Rumah sewa besar atau kecil, tetap perlu dihias indah. Baru lah rumah yang di diami menjadi “rumahku, syurgaku”. Menyingkap akaun Instagram Edgar Santos atau mesra dikenali dengan nama Ed, IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi yang disampaikan.
Menggabungkan konsep Scandinavian dengan cetusan urban jungle, kediaman jejaka yang terletak di Belo Horizonte, Brazil ini kelihatan ceria dan segar. Walaupun apartmen yang disawa bersaiz kompak, pemilihan perabot dan padanan rona yang tepat menjadikan ia kelihatan sempurna.
Ads
Pemilihan vibrasi rona yang berani tidak kelihatan terlalu dominan apabila di seimbangkan dengan warna asas putih dan cetusan aura hijau dari indoor plant yang terdapat di setiap inci kediaman ini. Tambahan, Ed menjadikan cetusan rona vibrasi dalam gaya yang tersendiri dan unik
Ads
Menurut Ed, inspirasi tercetus dari hasil kerja arkitek tersohor Mauricio Arruda dan pereka Paulo Biacchi. Kebanyakkan tanaman indoor yang digunakan di dalam kediaman ini adalah dari iklim tropika antaranya pokok kelapa, peperomia, kaktus, pepakis dan pelbagai lagi.
Karpet adalah salah satu dekorasi yang begitu penting untuk diletakkan di ruang tamu anda. Tanpa karpet, ruang tamu anda akan kelihatan bosan. Jadi, disini saya akan memberitahu, apakah jenis karpet yang sesuai dan terbaik di pasaran.
KARPET WOL
Jenis karpet ini adalah karpet yang mahal. Memang tidak akan mampu dibeli oleh orang biasa. Orang-orang kaya atau yang berkebolehan, mampu membelinya. Walaupun ia mahal, tetapi mesti ada sebab kenapa ia mahal. Karpet jenis wol ini, ia ketebalan dan warnanya, bertahan sangat lama malahan ia sedap untuk ditidur atau memijak. Karpet ini kalau sekali pijak, fuhh. Tenggelam dalam keselesaan.
KARPET SUTRA
Haaa karpet sutra, siapa je yang tak kenal dengan karpet sutra ini. Karpet kegemaran dan sering dibeli oleh orang ramai. Karpet ini dia punya nyaman dia lebih bagus daripada karpet wol. Dengan teksturnya pula sangat lembut membuatkan sutra ini menjadi mewah.
KARPET MATERIAL POLYPROPYLENE
Adakah anda suka permaidani sintetik? Jika ya, anda mesti memilih karpet yang diperbuat daripada Polypropylene atau PP. Walaupun terdiri daripada bahan sintetik, karpet ini mempunyai rasa yang licin. Kerana ia dibina daripada bahan sintetik, harganya boleh difahami rendah. Terdapat kos dan kualiti sesuatu. Ini juga berlaku untuk karpet Polypropylene. Oleh kerana harganya sangat rendah, karpet gaya ini mempunyai pelbagai kelemahan.
Berikut adalah kelemahannya:
Warna pudar dengan cepat,
Benang karpet mudah terkeluar.
Anda boleh menggunakan air untuk membersihkan bahan permaidani ini khususnya.
KARPET NILON
Karpet jenis ini serupa dengan karpet Polypropylene. Material karpet pun setanding. Walau bagaimanapun, nilon adalah satu anak tangga lebih tinggi daripada Polypropylene. Ia diperbuat daripada bahan seperti bulu yang boleh dirasai. Karpet nilon, sebaliknya, akan lebih sesuai untuk anda yang inginkan persekitaran yang cerah. Biasanya, karpet nilon mempunyai warna-warna terang. Karpet nilon, yang diperbuat daripada bahan yang sama dengan jenis karpet sebelumnya, juga boleh dibersihkan dengan air.
Jadi, itu sahaja jenis karpet yang anda boleh beli. Ada yang mahal dan ada yang murah. Tetapi itu semua tidak penting sebab kalau mahal tapi tidak selesa bagi kita, tiada guna juga. Jadi, pilihlah mengikut keselesaan anda.
Kesum antara tanam yang paling mudah dibiakkan melalui keratan batang. Namun, masih ramai yang gagal. Faizul Ejoe berkongsi cara tanaman atau pembiakkan daun kesum menggunakan kaedah hidroponik dari tapis dan besen sahaja. Dan hasilnya memang menjadi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi. Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi. Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan. Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga. Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air standard. Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki. Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih. Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri. Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai. Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.