Konsep Dekorasi Bertema Biru Jadikan Ruang Tamu Lebih Sejuk

Share

Idea dekorasi bertemakan warna biru laut amat sesuai tidak kira sebesar mana pun rumah anda. Kali ini IMPIANA ingin memfokuskan idea warna rona biru untuk diterapkan dalam kediaman kecil seperti apartment. Malah ia amat sesuai dengan ruang tamu.

Warna biru dipilih kerana ianya melambangkan kelembutan serta ketenangan. Anda bayangkan pulang dari pejabat dengan stress, sampai ke rumah anda disambut dengan ketenangan sehingga terlupa sebentar tragedi di pejabat. Tambahan pula, sempit bukan menjadi isu, yang penting, idea susunan dan pilihan warna menjadi penentu.

Berikut IMPIANA kongsikan 5 tona warna menarik ini yang boleh dijadikan inspirasi. Gambar pertama menunjukkan penggunaan warna biru turquoise dengan warna putih di dinding pintu sebagai sokongan kepada dinding utama yang turut dihias dengan two seater sofa serta arm chair

.

Idea kedua adalah gabungan di antara natural light  cahaya matahari dan warna biru terang. Penggunaan sofa L-Shape menambahkan lagi seri kediaman ini. Untung-untung, masuk sahaja ke rumah, terus lena di atas sofa empuk ini.

Four seater sofa ini melengkapkan dinding utama setelah dinding tepi dicat warna putih dan ditatarias dengan langsir see through 

Pemilihan warna biru cair amat tepat dalam menata rias ruang tamu. Dindingnya tidak dibiarkan kosong dengan hiasan dua buah rak dinding serta kabinet tv.

Sejuk mata memandang selepas melihat padanan biru cair dan putih. Alas meja bertindak sebagai jalur yang dihamparkan di atas meja amat padan dalam idea dekorasi ini. Rasanya pemilik kediaman ini memang pencinta laut biru tegar.

 

Published by
Amalina