Konsep industrial, ini yang anda kena tahu tentang simen sebelum guna. Rupa dan konsep industri dalam reka bentuk dalaman telah lama wujud dan menjadi kegemaran dalam kalangan pemilik rumah dan pereka. Keadaan ini menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat.
Konkrit juga merupakan bahan versatile yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu atau side table
.Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang.
Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka untuk gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya!
Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa. Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang dihantar melalui dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi dengan bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit. Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini. Berikut dikongsikan antara contoh-contoh konsep yang diinspirasikan daripada konkrit.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.