Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.
ELEMEN JAPANDI
Simplicity
Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.
Ads
Bahan Semulajadi
Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang, tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.
Kombinasi Dua Gaya
Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.
Ads
Aksesori Dengan Fungsi
Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.
Kontra Warna
Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap dari gaya Jepun.
Kita adakala terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini bagi sebuah ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. IMPIANA memilih enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding anda.1. Dinding rendahKediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi. Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang. Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.2. Dinding tinggiAdakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir.Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
3. Dinding adalah jendelaBagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang. Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.4. Padanan idealPastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut. Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total.
5. Kesilapan lazim
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman kita. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Contohnya:
i. Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
ii. Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
iii. Memilih aras langsir yang agak senteng
iv. Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
v. Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Dalam menata hias tidak kira di dalam luar kediaman, sudah pasti anda akan cari kelainan. Baru-baru ini, tular di laman Facebook gaya dekorasi laman yang dipanggil “Pasu Tumpah”. Teknik gubahan pasu ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang baru. Namun kini ia menarik perhatian apabila kehadirannya dilaman memberi suntikan berbeza dan unik.
Pelbagai jenis tanaman yang susai untuk digubah menjadi pasu tumpah ini. Namun, kebiasaanya tanaman jenis menjalar seperti Petunia menjadi pilihan. Berikut inspirasi pasu tumpah untuk rujukkan pembaca IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pilihan warna biru mampu serlahkan seri dapur. Dapur yang sempurna bak dalam Pinterest ini pastinya menjadi dambaan setiap kaum wanita. Ruang dapur cukup penting untuk sebuah rumah. Jika tidak mempunyai ruang dapur yang selesa minat memasak pun mula la berkurangan.
Kabinet warna biru? Cantik ke? Selalunya bila bercakap soal kabinet dapur warna kayu , putih, krim , hitam atau hijau menjadi pilihan. Bagaimana pula dengan biru? Tidakkan ia nampak janggal dan lucu? Tanggapan anda itu salah sebenarnya kerana pereka kini mereka bentuk dapur dengan pelbagai gaya dan mempunyai personaliti tersendiri. Dari reka bentuk tradisi ke moden, anda kini boleh menikmati sbuah dapur dengan warna biru yang cantik.
Selalunya kediaman moden yang ringkas lebih menarik dengan rona ini. Tetapi kini dengan kemasan matte , biru dilihat lebih cantik dan unik. Anda yang gemar aksesori putih sememangnya cukup cantik menikmati gaya seumpama ini. Malah biru juga sesuai bagi kediaman kecil .
Kini terdapat banyak aksesori dapur seperti pembancuh kek, peti sejuk dan spatula di sediakan dalam rona menarik seumpama ini. Inilah masa anda mencuba sesuatu yang baru dan menyegarkan. Simple-simple je di IMPIANA…
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.