Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE dibuka secara berperingkat pada Januari 2022.
Baru-baru ini sibuk tular di media sosial degan pusat beli belah LaLaport Pertama di Asia Tenggara bakal dibuka di Kuala Lumpur. Dijangka beroperasi pada 20 Januari 2022, Mitsui Shopping Park LaLaport BUKITBINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”) merupakan fasiliti luar negara yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. (“Mitsui Fudosan”).
LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damai dan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.
LaLaport Exterior 1Gate Plaza 2Gate Plaza 1
Pusat itu juga turut menampilkan kepelbagaian jenama dengan nama-nama yang terkemuka di Jepun turut membuat kemunculan sulung di Malaysia. Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.
MitsuiFudosan Co., Ltd.(“MitsuiFudosan”) sebuah syarikat hartanah global terkemuka yang berasas dariTokyo (Presiden dan KetuaPegawai Eksekutif: Masanobu Komoda) hari ini mengumumkan projek perdana di AsiaTenggara di bawah subsidiari Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan bersama UDA Holdings Berhad, Eco World Development Group Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mempromosikan projek ini), terletak di Bukit Bintang City Centre, bakal bermula operasi kepada orang ramai pada 20 Januari 2022.
Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022 dan dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.
Selepas penyerahan projek dan pengkomersialan LaLaport BBCC yang menjadi teras Bukit Bintang City Center (“BBCC”), ia akan menjadi pusat beli-belah LaLaport yang pertama diAsia Tenggara oleh Mitsui Fudosan, dan merupakan antara kemudahan komersial terbesar dengan lebih 82,600 meter persegi (anggaran) ruang lantai. LaLaport BBCC ini menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
Ads
WOW Plaza
Sebagai tambahan pada pusat beli-belah itu, Mitsui Fudosan berkerjasama rapat dengan BBCC untuk menubuhkan pembangunan bandar berskala besar dengan fungsi yang pelbagai terdiri daripada pusat beli-belah, kediaman, pangsapuri servis, bangunan pejabat dan hotel, dengan jumlah keluasan tapak kira-kira 78,500 meter persegi (anggaran).
Selepas disiapkan, projek BBCC ini bakal menjadi satu-satunya mercu tanda yang mengunjurkan gaya hidup Jepun baharu, membolehkan masyarakat tempatan “mengamalkan gaya hidup, bekerja, bermain dan berkumpul” dengan cara yang lebih mudah. LaLaport BBCC bakal menerajui pembangunan keseluruhan projek itu sebagai hab yang menggalakkan rakyat memahami satu sama lain, menambah baik mutu kehidupan dan menawarkan ketenangan kepada orang ramai. Sebagai pusat beli-belah yang menumpukan gaya hidup dari Jepun, LaLaport BBCC mahu pelanggan yakin dengan reka bentuknya yang menawarkan pengalaman baharu selain menggabungkan budaya dan trend Malaysia sambil mengekalkan DNA Jepunnya yangt ersendiri.
Gourmet Street
Melalui pengalaman dengan rangkaian komersial Jepun yang meluas, LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.
LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal – tawaran yang unik dan menarik dari Shin’Labo, Marta’sKitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang telah menempah nama di Malaysia.
Ads
Persekitaran pusat beli-belah baru ini direka dengan estetika “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semula jadi bagi menyediakan ruang yang melangkaui aktiviti membeli-belah. Aliran reka bentuk dalaman-luaran LaLaport BBCC yang lancar menawarkan tempat di mana pelanggan dan pelawat ke pusat membeli-belah itu boleh berinteraksi dan menghabiskan masa yang bermutu dengan rakan dan keluarga.
Bahagian luar LaLaport BBCC Ruang pejalan kaki (Aras Bawah)
Pusat beli-belah itu menawarkan kepelbagaian citarasa, termasuk aras makanan dan minuman yang besar yang menawarkan pasar raya dan “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera kasual bernama “Cafeteria”, sekali gus memenuhi pelbagai kehendak pelanggan. “Gourmet Street” memberikan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka untuk pengunjung manakala medan selera “GardenDining” yang besar diAras4 mempunyai kapasiti1,400 tempat duduk.
