Kita sudah tidk jauuh dari tarikh tahun baru dan meninggalkan 2017. Dalam dunia dan segala macam dugaan yang telah kita tempuh, bukan semua di antara kita yang mengecapi bahagia sepanjang tahun. Nama pun kehidupan dan yang pasti ramai di antara kita pasti merancang untuk membina kehidupan baru, memilih insan baru dalam hidup, menerima insan lahir dalam kehidupan dan sebagainya. Malah sudah pasti ramai yang merancang untuk berpindah ke kediaman baru untuk sebuah rasa bahagia.
Ads
Hidup ini sudah cukup sarat dengan pelbagai dugaan.Tak perlu kita kusutkan suasana kediaman dengan pelbagai perhiasan yang tidak perlu. Biarlah yang lain mengatakan kediaman kita tidak semewah yang lain atau tidak gah dengan perhiasan kelas 1. Apa yang penting peranan kediaman itu cukup memberi rasa kebahagiaan dan rasa senang juga memudarkan rasa sakit hati jika punya.
Ads
Pilihan warna pucat, mungkin masih lagi relevan bagi kita. Melahirkan suasana tenang dan tenang. Kita adakala terlepas pandang apabila menghias kediaman. Jujur pada diri kita dan ikhlas menyediakan ruang itu untuk kita.Mudah disuai padan dan bersifat ever green. Maksudnya tidak perlu berlumba dengan yang lain . Biarlah segenap ruang yang ada memberi rasa lapang dan keindahannya merupakan identiti personaliti kamu. Rona pudar, sentuhan lembut namun memberi kekuatan kita menerimanya. Ruang tampil luas dan umpama berbisik.
Ads
Buka carta cat, cari pilihan warna di bawah katagori shades of white. pelbagai biasan rona dalam rona putih boleh anda pilih sebagai latar pada ruang. Dari kekuningan, kebiruan, kehijauan mahu pun kemerahan… Atau jika mahu sedikit rona yang lebih terang, barisan rona pastel pudar dapat memberi kepuasan pandang pada anda. Ia umpama magis, makin dipandang makin mahu kita melihatnya. SImple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila sebut soal warna, lainorang lain pendapatnya. Lain orang lain pula cita rasanya. Ada yang sukakan warna lantang agar ruang nampak gah , memukau dan melambangkan kekuasaan.
Ada yang lebih sederhana. Ruang mahu dilihat tenang dan memberi keseimbangan antara warna, perabit dan pencahayaaan. Biru muda, antara warna yang popular di kalangan peminat seni hias dalaman yang telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini.
BIAR KONSEP MODEN ATAU KEDESAAN, BIRU MUDA TETAP MENYERLAHKAN KEINDAHAN RUANG PILIHAN KITA.
Inspirasi biru muda ini bleh kita lihat di alam semesta. Contoh terbaik pada langit dan samudera. Biru dan putih merupakan padanan yang tidak pernah menghampakan. Bahkan celedon dan procelin juga antara inspirasi yang boleh anda ambil. Kini banyak pereka, syarikat cat dan pelbagai lagi mengambil inspirasi biru muda dari pelbagai medium termasuk denim dan sebagainya.
Bagaimana kita boleh menghidupkan warna ini?
Pencahayaan – selalunya rona biru muda sudah semua jadi lembut. Jadi anda yang mempunyai cahaya semula jadi yang agak terik di ruang kediaman, molek ditapis dengan sheer curtain agar suasana lebih rileks dan segar.
Pencahayaan putih juga mampu menyerikan suasana dan pada masa yang sama menyerlahkan nilai elegan ruang. Cahaya putih dari lampu fluorecent dan jenis yang sama dengannya mampu memberi nilai estetika berbeza pada waktu malam.
Aksesori – Banyak jenis akesori yang boleh anda pilih terutama bagi menambah seri atau nilai estetika pada ruang. Anda boleh memilih porcelin cina, atau hiasan jubin dari Agra India atau Turki jika memilih tema Asia dan sezaman.
Anda juga boleh jubin Belanda bagi yang mahukan jaga kolonial atau kotemporari . Atau sekadar balang jernih rona biru muda yang banyak dijual kini yang sesuai dipadankan dengan tema kampung nelayan atau ilham nautika.
Selain daripada sofa putih yang menakutkan ramai tuan rumah, anda boleh memilih kerusi katu putih atau kerusi rotan dengan warna aslinya. Ia sudah cukup cantik menjadikan ruang kediaman kita nampak berseri dan punya kepelbagaian.
