Konsep industrial, ini yang anda kena tahu tentang simen sebelum guna. Rupa dan konsep industri dalam reka bentuk dalaman telah lama wujud dan menjadi kegemaran dalam kalangan pemilik rumah dan pereka. Keadaan ini menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat.
Konkrit juga merupakan bahan versatile yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu atau side table.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang.
Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa. Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit. Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini. Berikut dikongsikan antara contoh-contoh konsep yang diinspirasikan daripada konkrit.
Ads
Ads
Ads
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
https://www.youtube.com/watch?v=kojEX9K3dCk
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berkebun tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Bagi anda yang mempunyai kekurangan ruang, selain kaedah tanaman menegak seperti vertical garden dan tanaman gantung sebagai penyelesaian terbaik, salah satu syarikat di Ghana, Afrika iaitu Farming Wonder memperkenalkan teknik tanaman bertingkat atau menara. Teknik ini bukan lah sesuatu yang baru. Namun ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
10x ganda ruang tanaman
Setiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa
Jimat air
Siraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air
Mudah diselenggara
Teknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap kali nak make over rumah dengan konsep yang berbeza, ramai beranggapan semua perabot perlu ditukar mengikut konsep yang telah ditetapkan untuk pastikan keseluruhan dekorasi menjadi. Betul tak? Sebenarnya tak perlu sampai macam tu, jika pandai mix and match dah banyak boleh jimat. Jika perabot tersebut langsung tak boleh sesuai dengan konsep dekor kediaman yang baru, apa kata kita lakukan tranformasi. Seperti laci, ia antara perabot yang orang akan fikir banyak kali sama ada perlu di beli baru atau pun tidak. Hal ini disebabkan oleh struktur laci yang masih kukuh.
Nak make over laci lama ni ada pelbagai cara, dari mudah dan yang paling susah. Kebiasaanya, kalau nak mudah boleh gunkan wallpaper sebagai kemasan baru permukaan laci. Selain itu juga, anda boleh gunakan teknik mengecat, stencil, lukisan tangan dan sebagainya. Berikut ida makeover laci lama yang boleh menjadi rujukan anda:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bantal adalah aspek terpenting di bilik tidur. Keberadaan nya sudah pasti untuk membantu tidur yang nyenyak dan nyaman. Namun, jika bantal yang digunakan sudah tidak memberi keselesaan, ini adalah petanda penting untuk anda menggantikkanya dengan baru. Ini kerana, bantal yang sudah tidak selesa digunakan akan mengganggu kualiti tidur.
Berapa kerap perlu ganti bantal?
Bantal sangat mempengaruhi kualiti ketika istirehat ataupun tidur. Oleh sebab itu, para ahli di Sleep.org memberi saranan agar bantal sebaiknya diganti setiap satu atau dua tahun sekali.
Namun jika bantal masih dalam keadaan yang baik, lihat pula kotoran yang terperangkap. Setiap kali digunakan, bantal anda menajdi tempat pengumpulan sel kulit mati, peluh, minyak, kotoran, kuman, bakteria, air liur dan sebagainya.
Apa akibatnya jika bantal tidak ditukar bila tiba masanya?
Selain mempengaruhi kualiti tidur, bantal juga memebri kesan keapda kesihatan. Bantal, dan tilam adalah habitat terbaik pembiakkan bakteria, mikroorganisma dan kutu tilam. Memang tak nampak dek mata kasar, tapi kehadirannya memberi kesan buruk.
Pada tahun2005, sebuah kajian telah dijalankan oleh Universiti of Manchester terhadapa 10 biji bantal yang telah digunakan 1 1/2 tahun hingga 20 tahun. Hasil rumusan kajian mendapat, terdapat lebih 16 jenis kulat yang berbeza di setiap bantal.
Bagi sesetengah orang, kulat pada bantal tidak merbahaya. Namun, tidak bagi pengidap asma, penyakit pernafasan kronik. Di samping itu juga, bantal yang dalam betuk yang baik dapat memastikan posisi kepala dan leher anda dalam keadaan sejajar dan sempurna.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.