Bila bercakap tentang pengendalian harta, macam-macam persoalan mula bermain di fikiran. Contohnya, cukup ke harta yang nak ditinggalkan, pada siapa nak bagi harta tu, perlu ke buat wasiat, apa akan jadi kalau tiba-tiba meninggal dunia dan banyak lagi.
Kalau anda perasan, sekarang ni ramai yang bercakap tentang konsep hibah untuk tinggalkan harta kepada waris. Yang paling popular di kalangan rakyat Muslim Malaysia ialah hibah takaful yang diambil oleh suami kepada isterinya.
Walaupun sering terdengar tentang hibah, tapi masih ramai antara kita yang tak berapa tahu apakah pengertian dan fungsi sebenar kaedah ini. Jadi, jom kita teroka semuanya tentang hibah ni!
Apakah Maksud Hibah?
Hibah ni maksudnya “pemberian” sama ada dalam bentuk barangan yang nyata atau tidak. Hibah juga boleh memberi erti “hadiah” atau “sedekah”.
Kalau dilihat dari pandangan syarak Islam pula, hibah adalah satu instrumen perancangan pengagihan atau pemberian harta yang sah.
Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.
Apabila hartanah seperti rumah telah dihibahkan kepada pasangan, sekurang-kurangnya tempat berteduh itu akan menjadi hak mutlak pasangan.
Hibah | Faraid |
Ini adalah pemberian hadiah yang dilakukan atas dasar kasih sayang kepada ahli keluarga atau bukan ikhlas kerana Allah. Sesiapa yang ingin menghibahkan harta digalakkan untuk mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah dan perlu dibuat secara bertulis. Hibah adalah pemberian harta sebelum berlaku kematian. | Faraid adalah pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak. Sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa wasiat atau hibah, semua harta si mati yang dinamakan sebagai harta pusaka akan diagihkan mengikut hukum faraid. Faraid adalah pembahagian harta selepas berlaku kematian. |