Bila sebut sahaja konsep tropikal pasti terlintas dengan warna hijau kan? Benar warna hijau adalah pilihan utama dalam konsep tropikal ini. Jagan lupa dengan pilihan atau kemasan kayu. Ia juga adalah satu penyeri dalam konsep ini.
kombinasi dua perkara ini amat penting bagi mencetus satu konsep tropikal yang memberi impak semulajadi dalam ruang kediaman anda.
kredit: Pinterest
Memiliki kediaman berkonsepkan ala Resort Tropika pastinya menjadi idaman ramai. Bukan sahaja menjamin suasana yang menyegarkan malah gaya yang ini pastinya menyuntik aura yang mempesona. Namun bagi memilih konsep ini ada beberapa pengetahuan asas yang harus anda tahu. Jom Semak..
- Memasukkan unsur-unsur binaan kayu sebagai landskap kejur di kediaman seperti pergola, gazebo, dek kayu, struktur kediaman dan sebagainya.
- Pemilihan pokok-pokok palma, renek berdaun, kawasan berumput dan banyak menonjolkan elemen hijau.
- Kombinasi material di antara kayu, natural stones dan cermin dapat menonjolkan lagi gaya resort dengan sentuhan moden.
- Walaupun pelaburan untuk mendapatkan material kayu begitu mahal berbanding material lain seperti konkrit, ia adalah satu pelaburan jangka masa panjang yang begitu berbaloi. Selain tidak lapuk ditelan zaman, elemen kayu juga mempunyai nilai tinggi di pasaran. Contohnya jika anda menggunakan kayu cengal, ia turut menambah nilai hartanah anda.
- Pemilihan soft landscape juga penting sebagai pelengkap konsep resort dengan