Garden Dining Foor Court
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.
Ads
Bagi menambah baik pengalaman membeli-belah kepada pelanggan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan sehenti, Aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pusat beli-belah ini. LaLaport BBCC juga akan menyediakan ciri penstriman langsung melalui platform media sosial yang membolehkan hal-hal terkini dimaklumkan di hujung jari.
Central Rooftop Garden 2
Selain itu, Mitsui Fudosan turut menambah baik keterhubungan pengangkutan bagi merancakkan pembangunan bandar BBCC. Dengan mengutamakan keterhubungan dan akses jalan aya menerusi tiga terowong yang menuju parkir kereta, selain rangkaian laluan pejalan kaki, ia membolehkan aliran keluar dan masuk dari pelbagai arah. Akses langsung ke Stesen Hang Tuah di laluan LRT dan KL Monorel menjadikannya lebih mudah untuk masuk ke LaLaport BBCC.
LaLaport BBCC juga bekerjasama dengan syarikat sumber manusia di Malaysia untuk merekrut tenaga kerja. Pusat itu mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia untuk operasi pusat membeli-belah dan juga untuk menyokong keperluan kedai.
Pekerja boleh menjangkakan persekitaran kerja yang menyenangkan dengan ruang istirahat kakitangan yang direka khas dengan keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselamatan. Antara ciri ruang istirahat kakitangan termasuk tumbuh-tumbuhan dan suasana kehijauan, ruang tidur siang, ruang membersihkan diri, Wi-Fi percuma dan tempat mengecas komputer dan telefon pintar.
Central Rooftop Garden 1
Sejak Mitsui Fudosan membuka LaLaport pertamanya di Jepun pada tahun 1981, syarikat itu telah berusaha untuk seiring bersama masyarakat tempatan dengan terus mengikuti perkembangan dan perubahan. Hari ini, Mitsui Fudosan mempunyai 16 pusat beli-belah LaLaport di Jepun yang menyediakan spektrum penuh keseronokan untuk pelanggan di Jepun mengikut wilayah masingmasing. Mitsui Fudosan juga sedang giat membangunkan perniagaan kemudahan komersial di negara dan wilayah Asia termasuk Shanghai danTaiwan dengan pengalaman selama bertahun-tahun di Jepun.
Dedikasi ini ditunjukkan dalam aktiviti perniagaan Mitsui Fudosan di Malaysia bermula daripada pembukaan Mitsui Outlet Park Kuala Lumpur International Airport Sepang pada tahun 2015, sehingga pusat beli-belah yang akan beroperasi di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
LUMBERmart dengan bangganya telah mengumumkan kerjasama pertama dengan pereka perabot terkenal, Thomas Hucker yang mempunyai rangkaian koleksi di Muzium Seni dan Rekaan New York , serta seni galeri dan muzium di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah.
Dipengaruhi oleh estetika tradisi Jepun dan reka bentuk kontemporari dari Itali, reka bentuk pemikiran di samping lukisan meluas pada reka bentuk perabot klasik, pereka perabot dari New Jersey ini cekap menggabungkan abstrak dan utilitarianism dalam rekaan empat koleksi istemewa yang dikenali sebagai Backley x Thomas Hucker oleh LUMBERmart.
“Kerjasama kami bermula tiga tahun lalu, dan sejak mendengarnya bercakap tentang perabot, saya tahu bahawa kemahiran pertukangan Hucker dan pemahaman tentang bahan akan menjadi permulaan kepada sesuatu yang benar-benar ajaib,” kata Charles Lee, Pengasas dan Pengarah Urusan LUMBERmart .
Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, tiga daripadanya empat rekaannya adalah olahan semula darpada karyanya sebelum ini – direka secara individu dan buatan tangan menggunakan kayu eksklusif pilihan Backley, dan juga ditandatangani secara peribadi oleh Hucker sendiri.