Jangan bimbang jika mahu menempatkan sebuah dua perabot ala vintage yang nampak usang dimamah waktu sebagai satu kelainan. Anda boleh memilih meja konsol dan sebagainya.
Bunga-bungaan kering masih mampu menyerlahkan seri ruang kediaman anda. Malah bunga-bunga liar atau bunga yang tidak terlalu mahal sudah cukup menyerlahkan seri sudut kediaman anda.
Ambal ala serat warna natural sememangnya cantik disamping permaidani rona khakis yang mampu memberi satu kepuasan pandang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum ini Impiana ada kongsi mengenai usaha gigih seorang ayah membina sendiri banglo idamannya yang menjadi syurga buat seisi keluarga. Kali ini kita sambung pula mengenai pengorbanan si bapa demi menjamin keselesaan anaknya. Sekali lagi coreten Hajar Yahya menyentuh perasaan. Nak tahu apa ceritanya pula kali ni, Jom baca.
Artikel ini aku dedikasikan khas buat abah aku, Pakya. Walaupun dia tiada FB, kalau dia terbaca ni, aku harap dia tahu aku bangga punya ayah macam dia.
Bulan puasa tahun lepas pemula segalanya. Aku yang berniaga online sering mengeluh sebab tak punya ruang pejabat sendiri.
Habis satu rumah bersepah dengan barang perniagaan aku. Depan TV tempat aku tulis pesanan, di dapur kering tempat aku bungkus barang, di ruang tamu tempat aku buat sepah dan macam-macam lagi.
“Abah, boleh tak nak guna bilik jadikan ofis? Buat macam ofis betul.” Aku harap dia jawab ya.Sebaliknya dia jawab,
“Tak boleh. Nanti abah buatkan ofis untuk awak.”
Speechless…
Tak lama lepas tu, lepas raya seingat aku. Abah aku mula mengemas garaj kereta dia. Dia bersihkan lantai garaj dan buka atap. Selepas itu, bahan-bahan binaan pula sampai. Batu blok, pasir, simen selambak di depan rumah.Tak banyak cakap, abah aku pun mula kerja buruh kasar dia. Naik batu blok satu persatu.
Usai solat Subuh, aku tengok abah dah siap salin “uniform” kerja. Garaj yang dulu kosong tanpa dinding, sudah ada dinding.Tak mengeluh, tak mengadu. Semuanya dia buat sendiri.
Aku yang sayu. Ya Allah bergenang air mata aku tengok dia usung kereta sorong penuh dengan pasir dan simen pukul 1 tengahari.“Abah, makan dulu. Dah tengahari ni.”
“Nantilah. Abah nak siapkan ni sikit je lagi.” Dia balas ringkas.
Ya. Itulah abah aku. Orang kata “action speaks louder than words”.
Ha macam itulah abah. Tak banyak cakap, dia buat je kerja. Dia buat semuanya dengan seikhlas hati. Dan kalau tengah kerja, dia mesti buat sampai habis.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Dah berbaldi peluh keringat dia kalau aku boleh kutip dari mula dia buat kerja. Aku bayangkan pejabat aku tu nanti comel je. Sebab saiz garaj hanya boleh muat sebuah kereta.
Sekali siap jadi dua tingkat.
Ada tingkat bawah dan atas. Masa tu perasaan aku punyalah wowww tak terkata. Impress gila dengan abah aku. Garaj kereta sepatutnya bertukar menjadi pejabat kecil. Yang tersergam indah depan aku adalah sebuah rumah kecil. Lengkap segalanya. Ada ruang tamu, ada ruang dapur siap kabinet, ada bilik tidur, ada ruang rehat, ada tandas semualah. Bergenang air mata aku sekali lagi dengan abah. Betapa besar pengorbanan dia pada aku. Terpancar kasih sayang ayah pada anak. Dan aku sedar, latarbelakang pendidikan bukan segalanya. Yang penting semangat dan usaha tanpa putus asa.
Abah bukan arkitek apatah lagi engineer. Dari sekolah rendah, kalau cikgu tanya ayah awak kerja apa, aku jawab aku anak tukang kayu. Bertukang dah sebati dalam darah yang mengalir dalam diri dia. Ada sesekali aku terdengar perbualan tetamu yang datang ke rumah dengan abah.
“Mana pakcik dapat idea buat rumah ni?”
“Semuanya dah ada dalam kepala ni. Automatik siap dengan kiraan kos dan bahan-bahan.” Dia balas selamba.
Wallahualam. Mungkin itu anugerah Allah pada abah.
Jujurnya rumah kecil ini banyak yang custom made. Tingkap labuh ni semuanya abah tempah ikut saiz yang dia nak.
