan masakan mahupun kesihatan yang terdapat di laman ini. Kemuncak aktiviti kepada tempat ini ialah sedut madu kelulut terus dari sarangnya. Terdapat beberapa buah koloni kelulut yang boleh dilihat. Kelulut ini pula, walaupun jenis nya sama. Ia menghasilkan 2 madu yang berbeza. Kandungan madu kelulut bergantung kepada jenis makanannya.
3. Laman padi
Bagi anda yang ingin memperkenalkan kepada anak-anak anda bentuk atau rupa sebenar pokok beras, inilah tempat yang terbaik. Terdapat beberapa lot padi yang ditanam secara bergilir-gilir. Disamping itu juga, kalau ada rezeki anda boleh lihat proses menjadi beras dari padi. Terdapat juga galeri padi yang mempamerkan informasi berkaitan dengan padi seperti spesies-spesies padi, teknik menanam & menuai, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.
Kalau perut dah berkeroncong, laman padi ada sediakan menu nasi bendeng pada harga RM 45 setiap set untuk 2-3 orang. Menu sangat sedap dan menarik. makan pula di bendang, sudah pasti satu pengalaman yang baru buat anda.
4. Laman perikanan
Laman perikanan terletak bersebelahan dengan laman padi. Selain nada boleh melawat galeri ikan hisana dan air tawar, terdapat satay tuna yang di jual di House of Tuna. Dalam tempoh sebulan sekali, Laman Perikanan akan mengadakan jualan ikan segar.
5. Laman Nanas
Terdapat pelbagai jenis nanas yang di tanam di laman nanas untuk tujuan pameran. Terbaru Nanas MD2 baka yang dikeluarkan oleh mardi yang sangat manis dan tak akan lidas walaupun anda makan satu ladang. Selain dapat menikmati buah nanas yang segar, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan disini adalah memproses biskut nanas
6. G2G Animal Garden
G2G Animal garden merupakan sebuah petting zoo yang baru dibuka akhir tahun 2017. Anda akan diberi peluang bermesra dengan haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot, Ayam Serama, Gerbills, Racoon, British Shorthair Cats dan sebagainya. Paling menarik aktiviti di sini adalah memberi makan dan menyusukan kambing
7.Techno Cafe
Bagi peminat kambing, Techno Cafe yang terletak bersebelahan dengan G2G Animal garden ada menyediakan menu kambing panggang Wajib cuba
8. Nafas Cube
Sehari suntuk nak teroka Maeps Agro Tourism Park ni memang tak cukup. Setiap tempat pasti menghiburkan dan membuatkan anda lupa waktu yang berjalan. Kalau tak semapt nak teroka satu hari, apa kata anda menginap ci Nafas Cube. terdapat beberapa jenis penginapan yang disediakan termasuklah hotel tube dan kabin. Sesuai untuk anda yang datang sorang, berpasangan mahupun keluarga. Hotel yang menghadap tasik ni, sudah pasti membuatkan anda lebih ceria setelah menghirup udara yang segar
9. Kafe MAEPS
Terletak berhampiran dengan Nafas Cube, Cafe MAEPS ni menyediakan makanan pagi hingga tengah hari. Bagi yang menginap di Nafas cube, kalau pagi-pagi perut dah berkeroncong tue boleh lah ke kafe ni. Antara menu yang paling menarik adalah gulai kambing
10. MAEPS Bistro
Terbaru, MAEPS Bistro yang terletak sebaris dengan pavilion dibuka semula. Terdapat pelbagai menu menarik untuk santapan malam anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI