Sudah banyak IMPIANA paparkan konsep dekorasi berpaksikan Scandinavian. Umum tahu konsep ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Tetapi tahukah anda apakah gaya tulin dekorasi Scandinavian ini?

Scandinavian Style menurut penjelasan Kerryn Harper dalam penulisan bukunya yang bertajuk Home Style (Choose and create the look that’s right for you and you home) menyatakan bahawa ianya merujuk kepada wilayah yang terletak di hemisfera utara diantara negara Norway serta Sweden.  Wilayah ini kekurangan sumber cahaya semulajadi iaitu dari matahari di sebelah siang terutamanya pada musim sejuk berikutan lokasi muka buminya yang bergunung-ganang dan dilitupi salji.

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Oleh itu, untuk memastikan dalaman rumah mendapat cahaya yang sepatutnya, mereka akan mengecat setiap dinding dengan warna putih serta pada masa yang sama, material utama untuk kediaman di sini banyak menggunakan bahan berunsurkan kayu sebagai sokongan kepada elemen semulajadi.

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Selain itu, warna kayu itu sendiri berupaya untuk menerangi serta membiaskan cahaya dengan efisien di dalam kediaman apabila terkena cahaya dari luar atau sinaran lampu elektrik. Disamping itu juga, ada juga  dinding kediaman yang ditekap dengan kayu panel untuk mendapatkan impak pencahayaan ekstra dari biasan cahaya

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Ads

1) Kesesuaian Konsep Skandinavia Mengikut Personaliti

Konsep ini sesuai jika anda: 

-Menyukai sesuatu yang moden tetapi tidak terlalu traditional serta suka kepada susunan yang teratur

– Suka warna cerah serta penambahan cahaya

-Ingin nampak elegan

-Suka kepada elemen semulajadi seperti perabot dan lantai kayu

Ads

Skandinavia Tidak Sesuai Jika anda: 

– Menyukai kepelbagaian warna dalam kediaman

-Tidak suka kepada material kayu yang tidak berapa baik dalam menyerap bunyi tapak kaki

2) Ciri-ciri konsep Skandinavia

a) dinding putih atau warna lembut

Ads

b) Banyak menggunakan material berasaskan kayu seperti dari pokok Birch dan Pine seperti kerusi, kemasan lantai, meja makan dan sebagainya.

c) Tingkap memanjang untuk memaksimumkan kemasukan cahaya

d) Konsep susun atur rumah yang terbuka

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

 

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Konsep Dekorasi Scandinavian Yang Sebenarnya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI