Konsep ‘Shabby Chic’ Untuk Penggemar Klasik Pastel

Share

APA ITU SHABBY CHIC

Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.

4 Ciri Shabby Chic

#1 Mix and Match

Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warnapastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.

#2 Elemen Vintaj atau Klasik

Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless. 

#3 Feminin dan Ceria

Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.

#4 Warna-warna Neutral

Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.

 

 

Published by
Amalina