Kabinet dapur pun abah buat ikut selera sendiri.
Hiasan dan dekorasi pun semuanya kami cari sendiri. Tinjau sana sini baru beli. Dan mesti kena ikut tema dan citarasa abah.
Jemputlah tengok gambar hasil tangan abah dan aku (sikit je hias-hias). Untuk barang dalam rumah, kebanyakannya dari Ikea dan Mr DIY. Ringkas tetapi sedap mata memandang pada kami.
Akhir kata sebagai penutup, cinta ayah itu kadang kala memang tak terlihat. Tak nampak. Tapi kita pasti merasakannya. Ayah yang tak banyak bicara terkesan tak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya adalah kita. Abah, pinjamkan aku hatimu agar aku belajar bagaimana menghadapi masalah tanpa mengeluh sedikit pun.
Di setiap keringatmu, di setiap lelah nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih abah.
Kredit: Hajar Yahya dan www.thevocket.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak cukup dengan isu persekitaran seharian yang membelenggu, tambah lagi dengan stress kerja. Pulang dari kesibukkan harian di pejabat, sudah pasti anda akan mencari sesuatu yang mampu melegakan minda dan memebri ketenangan. Apa kata inspirasikan kediaman anda menjadi sebuah spa. Untuk zahirkan sebuah kediaman yang mempunyai dekorasi ala spa, ini yang anda perlukan.
Letakkan bauan aroma terapi dalam rumah
Bauan aroma adalah antara solusi termudah untuk anda wujudkan elemen ketenangan dalam rumah walaupun tidak sama seperti pusat spa, bauan aroma seperti lavender sudah cukup untuk membuatkan anda khayal sebentar kerana ianya bersambung terus secara direct kepada sistem otak yang mengawal emosi dan menyimpan memori. Selain daripada bauan lavender, anda boleh juga letakkan chamomile, eucalyptus.
Wujudkan bunyi yang menenangkan
Perasan tak kalau anda berkunjung ke spa, item pertama yang anda akan lihat adalah hiasan berbentuk air terjun serta pancuran air? Ini kerana bunyi percikan air yang dihasilkan dari air pancut mampu membuatkan anda berasa tenang seketika. Tambahan, menurut kajian apabila anda melihat air yang beralun bersama ikan ia akan membawa pemikan yang serabut hanyut bersama. Selain itu, anda boleh hebatkan lagi kediaman ala spa anda dengan alunan muzik jenis soul dan elakkan dari memasang lagu kegemaran anda di dalam kereta tetapi adalah molek untuk tune lagu yang hanya menggunakan instrumen.
Baluti diri anda dengan tuala yang nyaman atau jubah mandi
Tuala putih selalu menjadi pilihan pengusaha spa untuk diberikan kepada pelanggan sementara menunggu giliran. Tualanya tidak menggunakan bahan peluntur untuk kekal putih, tetapi ianya dihangatkan untuk keselesaan pengunjung. Anda boleh lakukan perkara yang sama jika anda pulang ke rumah, selepas anda selesai membersihkan diri, baluti tubuh anda dengan tuala hangat suam kuku, untuk dapatkan ketenangan ditambah iringan muzik instrumental alunan perlahan.
Pasangkan lampu malap
Selain daripada memasang lampu flourescent untuk menerangi kediaman di waktu malam, anda juga boleh pasangkan lampu malap untuk mewujudkan elemen tenang dan romantik. Cadangan kadar pencahayaan yang sesuai adalah lampu putih lembut berkadaran 2700K Celcius. Kadar ini sesuai kerana pencahayaannya akan membuatkan anda berasa lebih tenang serta kemalapannya sesuai dengan keperluan anda.
Bawa masuk elemen semulajadi
Apabila telah tersedianya elemen air, tambahkan lagi satu item penting dalam dekorasi yang seimbang iaitu pepohon hidup di dalam rumah. Tekstur alam semulajadi seperti kita ketahui amat efektif dalam memastikan aliran udara segar berterusan di dalam rumah. Selain daripada penyusunan pokok segar dalam rumah, anda juga boleh lekatkan wallpaper berunsurkan alam semulajadi atau konsep hijau.
Kerusi dan sofa empuk
Jika anda inginkan suasana seperti di dalam spa, anda boleh letakkan kerusi atau sofa empuk di ruang rehat utama. Elakkan penggunaan material bersifat keras seperti besi. Ini kerana anda mahukan suasana tenang dan manjakan diri. Manjakan diri, kena empuk, kalau keras, tak empuk namanya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.