“Pada pendapat saya, kayu merupakan salah satu bahan mentah yang hebat dan menakjubkan. Pemilihan kayu di LUMBERmart amat unik kerana setiap butir, corak dan warna dalam setiap bahagian kayu akan menjadi sesuatu yang indah dan luar biasa. Ia merupakan satu keseronokan untuk bekerja dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi itu,” kata pereka perabot terkenal Thomas Hucker.
LUMBERmart dengan sukacita mendedahkan bahawa koleksi istimewa dari Backley x Thomas koleksi Hucker telah dipamerkan secara eksklusif di ARCHIDEX 2019 dari 3-6 Julai 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo.
Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnyaMuhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.
Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah.
Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.
Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Lan Solo? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
IPC Shopping Centre Bukan Sekadar Berwajah Baru Malah Menawarkan Lebih Banyak Lagi Kemudahan
Menjanjikan pengalaman membeli belah yang lebih ceria dan mesra untuk seisi keluarga serta masyarakat
Baru-baru ini IPC Shopping Centre dengan bangganya mengumumkan penjenamaan semula pusat membeli belah yang baru sahaja selesai dinaik taraf sepenuhnya itu. Pembangunan semula pusat membeli belah ini dapat dilihat pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan untuk semua pengunjung. Ia merupakan kemuncak bagi sebuah projek berwawasan tinggi, menjadikannya sebagai projek pembangunan semula pusat membeli belah yang terbesar di rantau ini dengan pelaburan berjumlah RM200 juta bagi menukar wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap di dalam dan sekitar pusat berkenaan.
Pusat Membeli Belah Yang Unik dan Berlainan
Melihat kepada keperluan pengunjung serta komuniti yang sentiasa berubah-ubah, IPC memperkenal konsep ‘So Much More’ yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli belah malah sebaliknya ia menawarkan suatu pengalaman yang lebih daripada itu. Pusat membeli belah terunggul yang terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan memberi penelitian terhadap pengalaman membeli belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.
Pengarah Pusat Membeli Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg menjelaskan, “Pasaran pengguna kini sentiasa berubah. Dalam persekitaran persaingan perniagaan yang sengit ini, kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan agar dapat kekal relevan dan sentiasa berada di depan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha dan mendengar segala keluh kesah, kebimbangan serta kehendak dan keperluan masyarakat di sekeliling kami. Pembangunan semula ini adalah untuk mereka, dan ia turut memberi peluang terbaik bagi membina hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi serta penyewa-penyewa yang baru dan sedia ada. Kami bersama-sama dengan jiran-jiran kami seperti The Curve, eCurve dan IKEA akan mengukuhkan lagi kedudukan Pusat Perniagaan Mutiara Damansara sebagai destinasi utama untuk keluarga serta teman-teman berkumpul, membeli belah, dan menjamu selera.”
Lebih Banyak Pilihan Untuk Membeli Belah dan Menjamu Selera
Pengunjung kini boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada. Ini termasuk kedai-kedai gaya hidup, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini yang serba baru dan diperluaskan. Pusat membeli belah ini menyaksikan 46% daripada penyewa asal kembali berniaga di sini seperti Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan Ace Hardware. Penyewa baru termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G.), Family Mart, IKEA Café, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan juga kedai utama Skechers yang terbesar di Asia Tengara.
Untuk makanan dan minuman pula, IPC Shopping Centre kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pengunjung menjamu selera. Pengunjung boleh memilih sama ada menikmati makanan di tempat makan alfresco atau di ‘Foodland’, medan seleranya yang telah dinaik taraf. Antara restoran yang baru termasuklah Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen dan Magnum Café. Para pengunjung juga pasti akan teruja melihat kepulangan restoran tempatan kegemaran mereka seperti Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Shack, Nando’s, Starbucks dan Dome.
Kemudahan Baru dan Dinaik Taraf
IPC Shopping Centre turut percaya bahawa kenangan manis dan positif boleh tercipta saat pembeli-belah menjejakkan kaki ke kompleks beli-belah tersebut. Oleh itu, IPC Shopping Centre telah memberi penelitian terhadap perkara-perkara kecil yang diperlukan untuk mencipta pengalaman membeli belah yang terbaik seperti keselamatan, aksesibiliti, selesa dan menyenangkan. Selain itu, pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.